Jungkook berdiri di hadapan pusat karaoke dengan muka sedih. Jihye yang berada di sebelah itu turut bersimpati apabila di hadapan pusat karaoke tersebut terdapat notis yang mengatakan mereka tidak membukanya pada hari ini.
"Kenapa? Kenapa dalam banyak-banyak hari, hari jadi aku juga yang dia tutup.." ujar Jungkook dengan sedih. Perasaan terujanya sepanjang perjalanan tadi berubah duka.
Jungkook memandang Jihye. "Mungkin nasib aku memang malang hari ni. Aku nak ucapkan terima kasih kat kau sebab berniat nak tunaikan hajat aku hari ni,.. tapi macam mustahil." Jihye kehilangan kata-kata apabila Jungkook seperti berputus asa. "Aku balik dulu,"
Dengan langkah yang lemah, Jungkook pergi meninggalkan Jihye yang keseorangan di hadapan pusat karaoke yang tidak dibuka pada hari itu.
"J..ungkook,.."
'Ini tak boleh jadi ! Aku kena tolong dia... sebab aku dah janji.' gumam Jihye di dalam hati. Kemudian dia mengangguk laju.
Janji harus ditepati !
Jungkook bagaikan di dunianya sendiri saat berjalan –jalan di sekitar Seoul. Perasaan kecewa, sedih, sakit hati, semuanya jadi satu membuatkan Jungkook terasa sebal. Jungkook dapat merasakan semua orang tidak menyayanginya.
Jin hyung, omma, appa... semuanya mengecewakan Jungkook.
Kecuali seorang gadis ini. Dia ialah Kwon Jihye.
'Terima kasih, Jihye,..'
Jungkook yang leka bermain dengan perasaan tidak sedar yang ada seorang penunggang motosikal mabuk sedang menuju kearahnya. Orang ramai yang perasan akan perkara itu menjerit memanggil Jungkook agar berhati-hati, namun tidak sedari Jungkook.
"Jeon Jungkook !" jeritan Jihye mematikan lamunan Jungkook. Segera dia mencari keberadaan Jihye. Saat matanya tertumpu sepenuhnya kearah Jihye, Jungkook mengukirkan sebuah senyuman.
....Sebelum tubuhnya dirempuh motosikal tersebut.
"JEON JUNGKOOK !"
"Lembab ! Macam mana kau boleh ada selera nak makan aiskrim disaat genting macam ni ?! Otak kau letak mana !" teriak Jihye di tepi katil Jungkook.
Jungkook pula dengan selambanya menutup telinganya dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi ligat menyuakan aiskrim berperisa coklat ke mulut.
"Ya ampun ! Geramnya aku dengan kau ni !" ujar Jihye sambil menghentak-hentakkan kakinya. Lelaki itu tidak sedarkah yang dia hampir mati akibat dirempuh motosikal tadi?
"Janganlah marah saya, nenek. Nak aiskrim? hehe.." kata Jungkook. Dia tersengih kecil lalu menyuakan sesudu aiskrim ke mulut Jihye. Belum sempat Jihye ingin memarahi Jungkook lagi, mulutnya sumbat penuh dengan aiskrim oleh Jungkook.
Jihye menghadiahkan jelingan kepada Jungkook. "Jangan sampai aku teranjang kau kang," ugut Jihye.
"Weh... nak tanya sikit." kata Jungkook.
"Apa?"
"Kenapa kau masih ada kat sini? Bukan perjanjian kita dah habis ke?" soal Jungkook yang membuatkan Jihye terdiam.
"Hmm.. a..ku..."
"Hye, Jungkook,.. kau dah sedar?" sapa seseorang. Jungkook tersenyum lebar saat melihat seseorang di hadapan bilik wadnya.
"Taehyung hyung!" kata Jungkook dengan gembira lalu memeluk Taehyung dengan erat. "Macam mana hyung boleh ada kat Seoul? Jin hyung tahu ada kat sini?" soal Jungkook.
"Itu lah.. hyung sebenarnya nak ke rumah kau, nak lawat hyung tua kau tu. Tapi hyung nampak kau kena langgar tadi..." Taehyung terdiam buat seketika.
"Sebenarnya dia yang selamatkan kau. Mujur kau tak teruk." celah Jihye dan mengatakan perkara yang sebenar.
Jungkook agak terkejut. "Betul ke hyung? Hyung okey?"
