Sedutan untuk kisah Naina
Naina.
Wanita itu masih muda dan telah berkahwin dengan Dato' Sulaiman itu pada usia 24 tahun.
Dia sudah membuat banyak konsert jelajah dan banyak karya dibuat untuk suaranya yang merdu.
Penyanyi Jazz ini merupakan antara artis popular pada ketika itu.Apabila dia menyanyikan lagu 'Tunggu Sekejap' dendangan P.Ramlee,dia mulai dikenali ramai dan menjadi popular.
Namun satu Malaysia digemparkan dengan kematian beliau.
Beliau ditemui mati kerana jatuh dari balkoni rumahnya selepas pulang dari majlis pelancaran albumnya yang bertajuk 'Kehilangan'.
Dia juga baru bercerai dengan suaminya kerana kewujudan orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Kakak Naina yang marah akan tindakan Dato' Sulaiman berjaya mendapatkan hak penjagaan untuk anak-anak beliau.
Dato' Sulaiman menerima kerugian besar dalam pelaburan syarikatnya.
Setelah kematian Naina,ramai orang mula memandang serong terhadap bekas suaminya.Ramai pihak menyokong tindakan kakak Naina,Syatilla untuk merampas hak penjagaan anak-anak beliau daripada Dato' Sulaiman memandangkan syarikatnya rugi.
Pembantu rumah Naina yang bernama Kamilia yang menemui mayat Naina di atas tanah.
Pada masa itu,kawan Naina iaitu Farid melawat Naina setelah penceraian mereka.
Terdapat racun dalam minuman Naina dan seorang pembantu rumah dari Indonesia bernama Puspawati yang membuatkan minuman tersebut.
Detektif Amran dan Detektif Fasha ditugaskan untuk menyiasat kes ini.Antara kes paling popular dalam rekod mereka.
Dapatkah mereka mencari pembunuh Naina?
Nukilan penulis kisah GILA...
____________________________________
Sedutan untuk kisah AKU DAN ZOMBI
Wanita itu berjaya melarikan diri dari rumah majikannya Puan Azalea yang kejam setelah rumahnya diserang zombi.
Ini semua gara-gara vaksin Doktor Razak Farhan yang dipercayai dapat mengubati virus Zika.
Perkara itu betul.
Namun dia tidak sedar bahawa vaksin tersebut akan membawa kesan lain terhadap manusia.
Vaksin itu menyebabkan semua pesakit Zika bertukar menjadi dan menggigit orang di sekelilingnya.
"Hoi!!Masuk dalam sini cepat!" suara seorang lelaki kedengaran di bandar yang sunyi itu.
"Selamatkan saya!"jeritnya.Dia ternampak bas sekolah yang dipenuhi manusia normal yang masih hidup.
Kelihatan ada dua ekor zombi berada berdekatan Syahida.
Mereka mengejarnya dengan dengusan yang berbunyi ganas dan liar.
Syahida masuk ke dalam bas itu dengan pantas.
"Terima kasih."
"Awak hampir-hampir mati."
Kejadian zombi ini merupakan kejadian yang paling buruk di dunia.
Mungkin hanya mereka sahaja yang masih terselamat.
Misi mereka adalah untuk ke makmal kajian yang terletak di Shah Alam.Di dalam bas itu, terdapat seorang saintis yang masih hidup dan ingin mencari ubat bagi menyembuhkan wabak ini.
Syahida mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan semua yang masih selamat.
Nukilan penulis GILA...
YOU ARE READING
GILA
Horror"Aku nak anak aku balik! Aku nak anak aku!". Peristiwa hitam yang menimpa Hospital Lembah Klang ini pernah menjadi bualan masyarakat. Kisah Mak Tiha yang kehilangan anak tersayang akibat bunuh diri telah menjadikan dirinya seorang pesakit mental. Na...