03

103 2 0
                                    

Hari Rabu telah tiba. Semua pelajar beratur mengikut kelab kokurikulum masing-masing semasa perhimpuanan. Pengawas yang bertugas menjalankan tugas mereka seperti yang diarah.

Luni sebagai naib pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah berada di hadapan barisan kelab tersebut. Begitu juga dengan Daniel yang merupakan pengerusi persatuan tersebut.

"Luni, awak dah cek kehadiran pelajar perempuan?" Tanya Daniel.

Luni cuba mengawal dirinya sebelum menjawab, "Dah. Tiga orang form 3 tak datang and sorang budak form 1." Jantung dah mula buat hal!

Daniel mencari nama pelajar-pelajar yang tidak hadir itu dalam senarai nama Persatuan Bulan Sabit Merah menggunakan pen.

Luni memandang Daniel. Alahai, kenapa handsome sangat dia ni. Melting I dibuatnya.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Pertanyaan Daniel membuatkan Luni tersentak. Aduh, dia perasan pulak aku pandang. Malulah macam ni!

"Eh, err... mana ada." Luni terus mengalihkan pandangannya ke hadapan sambil membetulkan tudungnya. Konon nak cover line.

Dari hujung mata, Luni dapat melihat Daniel sedang ketawa. Ala, janganlah ketawa sekarang. Comel tau tak?

Daniel turut memandang hadapan apabila pengumuman pengetua sudah tiba.

***
Hana menjeling Iwan di sebelah. Dari mula perhimpunan tadi, Iwan mengajak Hana berbual. Dahlah beratur kat depan sekali. Nasib cikgu-cikgu tak nampak.

"Hana-"

"Kau nak apa lagi?" Hana bercekak pinggang. Kemudian dia terasa seperti diperhatikan. Hana memandang hadapan dan terperasan yang Cikgu Daud memandangnya. Tangan yang berada di pinggang cepat-cepat diluruskan.

Segala pertanyaan Iwan tak dijawab. Dibiarkan sahaja Iwan bermulut murai. Eee, bingit teling Hana mendengar suara Iwan!

***

Setelah bunyi loceng, semua pelajar masuk ke kelas masing-masing. Luni mencapai botol airnya setelah duduk.

Baru saja tegukan pertama, Hana datang menyergah.

"Hana! Kalau aku tersembur tadi, tak ke basah meja ni nanti?" Luni memandang tajam ke arah kawannya.

"Maaf buk! Aku enggak sengaja." Hana tersengih. "Aku nak bagitau kau ni. Rayyan satu persatuan dengan aku! Waaah, bayangkan betapa excitednya kawan kau ni!"

"Dah tu, nak aku buat apa? Ucap tahniah?" Perli Luni. Buku latihan disusun di dalam meja.

Hana mencebik. Buat penat je dia excited tapi member tak bagi support.

"By the way, tadi aku nampak bukan main mesra lagi kau dengan Iwan..." Luni tersenyum sinis.

"Mesra? pleaselah weh. Aku rasa nak hempuk buku ni kat dia tadi." Hana memegang buku rujukan Sejarah yang tebal. "Bercakap tak berhenti. Lepas tu ajak aku berbual. Dahlah kitorang kat depan sekali. Nasib Cikgu Daud tak mention naik atas. Kalau tak, buat malu je." bebel Hana.

Luni hanya mengangguk sambil membuat kerja yang tak sempat dia siapkan kat rumah. Yelah, malam tadi kan ada tetamu datang rumah.

"Aku rasa dia syok kat kau kot." Luni bersuara. Tak lama setelah itu, lengannya dipukul Hana. Kalau perlahan tak apa jugak, ni kuat!

"Jangan libatkan aku dengan dialah. Benci!" Hana berkerut.

"Jangan benci, nanti sayang..." Gurau Luni. Jelingan Hana tepat pada mata Luni.

"Dahlah, lupakan tentang dia. Tu ha, abe sem dah sampai." Hana memuncungkan mulutnya ke arah Rayyan yang baru masuk ke kelas.

Luni turut memandangnya. Matanya turun pada kaki Rayyan. Sakit lagi ke tak agaknya kaki dia tu?

Kau, Aku TungguWhere stories live. Discover now