28

103 5 0
                                    

11 tahun berlalu. Kini umurku 17 tahun. Aku sudah penat menyimpan dendam yang tak mungkin terbalas itu.

Lepas sahaja puak itu menerkam abang dan orang-orang yang senasib dengannya, puak itu tidak lagi memunculkan diri. Lantaklah mereka, malas nak kesah.

Suatu hari, di cafe, aku didatangi seorang perempuan yang aku kira sebaya denganku. Cantik. Tapi aku tak terpikat. Aku jadi seorang yang berhati beku selepas kematian abang.

"Hai, nama saya Izzah" kata perempuan itu sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

'Tak maturednya perangai minah ni. Macam budak-budak' kutukku di dalam hati.

Aku memandangnya sekilas dan kembali menunduk.

"Sami'on" jawabku sepatah.

Dari ekor mataku, terlihat wajahnya yang ceria tadi bertukar menjadi cemberut, masam, kecewa. Tangannya dijatuhkan. Tapi, kembali tersenyum dan duduk di sebelahku tanpa dipelawa.

Dia menenung aku seperti muka aku mempunyai crystal yang banyak. Lama jugaklah, dalam 5 minit macam tu.

"Tahulah suka aku, tapi yah payah pandang aku sampai macam tu sekali"

Izzah menunduk tersipu.

"Awak, saya nak jemput awak ke rumah saya malam ni. Hari ni hari jadi saya. Datang tau" katanya sebelum bangun.

"Eh lupa, macam mana awak nak datang kalau saya tak bagi alamatkan. Hehehe. Jap eh," dia menyelongkar beg silangnya. Terkeluarlah satu kad berwarna biru pastel dan kad itu dihulurkan ke arah aku.

Aku ambil, lihat sekilas dan mencampaknya kebawah.

"Jahatnya awak ni!" aku dilempang di tengah orang ramai. Dan dia berlalu pergi.

Ffffffck!

Actually aku dah tahu pasal hari ni birthday dia dan orang kampung aku dijemput.

Tapi tak tahu pulak buat macam tu dapat penampar. Rasa bersalah tiba-tiba menerjah. Aku bangun, kutip kad biru pastel itu semula dan berlari ke kaunter, letak 15 ringgit dan dengan senyap aku berlari mengejar Izzah.

Hampir dekat.

Aku dah tak larat. Jerit je lah!

"Izzah!" gadis itu berhenti dan menoleh.

Aku mengangkat kad jemputan itu dan berkata, "I'm coming tonight-"

Izzah mengelap air matanya dan tersenyum lebar.

Eh, dia nangis rupanya.

"sebagai tanda meminta maaf" aku menyambung.

Senyumannya hilang tetapi kembali tersenyum dan mengangguk laju. Cair hati aku tengok dia senyum dalam tangisan macam tu. Mesti susah nak dapat.

Izzah melambaiku dan ingin kembali berjalan untuk menjemput orang lain.

"Izzah!" jeritku lagi sekali. Aku berlari kearahnya.

"Happy Birthday!" aku berkata dengan nada menjerit yang ditahan. Dah lama tak bahagia macam ni. Aku mencium kad jemputan itu since aku tak boleh cium anak orang.

Izzah tersenyum kemudian berlalu dengan riang.

Aku bergegas ke rumah dan memanggil ibu.

"Ibu!!! Anak raja jemput Mion pergi sambutan hari jadi dia malam ni!" Aku berlari kearah ibu yang sedang memasak dan memberi backhug.

"Baguslah macam tu. Malam nanti kita pergi ke sana ya. Anak ibu pakai hensem-hensem tau" ibu menciumku dan menolakku sebaagai tamda menyuruhku bersiap.

"Dan ibu kene pakai cantik-cantik" kataku kemudian berlari menuju almari bajuku.

Tak tahu kenapa, tapi aku rasa hati beku aku hilang macam tu je. Bahagia. Aku rasa bahagia jumpa perempuan bernama Izzah tu.

Tepat pukul 7:45 malam aku dan ibu sampai di pintu gerbang tempat sambutan hari jadi itu berlangsung.

Ibu berjalan meninggalkanku dan berjalan menuju kearah rakan-rakannya. Aku berjalan tanpa arah sampailah Izzah mula menegurku.

Kami berjalan, bersembang, gelak ketawa dan sebagainya. Izzah menarikku ke dalam semak. Izzah yang aku nampak siang tadi lain. Lain gila!!

Taring!

Darah!

Mata dia!!!

Apa semua ni?!

Izzah menerkam aku. Benda terakhir aku nampak ialah Izzah membelai mukaku sebelum keadaan menjadi gelap.

-tbc-

Maap lambat update. Sebagai tanda maaf, hari ni double update. Actually nak buat panjang2. Tapi idea kering. Maklumlah, saya jenis yang type terus publish. Bukan buat koleksi baru publish. Teruskan membaca.

Hot Girl , Nerd Boy Where stories live. Discover now