chapter four

558 69 1
                                    

Tepat pukul 7.00 pagi, aku sampai di kafe. Aku masuk ke dalam bilik staf untuk meletakkan barang barang aku.

Dalam 30 saat lepastu, pintu bilik dibuka. Amir memandang aku tanpa memberikan reaksi apa apa. Aku pun turut kaku.

Ah sudah, mamat ni. Malam tadi dahlah dia tak balas whatsApp aku langsung. Bukan kata tak balas, tak bukak whatsApp langsung pulak tu. Macam dia saja je sebab selama ni aku chat dia balas je.

Sekarang ni aku nak act macam mana depan dia?

Tiba tiba, Amir tersenyum. Senyuman biasa dia pamerkan bila nampak aku. Maksud aku, senyuman normal lah.

"Kau pahal tak balas whatsApp aku malam tadi?" aku terus bertanya. Amir terus mengeluarkan telefonnya dan mengambil charger lalu melekatkannya di soket berdekatan. "Sorry, semalam aku balik terus tidur. Phone pulak habis bateri. Malas nak bother."

Aku pandang dia dengan curiga. "Tak solat isyak eh?"

Amir terus mencebik dan memprotes. "Excuse you, aku solat awal lagi k dekat kafe. Kau sendiri nampak aku ambik wudhuk, kan?"

"Oh, haahlah. Lupa lupa. Anyway, kau... okey tak ni?" secara refleks soalan tu terpacul keluar daripada mulut aku.

Amir cuma memandang aku tanpa berkelip mata sambil menayangkan muka blur dia. "Why wouldn't I be?"

"Yelah, semalam kau macam manperiod je. Tetiba mood takda. Aku ada buat salah ke?"

Sebaik sahaja aku tanya, dia terus menyangkal persoalan aku. "No, mana ada. Kau tak buat apa apa pun. Cuma-"

Bagaikan dalam drama sinetron indonesia, pintu bilik staf tiba-tiba dibuka. Serentak kitorang berdua memandang makhluk yang memulas tombol pintu itu.

Abang Sufian menjengah masuk. "Lah, ingatkan siapa tadi. Awalnya korang sampai."

"Mana ada awal. Abang je yang selalu lambat. Entah macam mana abang masih bekerja dekat sini pun kitorang tak tahu." balas aku selamba, sambil memandang Amir. Dia pun mengangguk setuju.

Muka abang Sufian nampak macam nak sekeh kepala kitorang je masa tu. "Ei, korang ni. Sedap je mulut kutuk depan abang eh? Yang korang ni masih tercegat dalam ni buat apa? Pergi kemas kat depan."

"Aye aye sir." Amir mengangkat tabik hormat.

Abang Sufian mencampakkan begnya di satu sudut dan terus bergegas ke depan. Rajinnya. Mungkin sebab tu kot dia tak kena buang kerja lagi walaupun setiap hari datang lambat.

"Syif kau habis sama aku kan harini?" aku tanya Amir. "Yes, kenapa?"

"Teman aku pergi beli barang kejap lagi." Sebenarnya aku bagi alasan je nak belanja dia makan. Kotlah kalau aku bagitahu terus nak belanja dia taknak. Nanti tak pasal pasal merajuk macam semalam.

"Okay." balasnya ringkas.

                               - - - -

Seperti biasa, Hairi datang ke kafe kami pada waktu petang sambil membawa beg laptopnya.

Hari ni kafe agak sesak, ramai pelanggan yang datang. Aku tengah melayan pelanggan yang tengah memilih order, aku curi tengok siapa yang layan Hairi.

Amir datang ke mejanya dan mengambil order. Eh, yang aku sibuk nak tengok ni kenapa? Fokus kerjalah, Luna!

Sesudah aku mengambil order pelanggan, aku terus ke dapur melekatkan kertas di seutas tali yang sudah tersusun beberapa kertas pesanan makanan yang lain. "Kak Mai, order baru!" aku menjerit.

