mr. jodoh part 5

68 2 2
                                    

Cerita tali pertunangan Mai dan Hanif terputus telah tersebar di pejabat Mai. Orang bercerita sana sini menyebabkan dia panas hati. Tetapi dia tidak boleh menutup mulut orang. Hanya boleh memekakkan telinga dan menabahkan hati agar tidak terlalu cepat melenting.
       Semua orang telah menyalahkan pihak perempuan kerana meminta ia diputuskan walhal mereka tidak mengetahui cerita sebenar. Hanya keluarga pihak lelaki dan perempuan sahaja yang mengetahuinya. Di dasar hatinya, terdapat seribu kesedihan yang tidak boleh dia luahkan kepada orang lain. Aib keluarga harus dijaga.
      
Di pejabat Hanif...
    
     Hanif redha akan ketentuan Ilahi terhadapnya. Hubungan yang dijalinkan bersama Mai tidak dapat diselamatkan lagi. Kali ini, dia telah menyerahkan segalanya urusannya kepada Allah.
       Dia dapat meneruskan kerjanya dengan tenang. Pekerja2 di pejabatnya juga telah mengetahui tentang berita itu, tetapi hanya mampu berdiam. Mereka amat menghormati ketua mereka.
 
Beberapa tahun kemudian....

"Assalamualaikum anis, hai!", tegur seorang lelaki yang dia tidak kenali. "Waalaikumussalam, ya. Awak ni siapa ya? Boleh saya tahu?", tanya Mai kebingungan.
     "Saya partnership awak untuk projek yang bos amanahkan awak untuk kendalikan tu. Awak lupa?", terang lelaki itu panjang lebar. Mai cuba mengingat kembali. "Danial Zikri?", Mai meneka. "Yup, pandai awak teka. So bila kita boleh mulakan projek tu?", Danial bertanya sambil menatap wajah anggun Mai tanpa berkelip. Dia memerhatikan setiap inci muka gadis dihadapannya itu. Kulitnya yang putih susu, hidung comel tidak macung, mata berwarna hazel, bulu mata yang panjang dan lentik. Danial merasakan bahawa dia telah jatuh cinta kepada wanita itu.
       Mai yang perasan akan pandangan itu terus menegur perbuatan danial. Danial tersedar dan terus meminta maaf. Anis  meneruskan perbincangan mereka.
       "Projek kita ni dekat Langkawi. So, kita kena ke sana untuk membuat tinjauan selanjutnya", jelas mai. "Jadi bila kita akan ke sana?", tanya danial sambil matanya tidak lepas dari memandang mai. "Saya dah siapkan tiket semuanya dan kita akan bertolak khamis minggu depan", jawab mai sambil memandang fail dihadapannya.
        Setelah beberapa jam, perbincangan mereka tamat. Mai meminta diri untuk menyambung pekerjaannya. Mai berlalu pergi sambil diperhatikan danial. Danial berhasrat untuk memikat hati gadis itu.
         Pada danial, Mai mempunyai segala ciri2 wanita idamannya untuk dibuat calon isteri. Cantik, lembut dan sopan.  Dia mahu mengenali mai dengan lebih mendalam kerana wanita itu telah menarik perhatiannya dengan perwatakan2 yang ditunjukkan. Tetapi dia tidak mengetahui status yang dimiliki oleh Mai.
'Aku akan berusaha untuk mendapatkan latar belakang dia' detik danial.

Mr.JodohWhere stories live. Discover now