chapter fifteen

333 31 9
                                    

"kak luna!" 

aku tersenyum tatkala ternampak seorang budak perempuan melambai tangannya dengan kuat. aku menyambut lambaian comel tersebut. "hai!" 

dia menunjuk ke arah kerusi yang terletak bersebelahan katilnya. "sini, sini." 

"luna, ni adik saya. sofea. sofea, salam kak luna." hairi menarik kerusi yang berada di hujung katil dan duduk di sebelah aku. 

"hai sofea. sofea umur berapa?" aku menyoal selepas bersalaman tangan dengannya. dia mengangkat enam jarinya. "enam. hehe." 

di atas pangkuannya, aku ternampak sebuah buku yang dihiasi dengan sedikit tulisan, contengan bintang bintang di merata muka surat. 

"oh? sofea suka menulis?" aku menunjuk ke arah bukunya. dia mengangguk, senyuman di bibir semakin pudar. "suka.. tapi sofea sedih sebab tak dapat belajar tulis sama sama dengan kawan kat sekolah.." dia memandang ke bawah. aku memandang hairi, dia hanya memberi senyuman tawar. 

aku dipagut rasa bersalah. simpati menggunung. umur tak mencecah dua angka pun lagi, budak ni sudah merasai kesusahan dan keperitan yang aku sendiri tak dapat bayangkan macam mana.

"tak apa, sofea. akak boleh datang selalu, ajar sofea semua yang sofea nak. akak nak jadi kawan sofea, boleh?" 

"betul ke? boleh!" kesedihan dia sebentar tadi dah dipadam, segaris senyuman manis menghiasi pipinya. "akak nak jumpa sofea? datang selalu?" 

aku mengangguk. "haah, akak nak datang. tapi bila akak tak kerja lah, okay?" 

"oh.. cakap pasal kerja kak luna kan.. betul ke akak yang selalu buat air nescafe latte untuk abang?" tanya budak kecil tu, mata bersinar semacam. "err, haah. takdalah selalu. bila dia datang je. abang ada cerita eh?" 

laju sofea mengangguk. "abang kata abang suka kak luna buat air, sebab kak luna cantik." terang terang dia menjawab. sumpah nak kata bulat ya amat mata aku masa tu. hairi pulak tak pasal pasal merah menyala muka dia jadinya. 

"mana ada abang kata macam tu!" 

"ada! abang kata dalam tidur!" 

"ish, tak payah nak malukan abang lah. abang bawak kak luna lari nanti --" 

sofea masih bergaduh manja dengan hairi, namun dengan sekelip mata sahaja dia terbatuk kuat dan banyak kali. tangan ditekup ke mulut, menggigil. hairi dengan pantas menggosok belakang adiknya dengan perlahan. 

air mata menitis, membasahi lengan sofea yang kurus. "abang.. darah lagi..." dia memandang tangannya yang ditekup tadi. 

nescafé latteWhere stories live. Discover now