TIGA

5.7K 361 44
                                    

Kem Jati Diri.

Kem yang diadakan untuk berikan motivasi mengenai pelajaran dan kehidupan.

May yang paksa kita orang sertai,jadi nak buat macam mana? Terpaksalah jawabnya.

Aku duduk sebelah Nazri dalam bas. Dia tidur jadi aku malas nak ganggu dia. Aku keluarkan botol air mineral dari beg dan minum dua teguk air. Aku perasan May sedang pandang aku dan itulah yang buat aku seram.

"Seram? Apa yang seramnya?" katanya yang masih tersenyum itu.

"Tak ada apa-apa," kataku. Aku cuba kosongkan fikiran aku supaya May tak dapat baca. Jadi baik aku tidur. Lagipun, tapak perkhemahan tu jauh dari sekolah. Di Banting, kata May. Baik aku rehat sekejap.

"Tidurlah dengan lena," ucap May, tiba-tiba. Inilah kelebihan kalau ada kuasa macam May, pasti boleh kejutkan orang. Sabar jelah hati..

"Nanti dah sampai, kejutkan tau?" ujarku. May mengangguk dan mengukir senyuman.

"No problem!" aku malas nak layan lagi senyuman May yang macam nak makan aku hidup-hidup tu. Baik aku tidur sahajalah.

                                                                     *****

"Bangunlah!" jerit gadis Cina bermata sepet itu. Aku dan Nazri mulai bangun.

"Kita dah mati ke?" kata Nazri macam orang yang berkhayal.

"Dah sayang. Mari keluar," kata May sambil senyum macam duta Colgate. Aku rasa geli-geleman bab sayang-menyayang ni.

"Bangun cepat, angkat barang-barang kau tu," ujarku sambil menunjuk ke arah beg sandangnya.

"Tunggu aku, woi!" jerit Nazri. Aku tak layan pun sebab aku nak jumpa Fiz dan lain-lain.

"Hai girls," ujarku, macam lelaki gatal.

"Hai Firas. Indah kan cuaca hari ni?" May makin menakutkan sejak-kebelakangan ni.

"Wan kata dia nak tolong kita pasang khemah nanti," okey, hantu bernama 'Wan' tu lagi menyeramkan.

"Penatlah!" keluh Fiz. Aku tenung dia lama-lama sebab dia nampak comel.

"Apa pandang-pandang? Nak pelempang?" katanya, garang. Aku mengundurkan diri.

"Jangan gaduh-gaduh. Kita kan datang untuk dapatkan motivasi dan menambah semangat untuk kita supaya dapat teruskan hidup dengan tenang!"ucap May. Malangnya kita orang buat-buat pekak je.

"Sampai hati kau tak tunggu aku. Kau kejam!" ujar Nazri lalu menumbuk bahu kananku.

"Sakitlah bengap!" ucapku lalu menendang begnya.

"Wan tak suka orang gaduh-gaduh," aku dan Nazri terus diamkan diri. Kalau dia dapat cakap dengan hantu atau roh, mungkin dalam hutan ni, dia boleh nampak orang bunian. Matilah..

"Korang peserta kem ni kan?" tiba-tiba akak mana entah muncul. Helo, kalau kita orang tak sertai kem ni, buat apa kita orang kat hutan belantara macam ni? Akak tak boleh fikir logik ke?

"Ya, kenapa kak?" tanya May.

"Ni jadual aktiviti sepanjang kem ni. Sekarang ni korang kena pergi tapak perkhemahan," kata akak tu lagi sebelum beredar.

Kita orang berjalan menuju tapak perkhemahan sambil meneliti jadual itu.

"Malam ni ada pertandingan nyanyian! Bestnya!" kata May dengan teruja.

"Semua peserta adalah 30 orang kan?" tanya Nazri.

"Ya," jawabku.

"Mungkin akan ada enam atau lima kumpulan yang akan dibentuk. Aku dapat rasakan yang kita lima akan jadi satu kumpulan," kata Nazri. Tu bukan rasa tapi dia dah tahu dia akan sekumpulan dengan kita orang.

GILAWhere stories live. Discover now