06

80 2 0
                                    

   "Kau ni dahlah gemuk. Aku tak nak kawan dengan kau!" Kata-kata seorang budak lelaki menusuk ke dalam hati Hana. Budak lelaki itu terus pergi meninggalkan Hana yang bermasam muka.

   "Aku pun tak naklah kawan dengan kau!" Hana menjerit.

   "Hahaha gemuk! Hana gemuk! Tak ada siapa nak kawan dengan budak gemuk! Hana gemuk!" Tak disangka, sekumpulan kanak-kanak yang juga berada disitu mengejek Hana.

Pada awalnya, Hana hanya berdiam diri tetapi apabila dia terus diejek dengan perkataan-perkataan yang tidak elok, dia mula menangis teresak-esak.

   "Jangan kacau Hanalah!" Luni muncul dengan membawa kayu. Luni ni boleh dikatakan ala-ala gangster di sekolah rendanya. Jadi, semua orang takut dengannya.

Luni menenangkan Hana yang menangis teresak-esak apabila kanak-kanak yang mengejeknya sudah dihalau pergi. Hana masih lagi tidak berhenti menangis.

   "Gemuk sangat ke aku ni? Kenapa orang gemuk tak boleh ada kawan?" Tanya Hana sambil menangis. Luni hanya memeluk kawannya itu.

   "Janganlah cakap macam tu. Aku ni kan kawan kau. Kau bukan gemuk, kau comel." Pujuk Luni. Hana berasa lega apabila kawannya itu ada masa dia susah. Walaupun untuk budak yang berusia 10 tahun, Hana mula tahu apa itu sahabat.

***
   "Jadi, orang yang buat kau nangis time kita darjah 4 tu, Iwan?" Luni bagaikan tak percaya.

Hana hanya mengangguk. Malas nak fikirkan balik tentang peristiwa yang memalukannya itu.

   "Tak sangka aku dia buat macam tu. Jahatnya dia. Tapi tak apa, sekarang ni kau dah kurus, lawa, meletop!" Luni cuba mengambil hati Hana.

   "Baru dia tahu aku ni siapa." Hana meng-flip-kan tudungnya. "By the way, aku ingat lagi ayat kau. Kau kata aku ni bukan gemuk, tapi comel, hehe..."

   "Yeke? Aku tarik baliklah kata-kata aku tu," gurau Luni. Hana mencubit lengan kawannya itu.

   "Aku dah cerita tentang Iwan, kau pulak cerita tentang Rayyan," kata Hana.

Luni baru nak buat-buat lupa. Ingat pulak si Hana ni.

   "Yelah-yelah aku cerita." Luni mengalah. Luni memulakan ceritanya daripada dia jumpa Rayyan kali pertama sehingga dia jumpa Pussy.

   "Untunglah kau dapat kenal arnab abe sem. Dapat pergi rumah dia pulak tu. Ish, aku yang minat, kau yang dapat." Hana menyilangkan tangannya.

Luni hanya ketawa. Nak buat macam mana?

   "Tapi kan... Aku tengok kau dengan Rayyan tu macam sweet je-"

   "Kau dah kenapa?" Laju sahaja tangan Luni hinggap di badan Hana. Bila dah selalu buat macam tu, dah jadi hobi pulak memukul orang si Luni ni.

   "Aku rasa kalau kau tak jadi dengan Daniel, Rayyan boleh back up," sambung Hana.

   "Aik, tadi bukan main tak bagi aku dengan Rayyan. Sekarang, nak main kenen-kenen pulak. Dahlah, aku nak masuk kelas. Layan kau ni memang makin merepek." Luni mengemas bukunya sebelum meninggalkan perpustakaan.

***

Luni lalu dihadapan kelas 5 Sains Delima; kelas Daniel. Sebelum masuk kelas, moh ler kita melencong ke kelas crush kejap. Lol.

Masa memang tepat; Daniel keluar kelas betul-betul di hadapan Luni.

   "Eh, Luni. Hai..."

Sekadar hello, bisa membuatku gamam. Nyanyi lagu Janna Nick sikit, haha.

   "Emm, hai. Err, kertas apa tu?" Tanya Luni apabila dia ternampak Daniel memegang beberapa helai kertas kecil.

Daniel tidak teragak-agak untuk memberikan kertas-kertas tersebut kepada Luni.

Kau, Aku TungguWhere stories live. Discover now