Part 1

346 34 1
                                    


Jungkook membuka mata seluas yang mungkin seraya mendengar bunyi ayam berkokok yang lahirnya daripada telefon bimbitnya sendiri. Hari ini Jungkook sangat gembira kerana hari ini merupakan hari jadinya yang ke-20. Pada tanggal 1 September ini, Jungkook mahukan sesuatu yang berlainan daripada apa yang dia dapat sebelum ini.

Tetapi... apa ya?

'Agak-agaknya Jin hyung tahu tak hari ini hari jadi aku?' soal Jungkook di dalam hati.

Tanpa menggosok gigi ataupun membasuh muka, Jungkook berlari keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Senyuman Jungkook mula lebar saat melihat figura Jin yang sedang membuat kimbap.

"Hyung!" Jungkook berlari-lari anak mendapatkan Jin lalu memeluk pinggang abangnya itu. "Hyung ingat tak hari ini hari apa?" kata Jungkook. Sengaja dia berpura-pura tidak tahu akan hari lahirnya yang berlangsung pada hari ini.

"Entah. Hari khamis lah kut." balas Jin acuh tak acuh. Jin menolak tubuh Jungkook yang memeluk pinggangnya. Rimas.

Jungkook membuat muka sedih. "Sampai hati hyung.. Hyung main-main kan?" ujar Jungkook, sedih.

"Manalah hyung tahu hari ini hari apa, Jungkook. Baik kau pergi mandi lepastu sarapan."

"Fine," balas Jungkook sepatah lalu masuk semula ke dalam biliknya dengan muka kelat.

'Sampai hati hyung tak ingat hari jadi aku!' bentak Jungkook, geram. Jungkook terus mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air.





"Betul ke hyung tak ingat hari ini hari apa?!" kata Jungkook sambil menghentak meja kerana geram. Mulut Jungkook penuh dengan kimbap buatan Jin. Jin memandang Jungkook dengan muka menyampah.

"Selekeh betul adik aku seorang ini." ujar Jin perlahan. Kotak itu yang berada di atas meja dibaling kearah Jungkook. "Boleh tak habiskan sisa yang ada kat dalam mulut tu sebelum bercakap?"

"Hyung..."

"Hari ini hari khamis, Jeon Jungkook. Penat aku ulang tahu. Ke kau nak aku ambil kalendar jiran sebelah?"

"Aku keluar jap. Nak jalan-jalan kat sekitar ni," kata Jungkook lalu terus keluar dari rumah dengan kesal. Tak sangka hyungnya sendiri lupa akan tarikh lahirnya.

Ini baru Jin hyung. Entah omma dan appa dekat Australia pun tak ingat tarikh lahirnya anaknya ini. Jungkook berkata di dalam hati.

Langkah Jungkook terhenti di sebuah kafe unik yang bernama 'Kafe Pencinta Anjing'. Tanpa diminta, Jungkook masuk ke dalam kafe tersebut.

Saat Jungkook masuk ke dalam kafe, terdapat puluhan anjing yang comel mendekatinya. Ada yang menggeselkan kepalanya di kaki Jungkook dan ada pula yang terlompat-lompat minta di dukung.

"Comelnya engkau anjing." gumam Jungkook sambil membelai-belai anjing yang berada dalam dakapannya.

"Excuse me, sir." ada satu suara menyapa di deria telinga Jungkook. Jungkook menoleh ke belakang dan terdapat seorang gadis berpakaian uniform rasmi kafe ini yang sedang memandangnya.

"Kafe ini tak buka pada hari khamis. Encik diminta keluar kerana kami tidak akan melayan pelanggan pada hari-hari yang ditetapkan." kata gadis itu dengan sopan.

Jungkook mengeluh kecil. "Saya tak nak pesan apa-apa, tapi boleh saya main dengan anjing-anjing ni sekejap? Lima minit je." kata Jungkook. Sungguh, dia berasa sangat sedih sekarang ini.

[C] Birthday WishWhere stories live. Discover now