part 13

283 14 0
                                    

"Aku syak ada orang kacau plan kita" kata Alya. "Nak siasat?" Izzah tanya dengan nada yang agak....jahat? Ha mungkin itu perkataan yang bagus.

"Mesti lah, kau nak ke rancangan kau untuk 'pikat' Asyraf tu gagal je?" Hanim memarahi Izzah sambil menekan perkataan 'pikat' itu. Jelas memerli.

"Eh, marah aku pulak" Izzah berkata. "Eh sorry-sorry hehehehe" Hanim meminta maaf sambil tersengih.

"Kau tahu tak sekolah kita ada budak baru? Form 5. Sama kelas dengan Asyraf. Aku tengok dia dengan Asyraf macam rapat. Aku syak sesuatu kat dia" Lisa menerangkan tentang budak baru disekolah mereka,iaitu Jack.

Kebetulan Jack lalu disitu. Jack memandang TG dengan jelingan yang tajam.

Kesemua ahli TG nampak jelingan Jack itu. Afiqah tidak bertindak apa-apa,tetapi Hanim dan yang lain sudah ingin menyerang Jack. Tetapi sempat dihalang oleh Afiqah.

"Nak pergi mana?" tanya Afiqah yang 'blur'. "Kau tak nampak ke tadi dia jeling kita?! Tak salah dah aku syak dia yang halang kerja kita" Humaira memarahi Afiqah.

Afiqah takut dengan nada Humaira yang tinggi. Eh. Terlalu tinggi.

Afiqah mengundur ke belakang dan memberi ruang kepada TG lain untuk menyerang..em..crush Afiqah.

Izzah ternampak muka Afiqah sedih masa Humaira dan yang lain hendak pergi serang Jack.

"Kenapa sedih? Jaranglah nak tengok kau kesian kat orang. Selalu kau diantara orang paling gembira bab-bab membuli ni," Izzah bertanya sambil memerli.

Humaira dan rakan-rakan lain berhenti dan kearah Afiqah dan Izzah. "Kenapa tak ikut kitorang?!" jerit Anis. Marah mungkin.

"Tak payah jerit. Aku ngan Afiqah depan kau je ni" Izzah memaparkan muka menyampah kepada Anis. "Eh ha sorry. Kau kenapa Afiqah? Masam mencuka je. Dimanakah manisnya muka seorang gadis yang bernama Afiqah waktu nak siasat mamat yang kacau kita?" Anis berkata sambil memuji dan memerli.

"Wajah manis seorang gadis yang bernama  Afiqah tu hilang bila korang nak serang orang yang aku suka" kata Afiqah dengan selamba. "What?! Kau suka mamat tu?! Weh,dia dah kacau rancangan aku nak kenakan Asyraf" Izzah terkejut dan kecil hati dengan perasaan Afiqah. TG tutup cerita dan masuk ke kelas.
Di sebalik dinding,Jack dengar akan perbualan mereka. Jack terkejut apabila dia terdengar salah satu TG yang tidak dikenalinya berkata yang dia suka Jack.

Sekarang, Jack ada 2 rancangan. Memberhentikan perbuatan Izzah d
an mengetahui siapa Afiqah. Jack juga pergi dari situ dan masuk ke kelas.

"Kau pergi mana Jack?" tanya Khairul. Jack hanya menggeleng.

Pelajaran berjalan seperti biasa.

Loceng berdering menandakan masa rehat telah tiba.

Hanim,Alya,Humaira,Afiqah,Lisa dan Anis pergi ke kantin. Izzah duduk di kelas,pelbagai soalan di tanya sahabatnya. Tetapi antara alasannya ialah mahu belajar.

Sebenarnya Izzah di kelas bukan kerana hendak belajar, tetapi dia tidak mempunyai mood setelah memikirkan apa yang telah dia lakukan kepada Asyraf.

Pantas Izzah bangun dan mencari Asyraf. Kebetulan Khairul dan Jack lalu di hadapan Izzah yang berada di tandas itu.

"Asyraf mana? Kenapa aku tak nampak dia hari ni?" tanya Izzah. "Kau nak buat apa cari dia? Tak puas lagi sakitkan hati dia? Kau dera dia, kau buli dia, kau malukan dia. Tak puas lagi?" Khairul sudah lama menyimpan amarahnya dek kerana Asyraf yang menghalangnya.

