LAPAN

4.4K 369 34
                                    

Aku,Nazri,Umairah,May dan Fiz sekarang duduk dalam kereta akak Suzana.Kereta besar,rasa selesa bila muka aku menghadap air-cond.Hehe..

"Sayang,kita nak berhoney moon kat Jitra ke?"aku kacau Fiz yang sedang mengelamun.

"Eee..apa sayang-sayang?Nak muntah hijau rasanya!Tak betullah kau ni,berhoney moon pebende?Aku campak kau keluar dari kereta kang!"katanya dengan kasar dan gaya mahu menumbuk wajahku.

"Ouhh..so sweet,"Nazri mencelah.

"Ingatkan abang je suka berkapel,adiknya pun sama?" sindir akak Suzana.

"Akak,saya bukan takde taste tapi mamat muka cam burger penyek ni jadi boyfriend saya? Hmm..tak naklah!Saya lagi rela hempas lidah saya dengan pintu kereta."

"Hush..ayat dia win!"kata Nazri.

Umairah dan May gelakkan aku.

"Janganlah macam tu..Lautan dalam yang berapi tu sanggup saya renangi tau untuk awak," aku bagi ayat romantik.

"Aku harap kau dibaham buaya bila berenang dalam laut tu."

"Laut mana ada buaya?Mana kau belajar ni?"sindir May.Tahulah, budak genius.

"Bukannya aku betul-betul pun!"

"Saya sanggup dapatkan bulan untuk awak sebagai hadiah sempena percintaan kita."

"Aku nak buat apa dengan bulan?Bagi ayam makan?"

"Wei,Firas.Sedarlah kau tak sesuai untuk dia.Kau mengayat dia pun bukannya dia terima.Dia annoying lagi adalah!"kata Nazri.

"Betul cakap si Nazri tu.Kau cermin dulu muka kau yang macam burger penyek tu!"kata Fiz dengan garang.

"Okey..Saya redha..Saya relakan awak kapel dengan lelaki lain." Berdrama pulak aku ni.

"Akak tolong berhenti.Saya nak muntah puas-puas tepi jalan."

Kami semua gelak.Haduih, dalam perjalanan nak siasat kes yang seram pun nak buat lawak lagi ke?

Pejam celik pejam celik,kita orang dah sampai Jitra,Kedah. Pemandangan sawah padinya sungguh indah dan menyejukkan mata.Tapi tak seindah wajah makhluk yang bernama Fiz ni! Hehe...

"Rumah akak Juwita tu jauh ke akak?"tanya Umairah.

"Dah nak sampai dah."

Lagu Kill Em' With Kindness oleh Selena Gomez berkumandang di radio.Kita orang rasa syok bila dengar lagu.Macam acah-acah buat movie kat kampung.

Kita orang menari dan ikut nyanyi lagu pelakon dan penyanyi,Selena Gomez tu.Sedap kot suara dia!Lagu tu dihancurkan oleh Nazri yang tiada kemerduan di dalam suaranya.

Kita orang masing-masing  dah tetapkan rangkap lagu yang kita orang nak nyanyi.

"Kill em' with kindness,kill em' with kindness,go ahead,go ahead now!"nyanyi May.Aku tepuk tangan sebab suara dia merdulah juga walaupun tak seperti penyanyi asalnya.

Sedar tak sedar kita orang dah sampai kat rumah Juwita yang diperkatakan oleh Suzana. Masa lagu tu dah habis baru kita orang sampai kat rumah tu.What a perfect timing!

Kita orang turun dari kereta.

"Enjoy betul korang dengar lagu tadi tu,ya?"kata Suzana.

"Lain kali kereta akak kita buat kelab malamlah,"ujar Fiz.

"Okeylah."

"Assalamualaikum!Juwita?" Akak Suzana bagi salam.

"Waalaikumsalam!Suzana!" jerit seorang makcik tua dari rumah itu.

GILAWhere stories live. Discover now