mr.jodoh part 6

76 3 1
                                    

Maisarah mengemas barang yang bakal di bawa ke Pulau Pinang. Dia hanya membawa barang yang perlu kerana beg yang di bawa kali ini agak kecil. Hanya dia dan Danial yang akan pergi ke sana. Dia ada mengajak Hanis, kawan pejabatnya untuk turut serta tetapi kawannya itu menolak kerana sibuk mengurus kerja-kerja yang diberi oleh bos.

10.00 pagi...
Danial dan Maisarah bersarapan di sebuah restoran yang terdapat di dalam lapangan terbang tersebut. Walaupun mahal, namum tiada pilihan kerana hanya tinggal satu jam sahaja lagi sebelum mereka bertolak.

Danial telah merancang sesuatu untuk mendapatkan Maisarah sepanjang urusan kerja mereka di Pulau Pinang. Mungkin agak kejam, tetapi tidak bagi lelaki playboy yang bernama Danial. Apa sahaja yang dia tidak pernah dapat? Seorang perempuan pon tidak pernah menolaknya. Yang menolak pula akan menanggung akibatnya.
Jam di tangan telah menunjukkan pukul 11 pagi dan mereka telah pun menaiki kapal terbang. Danial mengambil tempat di sebelah Maisarah yang duduk di tepi tingkap.
Mai memang menggemari tempat duduk di tepi tingkap kerana dia lebih gemar melihat pandangan di luar agar tidak cepat bosan berada lama di dalam kapal terbang.
______________________________________
Hanif digesa oleh ayahnya untuk pergi ke Pulau Pinang atas dasar kerja. Tender bernilai katanya. Jadi Hanif terpaksa tergesa gesa pagi tadi untuk menyiapkan segala kelengkapan untuk ke sana. Dia hanya membawa apa yang sempat dicapainya pagi tadi. Hanif merancang untuk membeli baju di sana sahaja.
"Hmmmm papa ni, kalau ye pon nak suruh orang pegi PP, bagila tahu awal2. Tak ade la tergopoh-gopih camni", omel Hanif dalam hati.
Walaupun sebal, Hanif tetap menurut kerana ayahnya adalah redhaNYA.
Hanif pon duduk di tempat yang tertera nmbor kerusinya. Hanif melihat ke luar.
Tiba2, dia terpandang gadis yang berada di hadapannya. Seperti dia kenali dari susuk tubuh wanita itu. Mahu ditegur tetapi takut salahorang. Manalah tahu, entah2 orang seiras je ke.
Dalam hatinya kuat mengatakan itu adalah Anis Maisarah. Ya Allah, rindunya dia terhadap gadis itu. Dia tidak pernah berhenti berdoa akan untuk gadis itu kerana rindu yang teramat sangat.
Hanif terus memandang keluar untuk melupakan dia seketika kerana gadis di depannya itu memang sangat mirip dengan Anis Maisarah. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu.
Lama kelamaan, dia tertidur.
Hanif terjaga apabila kapal terbang telah mendarat di tempatnya. Dia pun menunggu orang ramai keluar terlebih dahulu kerana dia tidak suka bersesak sesak. Gadis dihadapannya juga turut sama bangun untuk keluar dari situ.
Gadis itu menoleh sedikit ke sisi untuk memudahkan pergerakan dan amat mengejutkan Hanif adalah betul telahannya bahawa gadis itu adalah Anis Maisarah. Tetapi dia tidak dapat mengejar kerana gadis itu terlalu tergesa gesa.
Semasa tiba di dalam lapangan, Hanif tetap mencari tetapi tetap juga tidak dia temui. Dia telah hilang jejak Maisarah kerana terlalu ramai manusia ketika itu. Hanif akur dan pasrah. Mungkin mereka tiada jodoh.
Hanif meneruskan perjalanannya ke hotel yang telah dibooking untuknya dengan menaiki teksi yang telah ayahnya upah.
Sampai sahaja dia di sana, Hanif terus mengambil kunci dan ke biliknya. Dia terus melabuhkan badannya ke atas katil untuk merehatkan diri.
______________________________________
Maisarah sampai ke hotel yang ditempah oleh syarikatnya untuk mereka pada pukul 1 petang. Maisarah di tempatkan di aras dua dan Danial di aras tiga hotel tersebut.
Mereka jalan bersama dan berpisah apabila sampai di aras 2. Pukul 5 petang ini, mereka bakal menghadiri minum petang bersama client di lobi hotel, jadi Maisarah mengambil peluang ini untuk berehat dahulu.
______________________________________
Tepat 5 petang, Maisarah keluar dengan pakaian santai tetapi tetap formal untuk bertemu client mereka. Dalam masa yang sama, jiran bilik di hadapannya juga keluar. Mereka terus berpandangan.
Tidak tahu perasaan yang mahu diagambarkan, Hanif hanya manpu tersenyum kerana telah berjumpa dengan bekas tunangnya itu. Dia menatap lama wajah Maisarah kerana terlalu rindukan gadis itu.
'Makin cantik', getus hati Hanif. Maisarah terus berpaling dan berlalu tanpa sempat bertegur dengan Hanif. Hanif terus mengejar sehingga ke dalam lif . Semasa keluar dari lif, dia membatalkan niat untuk terus mengejar.

"Ada lelaki yang menunggu dia. Handsome pula tu. Siapa dia? Mungkin pengganti diri aku", teka Hanif. Dia kecewa dan terus berlalu.

Do vote and comment my story.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr.JodohWhere stories live. Discover now