"Eh! Cepatnya berbaik? Bukan tadi macam musuh ke?" soal Vernon dengan pelik apabila Jungkook dan Mingyu duduk bersebelahan. Tiga budak kecil itu berpandangan sesama sendiri melihat banyak makanan yang terhidang di atas lantai dan mereka mengelilingi makanan tersebut. Seungkwan mengetuk kepala Vernon.
"Aigoo budak lembab ni! Kalau diorang musuh, takkan Mingyu hyung setuju kalau hyung hidung besar ni belanja kita." kata Seungkwan sambil menggelengkan kepalanya.
Jungkook pula naik angin. "Yah! Hyung dah kata kan jangan panggil hyung hidung besar!" kata Jungkook dengan geram. Tak paham bahasa betul budak gemuk ni!
"Hyung, bila boleh makan? Dino dah lapar.." ujar Dino sambil mengusap perutnya minta diisi.
Mingyu mengusutkan rambut adik bongsunya. "Tunggu omma dengan appa. Kejap lagi diorang balik," kata Mingyu memujuk adiknya. Dia memandang sekeliling sebelum menaya sesuatu kepada Jungkook.
"Kau ada nampak Jihye?" soal Mingyu kepada Jungkook. Jungkook mengangkat bahu.
"Dia kata nak jumpa kawan dia sekejap." balas Jungkook.
Tiba-tiba pintu rumah dibuka. Terpancul wajah En Kwon dan Puan Kwon di muka pintu. Tiga beradik itu terus berlari mendapatkan ibu bapanya dan mereka saling berpelukan.
"Yeah omma appa dah balik!" ujar Dino dengan gembira.
"Maaf sayang, omma dan appa tak balik makan tengah hari tadi. Kamu semua dah makan malam?" soal Puan Kwon. Dia terpandang Jungkook yang sudah menunduk hormat kepadanya. Mingyu mendekati omma appanya.
"Siapa?" soal En Kwon kepada Mingyu.
"Kawan lama," Mingyu membalas pendek. Jungkook berjalan kearah mereka.
"Selamat malam En Kwon, Puan Kwon. Saya, Jeon Jungkook. Kawan sekolah Mingyu. Saya minta maaf kalau kedatangan saya menganggu pak cik dan mak cik." Jungkook menunduk hormat sekali lagi.
"Ahh..Kawan Mingyu? Mak cik tak pernah nampak kamu pun selama ni?"
"Ini kali pertama saya datang sini. Saya baru balik dari luar negara lima bulan lepas." kata Jungkook.
"Mana Jihye, Mingyu? Appa tak nampak dia dari tadi," En Kwon mencelah.
"Dia kata nak jumpa kawan dia sekejap." balas Mingyu.
"Malam-malam macam ni? Kan appa dah kata jangan selalu keluar malam! Bahaya tahu!" Jungkook mula kecut perut saat mendengar suara En Kwon yang mula meninggi.
"Saya dah balik!" suara Jihye tiba-tiba muncul di muka pintu.
"Kamu dari mana, Jihye?" soal En Kwon sambil mencekak pinggang.
"Jihye dari kedai kek." balas Jihye selamba. Dia siap menunjukkan kek yang dibawa sambil tersengih. Mingyu memandang Jihye dengan pandangan amaran.
"Lupa nak cakap, hari ni hari jadi Jungkook dan dia teringin nak sambut dengan keluarga dia tetapi mak ayah abang dia semua sibuk dengan kerja. Jadi Jihye bawa dia datang sini."
En Kwon dan Puan Kwon terdiam seketika. Jungkook sudah menunduk kecewa.
"Saya minta maaf kalau kedatangan saya menyusahkan. Saya balik dulu.." ujar Jungkook lalu berjalan ke muka pintu. Dia memandang kearah Jihye dengan pandangan sedih.
"Yah.. kau nak pergi mana? Aku baru beli kek untuk kau!" kata Jihye dengan intonasi yang rendah. Jihye memegang erat lengan Jungkook.
"Aku tak nak menyusahkan kau sekeluarga. Aku balik dulu,"
YOU ARE READING
[C] Birthday Wish
Fanfiction"Sempena hari jadi kau, apa yang kau inginkan?" Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama Jungkook yang sedih kerana tiada seorang pun ingat akan tarikh hari lahirnya. Namun sedihnya bertukar gembira apabila datangnya seorang gadis yang ingi...