Sekolah pun bermula.Aku sangatlah bosan dan aku tak minat langsung pasal belajar.Aku datang pun sebab satu alasan. Aku nak jumpa kawan-kawan aku je.
May pesan yang ada mesyuarat kat bilik kaunseling hari ni. Cikgu Kumari nak tahu apa jadi tentang penyiasatan pasal Mak Tiha tu.Tak pasal-pasal kena interview dengan cikgu tu.
Macam biasa,Umairah dan May selalu sampai awal kat bilik tu. Aku dan Nazri berlenggang kangkung masa nak pergi situ. Fiz biasanya dah banyak kali tak datang mesyuarat ataupun perjumpaan macam ni.
"Hello boys.How you're doing?" tanya Cikgu Kumari.
"Okey."Itu je perkataan yang sama bunyinya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang aku tahu.
"So boleh start ke perjumpaan kali ni?"kata May selaku ketua kelab ni.
"Mulalah,"ujar Nazri.
"Selamat sejahtera semua,"ucap gadis Cina bermata sepet itu.
Kami pun menjawabnya serentak.
"Hari ni perjumpaan adalah tentang perkongsian pengalaman masa cuti.Aktiviti ni dianjurkan oleh Cikgu Kumari sendiri,"kata May.
"Well..it's simple..you just need to share your story about your vacation to me,"kata guru itu.
"Okey,"jawabku.
"Jadi siapa nak start dulu?"
Tiba-tiba pintu diketuk.
"Tak apa,biar saya bukakan pintu tu,"ujar May.Aku tak kisah pun janji bukan aku yang buka pintu tu.
Dia buka pintu tu dan..
"Hai May,"Fiz bersuara.
"Fiz!Masuklah!"katanya teruja.
"Rasanya lepas ni saya akan sertai perjumpaan kelab ni dengan lebih kerap lagi,"katanya dengan lembut.Hatiku lega dan rasa manis sungguh kata-katanya itu.
"Tak payah nak menggatal,"kata Nazri.Aku tengah syok ni dia boleh hilangkan feel aku.Sabar jelah.
"Duduk sebelah aku,"kata Umairah.
"Thank you."
Aku pandang dia lama-lama.
"Kau apahal?Dah lama hidup?"
Hmm..masih garang jugak dia ni.
"Jangan gaduh-gaduh,"kata May.
Keadaan jadi reda.Cikgu Kumari hanya meneguk secawan kopi.
"Shall we start?"soal guru itu.
"Yes teacher."Serentak kita orang menjawabnya.
"Kita kan habiskan cuti sama-sama so apa kata gilir-gilir?" cadang Nazri.
"Aku follow je,"ujarku.
"Biar saya mulakan dulu ya!" kata May dengan teruja.
Nasib baik bukan aku start dulu.
"Okey macam ni..Cuti sekolah ni kita orang sertai Kem Jati Diri supaya ahli-ahli kelab ni jadi lebih bertambah baik dan bertanggungjawab."Part ni dah buat aku bosan.
Aku menguap sekejap tanpa disedari oleh May dan lain-lain.
"Kita orang sertai macam-macam pertandingan sampau satu malam tu kita orang menang pertandingan bercerita.Semua jasa Fiz!"May menunjuk ke arah Fiz yang duduk memandang ke luar bilik.
"Apa?!!"jeritnya.
"What story did you use Fiza?" tanya Cikgu Kumari.Dia sorang je yang panggil Fiz tu Fiza.
YOU ARE READING
GILA
Horror"Aku nak anak aku balik! Aku nak anak aku!". Peristiwa hitam yang menimpa Hospital Lembah Klang ini pernah menjadi bualan masyarakat. Kisah Mak Tiha yang kehilangan anak tersayang akibat bunuh diri telah menjadikan dirinya seorang pesakit mental. Na...