"Kau memang gila kan? Siapa yang okey dan tak okey sekarang? Hyung ke kau?" Taehyung memerhati kepala Jungkook yang berbalut. Kemudian dia menggelengkan kepala. " Ini kalau hyung kau tahu, mau jahanam dia kerjakan kau. Bukan kau seorang, aku pun kena hambur dengan dia." kata Taehyung lagi.
"Terima kasih hyung! Nah, makan aiskrim ni," pelawa Jungkook. Dia menghulurkan sebekas aiskrim coklat yang tinggal sedikit kepada Taehyung.
"Ceh! Itu kekasih kau tak nak pelawa ke?" ujar Taehyung sambil matanya mengerling kearah Jihye. Tersentak Jihye dan Jungkook mendengarnya.
"Dia bukan kekasih Kook!"
"Dia bukan kekasih saya!"
"Woah! Serentak kau. Jodoh ni,.." kata Taehyung yang ligat mengusik Jungkook dan Jihye.
"Kalau kau nak tahu, dialah yang paling banyak menangis masa kau kemalangan tadi." cerita Taehyung kepada Jungkook. Muka Jihye mula merah mendengar kata-kata Taehyung.
"M..ana ada!" nafi Jihye.
"Jangan malu-malu. Rahsia ni kita-kita je."
"Dah lah hyung, terbakar kulit dia nanti. Merah sangat tu." kata Jungkook sambil ketawa kecil. Jihye menjeling tajam kearah Jungkook sambil mulutnya bergerak tanpa suara.
Baik-kau-diam-sebelum-aku-bunuh-kau !
"Hyung ! Dia ugut nak bunuh kita !" adu Jungkook seperti budak kecil. Dia mendepakan tangan, meminta Taehyung memeluknya.
"Alolo gediknya budak gemuk ni. Meh hyung peluk kau." Taehyung terus memeluk Jungkook tanpa ragu-ragu.
"Hyung jahat! Mana ada Kook gemuk!"
"Eh budak ni! Dah gemuk tak nak mengaku!"
"Huargh!! Bagitau Jin hyung!"
Jihye di situ bagaikan patung yang tidak bersuara. Sesungguhnya dia geli dengan adengan 'gay' yang berlaku di hadapannya ini. Rasa nak angkat kaki pun ada. Namun, di sudut hati Jihye, Jihye bersyukur kerana Jungkook masih mampu untuk tersenyum. Seperti ada magnet pada Jungkook yang membuatkan dia turut tersenyum.
"Hyung, dia kalau senyum lagi comel. Selalunya buat muka cemberut je." bisik Jungkook ditelinga Taehyung. Namun masih boleh didengari Jihye.
"Itulah engkau, aku kata dia kekasih kau tak nak mengaku."
"Dia macam tak suka aku je, hyung."
"Haah betul lah tu. Kau bukannya ada daya tarikan." selamba Taehyung menjawab.
"Hyung ni!" Jungkook mencebik manakala Taehyung hanya tersenyum.
"Kwon Jihye." Taehyung memanggil nama Jihye.
"Ya?"
"Tolong jagakan Jungkook hari ni. Buat dia gembira,"
Jihye terdiam. "Y..a,"
Taehyung tersenyum lagi. "Aku balik dulu lah.. jumpa kat rumah." kata Taehyung sebelum keluar dari wad Jungkook.
Setelah Taehyung hilang daripada pandangan, Jungkook berdehem kecil. Jihye pula memegang jinjang lehernya kerana malu. Keadaan mula menjadi kekok saat Taehyung keluar dari wad Jungkook. Lebih-lebih lagi apabila teringatkan Taehyung mengusik mereka yang perkataan kekasih.
"Jihye, aku nak keluar dari sini." kata Jungkook tiba-tiba.
"T..ak! Kau tak boleh pergi mana-mana. Kau lupa ke yang kau hampir mati tadi?" Jihye membantah keras. Tetapi hatinya mula sebak saat Jungkook mula menundukkan wajahnya.
"Aku tak nak raikan hari jadi aku kat sini. Tolonglah aku, Jihye." kata Jungkook seakan merayu. Jihye berfikir panjang.
"Aku bagi kau tiga hajat. Disebabkan kau dah guna hajat yang pertama, apa hajat kedua kau?" soal Jihye yang mampu mengubah reaksi wajah Jungkook. Mukanya mula kelihatan gembira.
"Aku nak pergi rumah kau!"
YOU ARE READING
[C] Birthday Wish
Fanfiction"Sempena hari jadi kau, apa yang kau inginkan?" Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama Jungkook yang sedih kerana tiada seorang pun ingat akan tarikh hari lahirnya. Namun sedihnya bertukar gembira apabila datangnya seorang gadis yang ingi...