Sorrylah kalau ada typo ke apa ._. seronok menulis sampai jalan cerita lari XD
"Kau serius ah nak pergi rumah aku?" soal Jihye dengan nada tidak percaya. Jungkook hanya mengangguk selamba.
"Yalah. Kau ada masalah ke?" soal Jungkook kepada Jihye pula. "Kau tak ada family?" tambah Jungkook lagi.
Jihye menggeleng. "Bukan. Adik beradik aku ramai dan mungkin kau akan jengkel dengan perangai diorang. Kau ok ke dengan keadaan keluarga aku?" katanya, risau. Namun Jungkook agak teruja dengan kata-kata Jihye.
"Kau ada ramai adik beradik ke? Bestnya! Tak sabar aku nak datang rumah kau,." ujar Jungkook dengan gembira. Jihye terkesima melihat mata Jungkook yang bersinar-sinar sewaktu dia mengeluarkan perkataan 'Adik-beradik'.
"Aku ada seorang abang je. Itupun sibuk uruskan syarikat papa aku. Aku selalu keseorangan kat rumah. Untung kau ada ramai adik beradik," kata-kata Jungkook seakan cemburu dengan Jihye.
Jihye berfikir panjang. Jungkook seperti kurang mendapat kasih sayang daripada keluarganya. Mungkin ini sebabnya dia berfikiran seperti budak kecil yang tidak bersalah. Tidak matang.
Apa salahnya bawa dia jumpa adik-adik aku yang lain. Mesti diorang suka.
Jihye berkata di dalam hati.
"Cepat kemas katil kau. Lepastu kita check out." kata Jihye membuatkan Jungkook tersenyum lebar.
"Kau bagi aku datang rumah kau?!"
"Iya! Kalau tak bagi karang merajuk lagi." balas Jihye seakan menyindir Jungkook. Jungkook mengemas katilnya sambil mencebik bibir.
"Adik aku kebanyakannya pelik-pelik. Harap aku bersabar dengan diorang,"
Jungkook menaikkan keningnya. Dia memandang kearah Jihye. "Pelik macam mana tu?" soalnya.
***
"Ini rumah kau, Jihye?" soal Jungkook sambil memandang rumah Jihye yang berada tingkat di atas sekali. Di Rooftop.
"Kenapa? Ada masalah?"
"Comelnya rumah kau!! Besarnya macam bilik aku tapi yang ini lagi comel!" ujar Jungkook sambil terlonjat-lonjat macam orang gila. Jihye pula buat muka menyampah.
Nampaknya dia dengan adik beradik aku yang lain tak sama beza gilanya. Kesian diri aku.
Jihye monolog lagi di dalam hati.
"Tak payahlah lompat. Gegar apartment ni," ujar Jihye sambil menjulingkan matanya. Namun Jungkook buat-buat tidak tahu. Dia terus menekan loceng rumah Jihye dengan penuh rasa terujanya. Tidak sempat Jihye ingin menghalangnya.
Ding dong~ Ding dong~
"Tak sabar-sabar monyet ni." kata Jihye sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Pintu rumah Jihye dibuka dari dalam. Pandangan Jungkook tertatap pada orang yang membuka pintu tersebut. Wajahnya mula pucat. Bagaikan tiada darah jika ditoreh.
"Kau?" soal si dia.
"Jihye..." Jungkook memanggil Jihye perlahan.
"Eh! Kau tak kerja hari ni, Mingyu?" celah Jihye setelah melihat Mingyu yang membuka pintu. Jihye mendekati Jungkook. "Weh, ini abang kembar aku. Kwon Mingyu,"
"Mingyu, ini member aku. Jeon Jungkook," Jihye menolong memperkenalkan diri apabila melihat suasana kekok antara Jungkook dan Mingyu.
"Sejak bila mamat kerek ni jadi member kau, Jihye." Mingyu bersuara dingin. Mukanya seakan menyampah dengan kehadiran Jungkook. Jungkook juga sekadar mendiamkan diri.
YOU ARE READING
[C] Birthday Wish
Fanfiction"Sempena hari jadi kau, apa yang kau inginkan?" Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama Jungkook yang sedih kerana tiada seorang pun ingat akan tarikh hari lahirnya. Namun sedihnya bertukar gembira apabila datangnya seorang gadis yang ingi...