"Aku datang sini nak minta maaf. Bukan nak cari gaduh. Jadi tolong bagitahu aku. Mana Asyraf?" Izzah malas melayan Khairul.

"Kau tahu tak dia masuk hospital? Dia sakit. Sakit dengan perangai orang yang dia sayang. Dia sakit sebab kau buat dia macam tu. Kau tak perasan ke yang dia sukakan kau? Kau pernah tak perasan yang dia sikit pun tak peduli tentang apa yang kau buat dekat dia. Sebab apa? Sebab dia tak nak lepaskan pandangan dia dari kau. Dia akan terima semua perbuatan kau. Sebab dia sayang kau. Dia cintakan kau. Kau tak perasan ke semua tu?" kata-kata Asyraf berjaya membuatkan Izzah tersentuh.

Air mata Izzah mula mengalir. Izzah menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan untuk menahan tangisnya.

'Good. Don't need to stop what she do. So now, I just have another one plan' Jack berkata-kata di dalam hati.

Izzah masuk ke tandas dan melepaskan tangisannya. Dia mencuci muka bagi mengurangkan sembab di matanya akibat menangis. Izzah tidak mahu rakan-rakannya risau.

Walaupun masa rehat telah tamat pada 10 minit yang lalu, Izzah masih di tandas.

Izzah masuk ke kelas dengan riak muka yang biasa. Mata dan hidung yang merah dapat di tangkap oleh pelajar di dalam kelas itu termasuk TG.

(Ups maaf,mereka telah menukar nama kumpulan itu sejak kelmarin. Mereka merasakan nama 'Tiny Girl' itu sangat gedik. Well baru perasan ke? Nama baru kumpulan itu ialah Safroon).

Mujur Cikgu Asma tidak hadir. Jadi kelas itu tiada guru. Safroon memandang Izzah pelik dan cepat-cepat meluru kearah Izzah.

"Aku nak balik. Aku rasa macam tak sihat lah," Izzah cuba menyembunyikan kenyataan dia menangis.

"Kau jangan nak tipu kitoranglah. Kita kawan bukannya tahun ni" Lisa berkata. "Umm tak pe lah. Biar aku dan Lisa hantar kau ke pejabat. Sebelum tu, kau ada bawa telefon tak?" Afiqah bertanyakan kepada Izzah.

"Tak" jawab Izzah sepatah. "Korang ada bawa telefon?" tanya Afiqah pada Safroon yang lain. Mereka hanya menggeleng. "Mmm, tak pe lah. Jom pergi pejabat. Pinjam telefon pejabat call abang kau. Okay? Nak aku bawa beg kau tak?" Izzah menggeleng. " em okay".  Afiqah,Lisa dan Izzah memberitahu Penolong ketua kelas dan terus pergi ke pejabat. 10 minit kemudian Abang Izzah ke pejabat dan membawa Izzah pulang.

"I know why you wanna go home,"  Ethan memula perbicaraan yang sudah 5 minit sunyi.

Izzah yang melihat pokok-pokok di luar memandang Ethan melalui cermin tengah memandangkan Ethan yang memandu kereta. "Kenapa?" Tanya Izzah sepatah dan memandang semula keluar.

"We know what have you done to Asyraf. Jack already told us. And you already know where Asyraf at. Do you feel sorry after what you did to him?"  sekali lagi air mata Izzah mengalir. Izzah tidak dapat memaafkan dirinya. Pertanyaan abang Izzah dibiarkan tidak terjawab.

Keadaan didalam kereta menjadi hening. Izzah yang tertidur tidak mengetahui tempat yang ingin dibawa oleh abangnya.

Izzah tersedar apabila terasa seperti kereta tidak lagi bergerak. Sengaja abang-abang Izzah tidak mengejutkan Izzah.

"Kita kat mana ni?" tanya Izzah yang masih mamai.

xxxxxxxx

Sorry dah lama tak update. Tak de idea. Tiba tiba idea datang pulak. Hehehe.. Izzah update 2 part sbb lepas ni Izzah nak fokus kat pt3. Less then 30 day nak PT3. Doa kan yang terbaik untuk Izzah. So,good luck untuk semua murid yang mengambil pt3. Sorry for bad english. Sorry for the typo. Sorry ayat belit2. Hehe..part ni menyentuh perasaan sikit. Sikittttt je. Tak banyak pun.hehehehe. hope you like it. Nangis tau. Comment kalau nangis. haha.

Hot Girl , Nerd Boy Where stories live. Discover now