chapter thirteen

356 45 16
                                    

Sebaik sahaja aku dengan Amir sampai dekat apartment, aku terus serbu bilik kakak aku manakala Amir tunggu dekat luar. 

Lepas siap, kitorang terus menuju ke hospital.

"A- abah... abah macam mana? Apa jadi?" termengah mengah aku tanya disebabkan tak cukup nafas lari tadi. Dah takda benda lain dalam fikiran aku sekarang melainkan pasal abah. 

"Darah tinggi abah jadi lagi."

"Ma mana? Along buat apa dekat sini?" aku terus bertanya along yang sedang menuju ke arah kitorang.

"Ma dalam bilik, teman abah. Along tunggu korang ah ni," kata Along sambil menggosok matanya, barangkali mengantuk sebab tunggu kitorang lama.

"Abah macam mana? Kitorang boleh masuk ke?" kakak menyoal pulak, raut wajahnya jelas terpampang betapa risaunya dia terhadap kesihatan abah. Kitorang berdua tak pernah expect benda ni, sebab abah selama ni nampak cergas dan sihat je. Siap pergi jogging setiap pagi lagi tu.

"Boleh masuk, tapi jangan buat bising pulak," jawabnya.

Maka, aku dengan kakak apa lagi, terus serbu wad abah.

Amir memandang kitorang dari belakang, dia masih berdiri kaku depan Along.

"Segan nak masuk?" Along menyoal sambil tersengih. Amir mengangguk sambil ketawa kecil. Dia bukan ahli keluarga, maka terasa janggallah kalau tiba tiba dia datang menyerbu. Tak sedap pulak nanti.

"Jomlah, kita tunggu dekat kafeteria dulu," Along mengajaknya. Memandangkan tiada tempat duduk di depan bilik wad, Amir akur, dia mengekori Along dari belakang.

Selepas hampir sejam duduk di wad abah, aku akhirnya keluar dari pintu. Mata aku terpandang tubuh Amir yang sedang tersengguk sengguk menahan ngantuk. Eh? Dia buat apa lagi dekat sini? Aku dah message dia dah suruh balik dulu.

"Amir?"

"Huh, ya? Eh, ha macam mana dengan abah?"

"Abah?" aku menjongketkan kening.

"Err, yelah maksud aku abah kau. Abah kau macam mana?"

"Abah okay. Tengah tidur nyenyak tu yang kitorang patut pergi. Tapi still kena tinggal dekat sini dalam seminggu dua macam tu jugaklah sebab doktor nak check kesihatan abah sentiasa."

"Oh, alhamdulillah lah kalau macam tu."

"Kau asal kat sini lagi? Kan aku suruh balik dulu."

"Takkanlah aku nak tinggalkan kau sensorang pulak balik nanti."

"Um, aku kan ada kakak aku?" aku mengerutkan kening.

"Right, kakak kau. Abang kau pun ada dekat sini. Kenapa aku tak terfikir eh?" Amir nampak macam dia baru tersedar betapa bodohnya dia.

"Ha takpalah, aku suruh abang aku hantar kita balik. Kakak aku kena teman mak aku dekat dalam," aku beredar, mahu memanggil along yang sedang menunggu berdekatan pintu di lobi. Amie mengangguk dan kembali menyandar di dinding.

Aku berjalan menuju ke koridor, ke arah lobi yang penuh sesak dengan manusia. Tetapi, suara yang sangat familiar membuatkan kepala aku terus pusing menghadap pemilik suara tersebut.

"Luna?"

"Hairi?"

———

Amir menguap buat kali yang ke sepuluh sejak Luna pergi mencari abangnya. Dia mula mengorak langkah ke lobi, mungkin ingat yang kawannya sorang tu sesat dalam hospital.

Matanya terasa sangat penat, mana taknya, dari tadi dia tunggu dengan Along dekat kafeteria, dengan Along yang mulut becok tak pernah nak berhenti bercakap, Amir cuma mampu mengiyakan sahaja sebab dah tak larat nak memberi separang respon lain.

Tapi sebaik sahaja dia ternampak Luna dan Hairi bersama di salah sebuah meja do lobi, terus tak terasa mengantuk. Segar bugar dibuatnya nampak kelibat dua orang tu.

Dan dia nampak Luna ketawa.

Amir tersenyum.

Dia nak sangat tengok Luna ketawa, mungkin tawanya itu tak ikhlas, mungkin hanya sandiwara untuk menyorokkan kesedihan pasal abahnya. Tapi dia masih bersyukur.

Amir mengeluh perlahan, mengusap mukanya, penat.

"Kalau lah dia tahu yang tarikh ni adalah kali pertama kitorang berjumpa..."

nescafé latteWhere stories live. Discover now