Kak Mai mengangkat kepala dan menunjukkan tanda 'okay'.

Aku kembali ke luar untuk membancuh air. Tiba-tiba Amir muncul di sebelah. "Weh tolong buat air Nescafe latte."

Eh, Hairi ke?

"Kenapa? Kau kan pandai buat sendiri."

Amir mengeluh perlahan. "Entahlah mamat tu. Dia kata nak kau buat. Banyak songeh betul." dia menggaru kepalanya.

Terkejut aku mendengarnya. "Asal aku pulak?" aku dapat rasakan muka aku sudah memerah.

"Dia kata selama ni kau je buat air dia. Dia pernah try air orang lain buat tak sama. Cerewet jugak dia tu." balasnya sambil membuat muka menyampah.

Aku ketawa melihat reaksi Amir. "Yang kau menyampah sangat ni kenapa? Bukan dia suruh kau buat pun. Yelah, nanti aku buat. Nah, pergi hantar air ni dekat meja sana." aku menolak dulang yang berisi tiga cawan berlainan air. Aku pun tak tahu apa bezanya air aku buat dengan air orang lain buat. Bukan tambah susu je ke? Agaknya percentage susu yang aku letak lain kot.

Seusai membancuh Nescafe Latte, aku menghantar air kepada Hairi. Dia tersengih melihat aku membawa airnya.

"Sorry, Luna. Susahkan pulak."

"Nah, it's okay. Banyak kerja?" Eh eh, gatal pulak mulut aku ni nak borak dengan dia.

Dia membetulkan cermin matanya dan mengangguk. "Yep, assignment harini entah tetiba banyak gila. Lecturers are trying to kill us, really."

"Oh, hahaha." Awkward. The hell am i going to say now? Pandai sangat nak borak tetiba jadi awkward.

"Enjoy your latte, encik Hairi." kataku sebelum beredar. Aku terdengar dia ketawa kecil. "Yes, thank you, cik Luna."

Kini sudah dua jam berlalu, dan Hairi masih berada di sini. Sepanjang masa dia berada di sini, tak pernah sekali pun dia pandang tempat lain selain laptop dia.

Kalau macam nilah life budak universiti, aku takut nak lepaskan hidup zaman cuti lepas spm ni.

Amir menyiku aku. "Weh, tengok tu. Dia tidur tegak do." katanya sambil menunjuk ke arah Hairi yang tengah tersengguk sengguk tidur, tapi badan kekal tegak. Tangannya masih melekat di papan kekunci laptop.

Tiba-tiba.. pap!

Kepala Hairi sudah tersungkur di atas papan kekunci. Ah, sudah. Patut ke aku kejutkan dia? Takut pulak aku kacau masa rehat dia. Tapi takut jugak kalau laptop dia rosak sebab dengar bunyi tadi macam kuat je. Lagipun takut jugak kalau air liur basi dia melekat dekat laptop, rosak jugak nanti.

Aku berjalan menuju ke mejanya. "Err, Hairi?"

Tak bangun.

Aku menolak bahunya perlahan dengan menu di tangan aku. Serta merta dia terbangun.

Matanya terus tertumpu kepada laptopnya. "Ah, damn it! Habis powerpoint aku." Kemudian dia beralih kepada aku. "Thanks, Luna. Kalau awak takda, tak tahulah berapa lama saya kena tekan button delete ni."

Aku pandang dia tanpa mengelipkan mata. "But you could highlight all of them and delete?"

Selama beberapa saat dia pandang aku dengan muka blur. Tiba-tiba dia facepalm diri sendiri. "Haahlah. Ya Allah, apa bengap sangat lepas bangun tidur ni. Thanks again, Luna."

Aku mengangguk dan mula beredar. "No problem."

Aku terdengar suaranya dari jauh. "Ya Allah, malunya. Hairi, jangan buat macam tu lagi depan dia."

Talking to himself? Agak pelik, tapi.. he's quite cute.

nescafé latteWhere stories live. Discover now