chapter seven

521 44 4
                                    

Ok, honestly, to be exact, sejujurnya, terus terang aku kata, aku rasa mungkin aku tersuka dekat Hairi sikit. Siiikit lah sikit. Semuanya sebab mimpi tu. Tak guna punya mimpi.

Sebab lepas je aku mimpi tu, hari hari seterusnya dekat tempat kerja perangai aku lain macam jadinya. Asyik asyik tertoleh toleh cari lelaki pakai spek yang memesan nescafe latte.

Aku tak pernah ada crush dekat budak lelaki sekolah aku dulu, sebab semuanya macam tak layak dibuat crush HAHA. Anyway, disebabkan tu, aku tak pastilah perasaan aku ni boleh bertahan lama ke tak.

"Ya Allah kau serious ke ni Luna?" Jun memegang lengan aku dengan kuat, mahu memastikan apa yang aku kata tadi sah lagi sohih lagi benar.

"Hmm,"

"Lelaki tu datang frequently? Customer tetap?" kalini genggaman dia lebih kuat.

"Hmm,"

Jun memandang aku dua tiga saat sebelum memberi tumbukan padu kepada lengan aku. "Macam nak lempang je kau ni. Dari tadi hm hm. Allah kurniakan mulut dah elok elok kau taknak guna. Ni namanya tak bersyukur." Ah, sudah. Mulalah dia ni nak berceramah.

"Apa? Guna untuk bergosip ke? Takkan?" aku counter balik. Terus terkunci mulut dia. Heh, nak sangat nasihat aku. Tapi tak lama, mulut dia kunci temporary je, bertahan selama 5 saat.

"Alah, kau jugak yang start gosip tadi. Bukan aku."

Dia defend diri pulak! Tapi sebenarnya memang betul pun apa yang dia kata tu. Jun datang ke apartment aku harini, sebab nak ajak hang dengan kawan kitorang yang lain. Ni dia sampai paling awal. Janji pukul 10 pagi, dia sampai 7.30 pagi. Haktuih aku bukak pintu tengah mamai, air liur basi melekat lagi kau tahu.

"Korang tahu kakak dengar jugak, kan?"

Alamak.

Aku lupa pulak selain Jun, ada lagi seorang makhluk yang teramatlah busybody. Aku rasa Amir yang memang dah cukup busybody ni, kakak aku lagi berganda busy nya tu.

Maka, kakak aku yang tengah sibuk menonton televisyen dengan lajunya mengambil tempat di sebelah Jun.

"Budak tu umur berapa? Universiti mana? Ke sekolah lagi?" terus disoalnya kepada aku. Bersinar sinar kau mata dia.

"Entahlah. Tapi yang pasti budak u. Eh, rasanya universiti kakaklah. Sebab u tu je yang paling dekat." dan aku pula takdelah protes taknak bagitahu diorang. Sebabnya aku yang start bercerita dulu kah.

"Describe kan rupa dia macam mana. Tinggi mana."

"Hm, muka dia honestly, memang good looking. Kulit dia pun cerah, licin pulak tu-"

"Detail gila kau tengok jarak dekat ke apa seh?"

Aku mengangguk, terselit senyuman yang agak bangga sikit. "Of courselah, aku nak ambik order dia kan. Takkan nak pakai binoculars kot."

"Ha, dah dah sambung balik. Tinggi dia macam mana?"

"Tinggi dia boleh tahan. Mungkin dalam 177.84 cm."

"Jangan banganglah kau bukannya ukur tepat pun tinggi dia. Tak payah spesifik sangatlah kan tekaan kau tu."

"Apa bangangnya aku nak bagi gambaran yang aku rasa paling tepat untuk koranglah ni. Tu pun nak marah."

Tiba-tiba loceng berbunyi dan kedengaran tombol pintu dibuka. Muncul kepala yang dengan tanpa segan silunya terus menceroboh masuk ke dalam apartment tanpa kebenaran, tak lain tak bukan Mina.

Aku mengangkat kening. "Aku ada bagi masuk ke? Salam pun tak bagi."

"Eh, dah bagi salam lah tadi. Dalam hati aku. Buat apa kau nak bagi? Bukan apartment kau pun, kakak kau punya. Kak Diyan bagi kan?" soalnya sambil tersenyum bukan main manis lagi dekat kakak aku. Heh, kakak aku apa lagi, terus setuju je. Mentang mentang Mina kata ni apartment dia. Haktuih yang bayar sewa apartment ni manusia yang beranakkan dia jugak.

nescafé latteWhere stories live. Discover now