26

138 8 2
                                    

"Thanks" butang 'send' ditekan lalu mesej itu dihantar ke Ace dari Izzah.

"No prob" Ace membalas kemudian melakukan misi yang baru diterima.

Izzah memejamkan matanya untuk seketika. Perasaan kasihan menerjah dirinya apabila memikirkan tentang hidup Arsyaf yang tidak bertuah seperti dia.

Izzah telah masuk ke dalam wad Asyraf beberapa minit lalu. Ibu pulang untuk berehat, dan meminta maaf pada Arsyaf. Izzah yang suruh.

Izzah dapat merasakan bagaimana diabaikan oleh seorang ibu, walaupun dia tidak pernah diabaikan oleh seorang wanita yang bergelar ibu, tapi dia faham perasaan Arsyaf.

"Asyraf, kenapa Arsyaf tak sebaik kau? Kau tak tolong bimbing abang kau ke? Kau bahagia ke tengok dia merana macam tu? Kau tak sayang dia ke? 9 bulan 10 hari kau berenang sama-sama dengan dia, takkan kau tak tahu perasaan dia? Haih"

Mungkin Asyraf pernah berusaha, tapi mungkin juga tidak. Jika dia pernah, pastinya lelaki itu tidak tegas dan ikhlas, tetapi jika tak, sudah tentulah Asyraf bahagia melihat teman serahim dia menderita.

Tapi mungkin terjadi sebaliknya dimana Asyraf pernah menasihati abangnya tetapi tidak diendahkan oleh Arsyaf.

Siapa tahu?

Sama ada dia berusaha ataupun tidak, itu urusan dia. Izzah dan rakan-rakan hanya membantu setakat mana yang mereka mampu.

Izzah harap ibu tidak lagi berat sebelah. Sungguh hatinya sakit melihat perkara itu terjadi walaupun tiada kene mengena dengan dirinya.

Lama juga dia termenung. Izzah tersedar dari lamunannya apabila melihat Asyaf cuba membuka matanya. Mata Asyraf terkedip-kedip apabila cahaya berebut masuk ke kornea matanya.

"Asyraf!" panggil Izzah teruja.

"Doktor!" jerit Izzah lagi.

Doktor datang dan menge'check' apa yang patut pada Asyraf. Mereka hanya menyatakan yang Asyraf sudah stabil dan dah boleh pulang esok atau lusa.

Bahagia Asyraf rasa apabila orang pertama yang dia lihat apabila matanya terbuka adalah Izzah. Orang pertama yang mampu menggoncang hatinya.

"Hye Asyraf" Izzah berkata seraya mengusap kepala Asyraf.

"Hye, mana Ibu? Arsyaf? Yang lain?" tanya Asyraf.

"Ibu balik dengan Arsyaf, yang lain baru balik dua tiga jam lepas"

Asyraf membuat mulut 'o' kemudian berpaling muka dari Izzah.

"Kenapa ni?" Izzah bertanya apabila melihat muka Asyraf tiba-tiba berubah.

"Awak tahu tak saya mimpi apa?" tanya Asyraf sambil cuba bangun dari baring supaya lebih selesa untuk bercerita.

Izzah menggelengkan kepala sedikit. Tidak sabar menanti ayat yang ingin keluar dari mulut jejaka itu.

"Saya mimpi awak dengan Arsyaf, kahwin. Awak nampak bahagia sangat" kata Asyraf dengan muka cemberutnya.

Aku ketawa kecil.

"Kenapa ketawa?" Asyraf tidak berpuas hati.

"Tak de lah, mimpi awak tu pelik sangat, lagi pun, kalau betul kita berdua tak ada jodoh? Saya boleh buat apa? Kita tak boleh melawan takdir" Izzah cuba memujuk.

"Tak de lah, say-"

Kata-kata Asyraf terpotong apabila sesorang masuk ke wad Asyraf secara mengejut dan memanggil nama Izzah.

"Izzah!" panggil orang itu.

Sipakah itu? Kenapa macam kenal? Ooh! Itu Arsyaf. Kejap, bukan dia sepatutnya dengan ibu ke?

"Emm ya?" Izzah bertanya pelik.

"Saya nak kawin dengan awak!"

Terbatuk aku mendengar pengakuan Arsyaf. Muka Asyraf berkerut habis menahan marah. Mujur badannya masih lemah, jika tidak, lebamlah muka Arsyaf sekarang ni.

Risau kedua-dua kembar ini bertukar tempat duduk diatas katil pula.

"Excuse me?" tanya Izzah. Mukanya berkerut tidak mengerti.

"Tak la, aku saja je. Haha" Arsyaf berkata kemdian ketawa. Nafas lega dilepaskan oleh Asyraf dan Izzah serentak.

"What's up? Demam ke apa kau ni tetiba lawat aku?" Asyraf dan kembarnya melagakan tumbukan mereka sebagai menggantikan salam.

Kembar itu bersembang mesra dan bergelak ketawa bagai sudah lama tidak bersua muka.

Untuk seketika, Izzah merasakan kebahagiaan sebelum merempuh hati-hari yang mendatang yang kita sendiri tidak tahu apa cabarannya.

Selesai sudah satu masalah.

Izzah meminta diri untuk pulang.

Izzah ke tempat parkir kereta dan menuju ke keretanya. Baru sahaja sebelah kakinya masuk ke dalam kereta, mulutnya ditekup.

Izzah melawan semula dengan tenang. Izzah terlepas dari genggaman itu.

Izzah pantas melutut alat sulit orang itu walaupun dia tidak tahu itu lelaki atau perempuan.

Manusia yang berpakaian hitam dengan mask menutup separuh mukanya itu tertunduk menahan sakit.

Izzah mengambil peluang ini untuk melihat muka manusia itu dengan merentap mask itu hingga tercabut.

Keluhan berat dilepaskan. Satu lagi masalah datang.

Lelaki itu baru sahaja dapat mengimbangkan badannya apabila rasa sakit itu mereda sedikit tiba-tiba satu pukulan hinggap di mukanya.

Gelap.

-tbc-

Hot Girl , Nerd Boy Where stories live. Discover now