Te-Amo

2.4K 45 3
                                    

Kuala Lumpur|2016, Ditemani alunan "Sampai Menutup Mata" oleh Acha Setriapsa

"Do you know what I most being a grown up?"

Dia sapu sisa tanah melekat pada bahagian riba seluar jeansku dan memastikan selesa untuk kepala dia berbaring. Dia buka getah dan leraikan rambutnya; aku betulkan kedudukan aku duduk bersila di padang rumput itu. Hanya untuk dia, hati aku kerap berlembut; entah mengapa walaupun asalnya aku bukanlah orangnya yang cepat terbuka hati menerima kehadiran seseorang untuk bergaul rapat. Aku sudah biasa merantau jauh berseorangan dan lama aku terapkan prinsip untuk tak bergantung pada sesiapa.

Aku terfikir mahu menyikat jari-jariku di celah helaian rambutnya yang lembut ditiup angin petang itu; tapi setelah berfikir beberapa ketika aku nafikan kemungkinan itu. Takut dia tak selesa; dia orangnya seperti tak suka disentuh sesuka hati.

"You rindu curi-curi keluar naik basikal keliling bandar ke?" Gurau aku, teringat pada cerita tentang kenakalannya semasa kecil. Saat kanak-kanak perempuan lain sibuk bermain masak-masak, dia sibuk mengayuh basikal ke hulu-hilir.

Terasa jari jarinya hinggap di paha. Dia cuba cubit sedikit tapi terhalang dengan ketebalan seluar jeans ku. Dia pandang ke wajahku dan menjeling gurau; kemudian menggeleng.

"No. I miss having him to call bila I dapat nightmare." Dia pandang ke langit yang kini hampir bertukar warnanya dari biru ke merah jambu kemudian dia tanggalkan kasut dan susun di hujung kaki. Kakinya dia lunjurkan.

"Oh, you selalu dapat nightmare ke? What kind of nightmare?" Tanya aku lagi, sedikit hairan kerana sepanjang aku kenal dia, jarang dia bercerita tentang hal-hal begitu: cerita yang menunjukkan kelemahan atau ketakutan.

"Sometimes. Bila I terlampau penat dan fikiran I serabut, ia akan terus diterjemah kepada nightmare. Kadang-kadang I bermimpi I disedut dunia berlainan untuk dijadikan sebahagian daripada dunia itu; seperti dunia yang kita ada sekarang hanyalah sebahagian dunia yang lain. Realiti hanyalah satu mimpi lain yang rasanya seperti sesuatu yang benar-benar terjadi. Tapi semua yang kita lihat, cinta, fikiran dan udara yang kita sedut, sebenarnya sebuah rantaian penipuan."

"Pernah juga I mimpi dikejar sekumpulan orang sampai ke sebuah kampung yang gelap-gelita kemudian sebaik mereka jumpa I; mereka tembak tepat pada dada." Dia mengiring ke sebelah kiri, masih berbantalkan pahaku dan mencabut rumput sedikit demi sedikit.

"So sampai sekarang you still dapat nightmare? Tak pernah pun you call I?" Aku ketawa kecil mengusik dia dan berharap dia menjeling sekali lagi seperti reaksi biasa dia beri pada aku.

Tapi kali ni dia terus memandang ke langit, dan dari sisi atas aku pandang wajah dia, kelihatan seperti pandangan kali ini kosong, menembus sesuatu jauh di celah awan dan berpuluh layang layang yang menarinari ditiup angin. Kemudian dia ambil selendang yang dia lilitkan di sekeliling leher dan menutup wajahnya.

"No. I don't get nightmare anymore."

"Macammana I nak dapat nightmare when I rarely sleep kebelakangan ni. Macam yang pernah I cerita pada you, sudah setahun lebih macam tu; I hanya akan tidur dua jam sehari, kadang kadang berhari-hari I akan terbangun di waktu malam tanpa sebab dan tak dapat tidur balik."

"Perhaps that is why I don't have a reason to call him anymore."

"Although once in a while I rindu dia gosok belakang I untuk menenangkan when I tell him about my nightmare the next day."


Si Romantik Yang Sudah Mati [Published]Where stories live. Discover now