part 17

279 11 0
                                    

"Adik, Asyraf...." Ethan berkata dengan muka cemas.

"Kenapa dengan Asyraf?" Izzah bertanya dengan nada dan riak muka yang risau.

"Dia.......okay je,cuma kurang darah. Nanti dah masukkan darah, okay lah tu" Ethan yang dari tadi bermuka serius berubah kepada muka tak bersalah.

Izzah menggenggam bantal yang dari tadi ada di ribanya dan dengan pantas bantal itu di baling tepat ke Ethan sambil menjerit, "Abang ni!!"

"Hehehe abang gurau je. Nak tengok adik sayang tak kat Asyraf tu. Sayang jugak rupanya kan?" Ethan mengusap kepala Izzah.

"Ee, apa jenis abanglah yang aku ada ni wehhhh" Izzah menggenggam tangan Alya dan pura-pura menangis.

Safroon yang lain hanya ketawa melihat gelagat dua beradik itu.

Ethan menjeling Izzah dan keluar dari bilik itu.

Izzah ketawa kecil kemudian menggeleng.

"Korang datang dengan siapa ni? Macam mana boleh tahu aku kat sini? " Izzah bertanya sebaik sahaja Ethan keluar dari biliknya.

Hanim tidak putus-putus memandang Ethan sejak Ethan masuk ke wad Izzah. Izzah tahu Hanim suka Ethan kerana dari dulu Hanim akan berasa janggal dan tergagap-gagap semasa bercakap dengan Ethan, Hanim orang yang paling risau jika Ethan sakit atau hal yang tidak diingini berlaku dekat Ethan. Ethan tidak tahu akan hal itu, Hanim juga tidak berapa menunjukkan rasa sukanya.

"Kan kau kata haritu Asyraf masuk Hospital. Jadi tadi, kitorang rancang nak datang sini lawat Asyraf. Khairul pasang telinga kau tahu! Dia nak ikut juga. Kitorang bagi je lah. Masa sampai sini tadi, dari jauh aku nampak Abang Gray kat luar bilik ni, bersandar dekat dinding yang menjadi pemisah pintu bilik kau dengan Asyraf. Aku tanya kenapa dia kat sini, dia bagitahu kau wad kiri dan Asyraf wad kanan. Itulah kisah kami. Tamat" Hanim menepuk tangan setelah menyebut perkataan 'tamat' diikuti Alya, Humaira, Afiqah, Anis dan Lisa. Izzah ketawa melihat telatah kawannya yang sedikit hambar itu.

"So, Khairul pun kat sini lah?" Izzah sengaja bertanya soalan yang sudah pasti jawapannya 'ya'.

"Yup!" jawab Alya semangat dan tiba-tiba Khairul masuk.

"Izzah, boleh jalan tak? Asyraf nak jumpa kau" Khairul bertanya.

"Boleh kot" Izzah jawab dan cuba untuk menguatkan diri supaya boleh berjalan berjumpa dengan Asyraf.

Tiba-tiba Grayson masuk dan nampak percubaan Izzah. Dia dengan pantas kearah Izzah dan menahan Izzah dari berjalan.

"Nak pergi mana?" Grayson memegang bahu Izzah sambil bertanya.

"Sebelah" jawab Izzah sepatah.

"Meh abang tolong" Grayson berkata.

Izzah menyangka bahawa Grayson akan memapahnya, tapi sangkaannya meleset apabila Grayson mendukung Izzah seperti budak kecil. Tidak hairanlah kerana badan Izzah ringan, kurus dan tidak terlalu tinggi seperti rakan-rakannya yang lain.

Grayson meletakkan Izzah di kerusi yang berada disisi katil Asyraf lalu keluar meninggalkan Asyraf dan Izzah sahaja disitu.

"Bestnya kene angkat" Asyraf memulakan perbualan.

Asyraf dan Izzah ketawa serentak.

"Best apanya? Malulah. Selalu abang angkat kat rumah je, tak de ah malu sangat. Eh! Tak malu langsung sebab bertiga je kat umah. Nak malu apa nya kan? Abang tu gedik ah kat tempat umum pun nak angkat" muka Izzah memerah.

Asyraf mengusap kepala Izzah.

"Macam budak-budaklah dia ni" kata Asyraf berbisik tetapi masih boleh di dengari oleh Izzah. "Ha? Apa? Tak dengarlah. Ulang balik. Kutuk eh?" Izzah memegang dan mendekatkan telinganya ke mulut Asyraf. Asyraf ketawa. Kemudian, "nah" Asyraf menghulurkan handphone milik Izzah.

Hot Girl , Nerd Boy Where stories live. Discover now