chapter one

1.1K 101 2
                                    

Aku meletakkan secawan nescafe latte di atas meja pelanggan di hadapan. Dia kelihatan sangat khusyuk membaca buku yang nampak seperti beratnya 1kg, okay agak over, maybe 100g paling kurang, sebab nampak tebal gila nak mati.

Selesai aku letak cawan tu, dia mengangkat mukanya dan tersenyum ke arah aku. "Terima kasih."

Aku sekadar mengangguk dan berlalu pergi. Dia pun kembali menunduk sambil membaca buku.

Masuk harini, dah enam kali aku nampak dia dekat kafe tempat aku kerja ni. Mungkin lebih, sebab aku bukan ada shift 24/7.

Setiap hari jugak, dia hanya akan memesan nescafe latte sambil membawa barangnya bersama. Kalau harini buku, semalam dia bawa laptop, tiga hari lepas dia cuma main handphone sepanjang masa. Kadang kadang adalah jugak dia pesan makanan, itu pun chicken ham sandwich tiga keping je.

Tapi tak hairan sangat, tengok lengan dia pun macam tinggal tulang je.

Umur? Dari gaya dia berpakaian, muka dia, barang yang dia bawak, aku agak dia budak universiti.

Memandangkan kafe ni dekat dengan universiti J, selalu jugaklah aku nampak budak budak yang sama asyik bertandang.

Tapi kebanyakannya yang datang dengan kawan, berkumpulan, tapi lelaki ni selalu bersendirian.

Maybe dia takda kawan kot. Ah, apa aku kisah. Baik aku pergi lap meja yang kotor kat depan ni.

('・-・')

Keesokan harinya, sekali lagi aku nampak dia datang. Kalini aku tak nampak dia bawak apa apa.

Dan harini dia tak duduk dekat tempat biasa dia.

Dia duduk dekat meja paling hujung sekali, walaupun banyak lagi meja dekat tengah yang dapat rasa kipas.

Tapi dia masih order air yang sama, nescafe latte.

Memandangkan harini hari Selasa, waktu pun masih pagi, suasana kafe agak lengang.

Yang ada cuma tiga empat pelanggan warga emas yang rancak berbual sambil menghirup kopi.

Tanpa sedar, aku perhatikan lelaki tu agak lama. Sampai Kak Meera lambai tangan dekat muka aku, ingat aku berkhayal. Terus aku pura pura gelabah buat kerja.

Masa aku on the way nak kemas meja yang berhampiran dengan dia, aku terpandang dia sekilas.

Eh?

Apa yang aku nampak tadi?

Aku tak nak pandang balik, tapi aku macam tak percaya apa yang aku nampak. Aku yakin aku nampak pipi dia basah tadi. Raut wajah dia pun nampak sedih. Ke aku salah pandang?

Sekali lagi aku toleh sepantas 300 km/h. Sah pandangan aku masih elok. Aku nampak dia mengesat muka dengan lengan bajunya.

Selesai mengemas meja, aku kembali ke kaunter. Aku tak tahu apa benda yang aku fikir masa tu, tapi tangan aku laju mencapai tisu di atas kaunter. Aku suspek medulla oblongata yang kawal action aku dan bukan cerebrum, sebab aku macam tak sedar apa benda yang aku buat. Gula lolipop perisa strawberi yang ada dalam bekas gula gula pun aku ambik sekali. Jangan risau, aku tak curi, aku bayar lolipop tu nanti.

Dia tengah melihat handphone nya masa aku sampai. Aku tak cakap apa apa, aku cuma letak lolipop tu sekali dengan tisu tadi atas meja dia.

Automatik kepala dia naik 30°, memandang aku dengan ekspresi terkejut.

Masa ni baru aku sedar betapa tak munasabah dan peliknya tindakan aku. Kalau boleh aku nak sorokkan muka dalam tanah macam burung unta. Entah apa yang jadi dekat aku masa ni pun aku tak tahu.

Lelaki tu memandang ke kiri dan kanan. Lepastu dia pandang aku balik. "Nampak ke?" soalnya tergantung.

"Nampak apa...?" aku tanya balik. Sebenarnya masa ni muka aku tengah panas sebab malu gila nak mati. Aku acah tenang je ni.

Dia menggaru kepala sambil memandang tempat lain. "Saya... menangis tadi."

"Oh, haha. Saya je nampak. Yang lain tak perasan kot. Sorry kalau rasa saya menyibuk, cuma saya.. buat out of reflex?" pernyataan aku berakhir macam tengah bertanya. Nampak sangat tengah cover.

Dia tersenyum ikhlas dan mengambil lolipop dan tisu tu. "Terima kasih."

Lepas aku balas ucapan dia, aku terus blah sepantas kilat.

Aku memang selalu dengar dia cakap terima kasih, tapi tulah kali pertama jantung aku berdegup laju gila macam baru lepas buat marathon masa dia cakap tadi.

nescafé latteWhere stories live. Discover now