29

115 3 0
                                    

Aku terjaga dan dengan itu, terlihatlah Izzah disebelahku sedang tidur duduk seperti orang yang melawat orang sakit di hospital. Aku bangun dengan kadar segera kerana takut akan makhluk di sebelahku ini. Dia.....

Vampire!

Makhluk yang aku benci selama ini!

Tekak aku kering. Aku perlukan sesuatu untuk diminum. Botol air mineral di meja sebelah aku capai. Aku minum dengan rakus tetapi dahaga masih belum hilang.

Izzah tersedar dan pelik dengan aku yang menyumbat air satu cawan dengan sangat laju.

Izzah bangun dan keluar dari bilik kemudian masuk semula dengan satu beg blood donation.

Dia menghulurkan beg itu kemudian aku menyambar darah itu dan minum dengan pantas. Lega terasa tetapi masih belum menyedari bahawa aku bukan lagi aku yang dulu.

"Good boy," kata Izzah. Aku memandangnya pelik.

"Dah kenyang dah?" tanya Izzah. Aku mengangguk sebelum-

"Aaaaaaaaaaaaaaaaahh! Apa kau buat ni?! Kau bagi aku minum apa?! Kau buat apa dekat aku?! Aku kat mana ni?! Kau makhluk tak guna!" aku menjerit kearahnya.

Oh! Baru aku sedar. Aku bukan di hospital, bukan juga di bilik aku. Aku kat mana ni?!

Muka Izzah terlihat suci seperti pertama kali aku bertemu dengannya. Dia murung. Mencebik. Menunduk. Aik? Vampire takut dengan manusia?

"Saya cuma nak hidup abadi dengan awak je. Saya suka awak" Izzah berkata dalam keadaan menunduk.

Aku terharu seminit. Tapi bertukar menjadi marah apabila mengetahui bahawa dirinya sama seperti makhluk yang telah membunuh abangnya.

"Kau!" Secara tiba-tiba aku sudah berdiri sambil mencekik Izzah di dinding. Izzah sudah terapung dan menahan nafas.

"Makhluk macam kau ni penyebab abang aku mati"

"Tapi kau dah sebahagian dari makhluk yang membunuh abang kau" secara tiba-tiba Izzah berubah menjadi matang dan seorang yang pandai melawan. Beserta senyuman sinis dibibirnya.

"Kau penyebabnya!"

"Kau yang nak" Izzah dengan pantas menjawab.

Aku terdiam seketika. Cengkaman dileher Izzah mengendur sedikit kemudian kembali kuat apabila kesal akan diri sendiri.

"Aku tak pernah ungkapkannya"

"Tapi hati kecil kau masih berkata-kata"

Aku mengalah. Lalu aku keluar dari bilik itu melalui tingkap dan hilang disebalik pokok-pokok yang tebal disekeliling rumah Izzah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sesampainya aku di simpang ke rumah, aku terlihat ramai orang berada dihadapan rumahku.

Aku berlari masuk dan aku lihat sekujur tubuh di tengah-tengah ruang tamu milikku. Aku berlari kearah mayat itu dan menyelak kain yang menutupi mukanya.

Ibu!

Aku menangis sambil memeluk erat tubuh yang tak bernyawa itu.

Selamat tinggal ibu.

Sami'on sayang ibu. Tapi ini je caranya untuk memuaskan hati Mi'on demi abang. Bye ibu. I Love You.

Aku melepaskan pelukanku dan bergegas masuk ke dalam bilikku.

Ibu ditanam disebelah kubur ayah dan kubur abang. Tinggallah aku seorang. Bukan lagi manusia. Aku mengeluh seketika kemudian berlari ke rumah Izzah.

Baru aku sedar, keluarga Izzah lah yang menyerang penduduk kampung dan menerkam abangnya.

Hutang darah harus dibayar dengan darah. Izzah harus mati didalam genggaman aku.

End flashback.

"Kau tak boleh lawan aku walaupun kau kuat macam mana pun. Aku selalu selangkah dihadapan. Dan masalah kau hanyalah secebis kerepek pringles bagi aku"

"Kau cakap senanglah. Kau bukannya alami apa yang aku rasa pun"

"Eh eh. Sesedap kari ayam je kau berkata-kata. Mak bapak aku dibunuh oleh manusia, abang dan kakak serta adik lelaki aku dibunuh oleh bangsa yang kalau aku sebut pun, belum tentu kau nak percaya kewujudannya" Izzah berkata sambil mencekak pinggang.

"Maksudnya tinggal kau sorang je lah?" tanya aku blur seketika.

"Bodohnya kau kau ni!" kepala aku diluku.

"Aduh!" keluhku sambil menggosok.

"Kau dah sebut masa mula-mula kau tangkap aku"

"Sebut apa?"

"Kembar aku di sekolah Assasins lah bodoh!" Kepala aku diluku lagi sekali.

'Sakitttttt' aku menggosok lagi kuat dari sebelumnya.

"Dah, aku nak cau!" Izzah hilang dari pandangan.

'Eh, aku macam mana ni? Dia bla macam tu je. Aku? Huaaaaaa-'

Gedebuk!

Aku jatuh akibat tidak tahu bahawa Izzah sudah melepaskanku.

"Aduh, lagi sekali" aku menggosok pula bahagian atas punggung.

-tbc-

Hot Girl , Nerd Boy Where stories live. Discover now