Tepat jam 6:15 pagi jam loceng berbentuk bulat berwarna merah jambu berbunyi. Luni masih lagi dengan mimpinya. Jam locengnya berbunyi untuk kali kedua, ketiga, keempat dan...
"Luni Maisarah!" Jeritan Puan Lisa mengejutkan Luni. "Dah pukul 6.30 dah ni kenapa tak bangun lagi? Mama dah lambat ni nak pergi sekolah. Nak hantar Mai lagi." Bebel Puan Lisa sambil menarik selimut yang menyelubungi badan anak keduanya itu. "Nanti Mai naik bas sekolah. Mama dah nak gerak dah ni." Kata Puan Lisa sebelum Luni menyalami tangannya.
Selalunya Puan Lisa yang menghantar Luni ke sekolah sebelum pergi bekerja. Tapi memandangkan dah lewat 15 minit terpaksalah Luni naik bas sekolah.
Luni mencapai tualanya yang disangkut. Jam di dinding sempat dikerling.
6:35 a.m?!
Lagi 10 minit lagi bas sampai. Baik kau cepat Luni kalau tak jalan kakilah kau pergi sekolah.
Selepas mandi, Luni terus menyarung baju sekolahnya dan memakai tudung putih berlencana dan bertanda nama 'Luni Maisarah'.
Luni turun ke bawah dan mendapati ayahnya masih bersarapan dengan abangnya di ruang makan.
"Haa, tulah siapa suruh tengok drama korea sampai tengah malam, kan dah lambat bangun. Padan muka, haha..." Zaquan Asyraf sempat menyindir adiknya yang sedang memakai kasut di luar. Hanya jelingan maut yang Luni berikan sebagai balasan sindiran abangnya.
Tin! Tin!
Fuh, tepat pada masanya bas sekolah sampai. Luni sempat menyalam ayahnya yang kebetulan berada di pintu.
"Bye!" Luni melambai ayahnya. Apabila bas mula bergerak, dia duduk sambil membetulkan tudungnya.
"Mama kau tak hantar kau ke?" Ming yang duduk di belakang bertanya.
"Aku bangun lambat," balas Luni.
"Ni mesti kau tengok drama korea malam tadi kan?"
Luni hanya tersengih. Ming menggelengkan kepala. Dah agak dah kalau Luni bangun lambat mesti tengok drama korea malam-malam. Siapa je yang tak kenal Luni Maisarah yang sinonim dengan korea tu.
***
"Luni! Lambat pulak kau hari ni. Ni mesti kes mamat Korea yang buat kau bangun lambat kan?" Teka Hana yang baru sahaja duduk disebelah.
Luni hanya mengiyakan saja apa yang diteka kawan baiknya sejak sekolah rendah dulu. Beg yang digalas diletakkan di kerusi.
"By the way, pagi tadi aku terserempak dengan seorang mamat kat pejabat. Tinggi, putih, handsome pulak tu! Aku rasa dia tu budak baru ah." Kata Hana yang turut meletakkan beg sandangnya di kerusi.
"Kau ni pantang nampak laki handsome," kata Luni sambil mengeluarkan buku ke atas meja. "Entah-entah dia tu penjual buku yang selalu datang sekolah."
"Eh kau ni, dia pakai baju sekolah ah takkan penjual buku pulak." Hana mengerutkan dahinya.
"Form 5 ke?" Luni mula berminat untuk mengetahui lebbih tentang lelaki yang dikatakan Hana.
"Tak sure ah tapi yang gempaknya, dia drive sendiri beb. Kereta BMW pulak tu! Haa... jangan main-main."
Luni seakan tidak percaya. Serious ah BMW? Mesti kaya budak tu.
"Weh, weh, tengok tu, ada budak baru." Faizal, pelajar paling kecoh menunjuk ke arah pejabat yang boleh dilihat dari kelas 5 Sains Purnama.
Kelihatan seorang pelajar lelaki dan ibunya sedang berbincang dengan pengetua dan GPK sekolah.
YOU ARE READING
Kau, Aku Tunggu
Teen Fiction"Makcik, minta maaf. Saya tak sengaja." "Makcik?" Pertemuan Luni dengan Rayyan di masjid membuatkan mereka semakin rapat. Rayyan, budak baru dari New York semakin suka menyakat Luni walaupun mereka baru sahaja kenal. "Saya suka awak." Biasalah, bila...