Nazri. Budak lelaki yang boleh lihat masa depan.
Kuasa luar biasanya buat aku kagum kadang-kadang.Walaupun budak ni terlalu pentingkan keselamatan dirinya dan menjengkelkan, tapi kuasanya tu sangat hebat.
Macam mana May dan aku boleh jumpa manusia macam dia ni? Dia ni istimewa. Kali pertama dia masuk kelab ni, dia ceritakan pada aku dengan May tentang masalahnya yang selalu dihantui visual-visual yang mungkin akan berlaku pada dirinya.
Kuasa macam dia ni terbahagi kepada dua.
Satu, ramal keadaan orang lain.Maksudnya,seseorang tu boleh nampak apa yang orang lain tu bakal alami dalam kehidupan dia. Malangnya, orang yang ada kuasa macam ni tak boleh ramal apa yang akan berlaku pada diri sendiri.
Kedua, ramal keadaan diri sendiri. Macam Nazrilah. Dia cuma dapat visual tentang apa yang akan berlaku pada dirinya akan datang. Contohnya, Kem Jati Diri ni. Kalau dia nak pergi, maksudnya diri dia akan selamat kat sana.
May dan aku cuba bantu dia kawal kuasa sendiri. Katanya, visual-visual tu makin lama makin banyak yang muncul dan dia jadi tertekan. Dia takut kalau dia nampak visual tentang orang mati atau darah ke. Dia tak pernah suka benda-benda paranormal macam tu. Nazrilah pelajar pertama yang menyertai kelab ni secara sukarela. Aku pun kena paksa dengan May.
Ahli kedua selepas Nazri ialah Umairah. Gadis ni aku selalu nampak cakap sorang-sorang. Aku ingat dia gila ke apa tapi dia cakap kat aku, dia sedang cakap dengan seseorang.
Kuasa Umairah adalah dapat lihat hantu dan bercakap dengan mereka. Kuasa dia ni aku takut. Tapi bila dia berbual dengan hantu, dia relaks je. Tak ada pun dia takut-takut atau seram. Dia sudah biasa.
Umairah kata kat aku yang dia dari kecil nakkan seorang adik. Tapi bila mak dia mengandung, mak dia keguguran. Jadi,mungkin Tuhan kasihan kat dia lalu bagi dia kebolehan untuk 'berkawan' dengan hantu. Bila aku tanya, macam mana rupa hantu-hantu tu, nak tahu dia jawab apa?
"Kepala berdarah, muka pucat, mata macam orang buta, baju koyak-rabak dan ada yang rambut panjang."
Aku tak sangka budak yang suka baca novel ni tak takut dengan hantu-hantu macam tu.
Kalau aku mesti dah tercabut jantung.
Muka May pun menakutkan aku, apatah lagi hantu-hantu tu.
Seterusnya aku nak cakap pasal Fiza atau suka dipanggil Fiz. Gadis ni misteri sikit dan dia jarang-jarang pergi perjumpaan kelab. Kalau May terserempak dengan dia,pasti gadis Cina tu bawa dia pergi perjumpaan. Cuma May je yang boleh bawa dia. Mungkin sebab May tu menakutkan kot.
Fiz ni tak berminat dengan kelab kita orang sebenarnya tapi selepas dipujuk berkali-kali, dia sertai juga. Kuasanya aku keliru sikit. Sebab dia jarang tunjuk kuasanya. Tapi aku pernah ternampak sekali kuasanya. Nak kata dia bomoh, tak juga.Nak kata dia ahli sihir, tak juga.
Dia boleh kawal badan manusia. Dengan minda. Kira telekinesis rasanya.
Dia boleh kawal apa-apa sahaja dengan mindanya tu. Bila kali pertama aku nampak dia buat macam tu, aku larikan diri. Tapi badan aku terasa kaku. Aku nak toleh ke belakang tapi tak boleh. Fiz berjalan ke hadapan aku dan tunjuk satu tanda.
Dia suruh aku simpan rahsia ni.
Dan aku pelihara janji tu.
Fiza ialah gadis berambut panjang dan bersifat seperti samseng. Dia cuba nak lesapkan dirinya dalam dunia ni dan berimpian untuk mati awal.
Aku tak faham apa masalahnya.
Dia kata kalau dia mati awal,pasti dia tak perlu hidup sengsara di bumi lagi.
Aku tak faham apa yang dia faham pasal mati ni.
"Aku nak mati cepat-cepat, aku tak nak lagi hidup macam ni,"katanya kepadaku.
"Kenapa? Apa yang teruknya hidup di dunia?" soalku.
"Tahu tak, aku gelak bila ada orang kata dia nak hidup selama-selamanya. Aku pula sedih orang lain mati awal dari aku. Tuhan suruh aku teruskan hidup tapi aku kata kat Dia yang aku nak mati. Kenapa Dia tak faham?" Fiza melepaskan geramnya.
"Sebab kita hidup bersama sebagai kawan tapi mati nanti kita bersendirian. Tuhan nak tunjuk kat kau betapa berharganya hidup ni untuk kau," kataku.
"Kenapa aku? Tak boleh ke bagi kehidupan ni pada orang-orang yang nazak di hospital atau manusia yang miskin dan mati kelaparan? Kenapa bagi kehidupan pada aku yang sihat walafiat ni daripada orang yang sakit di hospital?"katanya lagi.
Fiza ni degil sikit. Dia tetap dengan pendiriannya.
"Apa yang tak kena dengan kau?" soal aku.
"Aku bosan hidup macam ni. Walaupun Malaysia ada 30 juta manusia tapi aku kesunyian," katanya lagi.
Apa maksudnya sunyi bagi dia? Mak ayah dia dah meninggal ke?
"Sunyi? Maksud kau?" soal aku lagi.
"Keluarga aku mati dalam nahas pesawat. Aku je yang masih hidup. Aku tumpang di rumah jiran aku dan lepastu dia halau aku sebab kos sara hidup semakin meningkat. Aku pula terpaksa tinggal di rumah Cikgu Kumari. Dia nak jaga aku sebab aku tak ada sesiapa di dunia ni," katanya lagi. Aku jadi sedih mendengarkan ceritanya.
"Aku minta.."
"Kau tak perlu minta maaf. Bukan salah kau," keadaan mula jadi emosional masa tu.
Sejak itulah, aku mula simpan perasaan aku kat dia. Aku tahu aku kacak dan aku ada ramai peminat, sebab aku putih,tinggi dan kacak. Tapi perempuan samseng macam Fiz juga aku nakkan. Aku tahu kita orang sekolah menengah lagi tapi tak apa kan? Biasalah, kita orang dah matang.
Tapi kalau aku bagitau Fiz yang aku suka dia,pasti mati aku dikerjakannya.
Dia garang, panas baran, samseng dan tambah lagi dengan kuasanya yang boleh kawal orang. Tak cukup seram lagi ke?
Tapi May seorang je yang tak kena penumbuknya. Sebab dua-dua sama menyeramkan.
So, inilah cerita macam mana Kelab Deria Keenam ni boleh dapat ahli yang berminat nak sertai. Kita orang bantu pelajar yang dikurniakan kuasa ajaib dan istimewa untuk mengawalnya supaya bahananya tak terkena orang lain.
YOU ARE READING
GILA
Horror"Aku nak anak aku balik! Aku nak anak aku!". Peristiwa hitam yang menimpa Hospital Lembah Klang ini pernah menjadi bualan masyarakat. Kisah Mak Tiha yang kehilangan anak tersayang akibat bunuh diri telah menjadikan dirinya seorang pesakit mental. Na...