Tren menyusur laju dilambai-lambai kehijauan di luar. Aku tongkat siku di atas penghadang yang memisahkan tempat duduk aku dan dia. Sambil bermain dagu sendiri, sambil itu aku pandang dia yang sedang ralit memerhatikan pemandangan.
Dia duduk senyap, sepi. Yang kudengar hanya bunyi akustik gitar dan suara penyanyi lemak merdu sayup-sayup kedengaran dari fon telinganya yang berwarna putih.
Sesekali aku ternampak dia menekan keypad di telefon dan perkara terakhir aku lihat di carian skrin telefonnya adalah '7:44'. Keluar tertera jawapan kepada cariannya dan dia kemudian menekan butang 'images'. Dia tiba tiba tersenyum, sesekali memandang aku dan kemudian sambung melihat gambar-gambar. Aku biar dia melayan musik sambil melihat gambar-gambar itu, berselang-seli dengan pemandangan di luar untuk beberapa ketika.
Kemudian, perlahan aku cuit dia. Teringin mahu tahu kenapa dia selalu mencari perkara yang sama. Dia buka fon telinganya dan mengangguk tanda 'okay' untuk aku bertanya.
"Why do you always google the same thing? What does 7.44 means?" Ujarku pada dia.
Dia lingkarkan fon telinganya di keliling leher dan dia sandar.
"Remember the other day when you asked me which one is my favorite. Sunrise or Sunset?" Ujar dia kembali kepadaku
"Yes. And you answered Sunset."
"Well, I didn't know the reason why I answered that. They are both equally beautiful; the only difference is one is the start of a morning and another one is the end of it." Perlahan dia tarik lingkaran fon telinganya, gulung menjadi gulungan kecil dan letakkan di dalam bekas fon telinganya yang berwarna hitam.
Dia kembali bersandar dan hela nafas panjang. Tiba tiba dia masukkan tangannya ke dalam rangkulan aku dan bersandar di bahu. Dia pandang aku dengan pandangan sedalam jurang Mariana; bezanya pandangannya jauh lagi lembut dan menenangkan.
"I have always hated the fact that I was born during the dusk; cause it's always associated with bad things when the day gets darker. But I realized regardless of what people said about anything, to know yourself is to learn to love yourself first.
----and for me, it starts from the Dusk."
YOU ARE READING
Si Romantik Yang Sudah Mati [Published]
Short StoryKita bertemu dengan seorang wanita, dia pencerita dan dia tidak memberitahu kita namanya. Dia membawa kita ke seluruh dunia, mengenalkan kita kepada watak-watak yang dia temui sepanjang kembaranya, ceritanya melankolik, tapi tidak pernah sentimental...