London|2015, Ditemani 'You Know Im No Good', Nyanyian Amy Winehouse
Dia pandang wajahku dan tersenyum sambil bersiul mengikut lagu "You Know I'm No Good", lagu Amy Winehouse yang berputar di corong vinil. Tangan kanannya memegang senduk, tangan kirinya mencapai gelas tinggi di atas kaunter dapur.
"Cooking with music; heaven on earth." Katanya mengenyit mata padaku, sambil meneguk jus epal.
Kemudian, dia kuatkan bunyi musik, menari-nari sambil menabur serbuk Oregano ke dalam kuah spaghetti yang sedang dia masak. Dia kacau kuah yang berisi kuah tomato dan daging hiris dalam arah bulatan jam beberapa kali sebelum menambah secubit garam dan dua cubit gula. Dia cuit sedikit kuah yang dia kaut dengan senduk, letak di hujung lidah, pandang ke siling arah sebelah kiri sejenak; berfikir tentang rasa kuah itu dan berbalik kepada papan pemotong.
Aku tolong dia potong lobak dan cili lada berwarna kuning, merah dan hijau dalam bentuk kiub. Dia pula menyambung memotong cendawan kegemaranku setelah aku basuh dan bilas dalam mangkuk tadi. Kemudian dia hiris daun seleri dalam bentuk yang sederhana nipis supaya senang dikunyah. Sayur-sayur cepat lembut dalam suhu yang tinggi. Kataya, semuanya perlu dimasukkan terakhir selepas campuran kuah tadi sudah sebati. Dia lihat periuk lagi satu yang sudah dia panaskan airnya. Dia letak spaghetti dan titiskan minyak zaitun secukupnya supaya tidak melekat di keliling periuk.
Berpeluh dahinya dan hujung hidungnya dek haba dari wap-wap kuah yang panas dari periuk. Rambut dia ikat menyanggul ke atas supaya tiada helai yang gugur masuk ke dalam makanan. Apron yang mengikat keliling lehernya pula nampak sedikit seksi di atas tulang selangkanya. Satu tentang dia yang paling aku suka; walaupun berkerja sebagai seorang peguam, dia bukanlah gadis yang berkira tentang bau asap di dapur mahupun berpeluh basah baju di bahagian belakang. Letaklah dia di dalam situatsi apa pun, jika perkara itu perlu dilakukan untuk orang yang dia sayang, pasti dia takkan keberatan.
"Anything else yang I boleh tolong?" Ujarku padanya.
Dia angguk sambil menunjuk kea rah satu-satunya meja kecil di rumahnya.
"Tolong letak lapik meja. The white one inside the drawer."
Aku turut katanya sambil mengeluarkan lapik meja berwarna putih. Aku gosok sedikit pada kedutan kecil dia hujung lapik dan aku letak dua pinggan, sudu, garpu, dua gelas tinggi dan bunga orked berwarna merah ungu pekat yang aku beli pagi tadi di tengah-tengah meja. Sudah jadi salah satu kebiasaanku setiap kali aku datang melawat rumah studionya di tengah-tengah kota London kerana aku tahu dia suka benar rumahnya dihiasi warna-warna bunga hidup, walaupun baunya biasa-biasa saja.
Siap spaghetti dan kuahnya, dia letakkan di atas meja dan dicabutnya apron yang dipakai tadi dan dia sangkut di dinding. Tiada kuah tercalit pada kemeja putihnya, cuma renyuk sana sini terutamanya di lengan yang dia lipat sehingga ke atas siku. Dia hela nafas sambil mengelap titis peluh di dahinya dengan tuala putih kecil. Kemudian dia sangkut tuala kecil dan capai dua batang rokok dari poket kemeja di bahagian dada kanannya. Sambil mencapai pemetik api, sambil dia hulurkan sebatang rokok kepadaku. Aku geleng dan menolak pelawaannya. Dia tahu aku tak merokok; sengaja dia usik aku. Dia campak rokok itu ke dalam tong sampah di depan kaunter dapur dan tergelak kecil sambil memetik api membakar rokok.
"Do you know what day it is today?" Tiba-tiba dia bertanya padaku sambil menghisap rokok yang dia kepit di tengah jari telunjuk dan jari tengah. Kebiasaannya, rokoknya hanya akan menyentuh hujung bibir kanannya. Jarang dia hisap dari tengah atau sebelah kiri.
Aku hanya geleng dan senyum padanya sambil menguis-nguis jari kakiku ke lantai kayu. Entah kenapa ada beberapa saat aku terhilang mengelamun memandang wajah dia seakan-akan di-hinopsis wajah dia yang keras bila tak mengukir senyum, tapi bila senyum, terus jadi manis lebih manis dari butir-butir gula yang dibawa sekumpulan semut ke sarang.
Dia datang melenggok ke arahku dan duduk di hadapanku. Dia letakkan hujung jari-jemari kakinya dan dia mainkan di atas jari jemari kaki aku. Dia pandang mata ku tepat sambil menghembus keluar asap rokok.
"I saved lives of another less fortunate family this morning. Plaintiff's family came to me and I even got a hug from his daughter." Perlahan dia beritahu. Nadanya seperti penat, tiada riak gembira mahupun lega.
"Well. It's a good thing isn't it? Kamu memang hebat, itu aku tau." Aku larikan jari jemari ku di pipinya. Dia cucuh rokok di dalam bekas yang berisi biji dan serbuk kopi sambil mematikan api. Kemudian dia larikan jari-jemarinya di wajahku kembali. Di kedut-kedut hujung mataku, daerah kegemaran dia bila aku tersenyum.
"Well yes, it's a good thing. Tapi yang kekoknya, that plaintiff is someone that I know. Well, to be exact, my ex-boyfriend that I left because he had an affair with someone else when we were together. And that someone else, turned out to be his wife now.
How, freaking messed up it is?"
YOU ARE READING
Si Romantik Yang Sudah Mati [Published]
Short StoryKita bertemu dengan seorang wanita, dia pencerita dan dia tidak memberitahu kita namanya. Dia membawa kita ke seluruh dunia, mengenalkan kita kepada watak-watak yang dia temui sepanjang kembaranya, ceritanya melankolik, tapi tidak pernah sentimental...