07

153 5 0
                                    

"Abang Rayyan!" Jiha, pelajar tingkatan 4 memanggil Rayyan yang menuju ke perpustakaan. Sekarang waktu rehat, jadi mereka boleh keluar kelas.

"Yes?"

"Jiha ada something nak cakap."

Memandangkan mereka berdua sahaja yang ada di sini, Jiha semakin berani dekat dengan Rayyan.

"Jiha sebenarnya... Suka abang."

***
"Abang?" Hana membuat muka loya.

"Ya, budak tu panggil Rayyan, abang. Aku dengar masa aku nak pergi perpustakaan." Kata Luni. "Yang paling tak boleh blah, budak tu confess weh!" Sambung Luni.

Hana mengerutkan dahinya. "Berani betul budak tu. Aku pun tak pernah panggil senior dengan panggilan abang kecuali abang kaulah."

"Aku pun tak pernah." Luni menyokong kata-kata Hana.

"Jap, yang kau beria nak marah budak tu kenapa? Biar jelah dia suka Rayyan." Hana cuba menguji Luni.

"Aku bukan apa..." Luni seperti tiada idea nak menjawab.

"Aku dah agak dah ni. Kau suka dia," Hana memetik jarinya.

"Awak suka siapa?" Daniel muncul secara tiba-tiba. Luni dan Hana terdiam. Bila masa pulak mamat cina ni ada kat sini?

"Err... Bukan, Hana ni ha, dia suka Iwan." Jawab Luni tanpa berfikir keburukkan yang akan melanda.

"What the..." Hana memandang Luni dengan muka tak percaya.

"Oh... Nanti saya cakap dengan dia." Kata Daniel.

Hana menepuk dahinya. Nasiblah Iwan tak ada dekat sini. Kalau tak mahunya Hana kena usik dengan Iwan.

"Luni, saya ada benda nak cakap dengan awak." Sambung Daniel. Dia berdehem sebelum menyatakan sesuatu.

Luni memandang Hana sebelum dia memandang Daniel. Curious dibuatnya.

"Apa dia?"

"Saya suka awak."

***
"Apa yang dimenungkannya tu?" Zaquan menghentikan lamunan adiknya di laman rumah.

"Eh abang. Hmm, tak ada apa-apalah. Saja tengok pemandangan kat luar ni." Jawab Luni.

Zaquan mengambil tempat di sebelah Luni. Hari ni Zaquan balik awal. Kerja kat ofis tak banyak. Untung jadi bos.

"Nanti ofis abang ada buat majlis sempena menyambut orang baru. Luni nak ikut?"

Luni memandang abangnya. Matanya digosok-gosok. Pipinya ditampar berulang kali.

"Kau ni dah kenapa?" Zaquan hairan dengan tingkah laku adiknya.

"Ni bukan mimpi kan? Sejak bila abang pandai ajak adik pergi majlis abang ni?"

"Eh eh eh. Hari tu dia yang beria nak pergi. Tak apa, tak nak pergi pun tak apa. Abang tak rugi apa-apa pun."

"Yelah yelah. Memang Luni yang beria. Jadi betullah ni nak bawak Luni?" Luni bertanya. Zaquan mengangguk. "Alright, nanti abang informlah tarikhnya."

***
"Oh. My. God. Luni!" Seperti biasa Hana menerjah. Bukan reti bagi salam dia ni.

"Kau ni dah kenapa Hana? Buat terkejut aku je pagi-pagi ni." Luni sambung menulis notanya.

"Aku ada berita tergempar ni weh!"

Luni tak melayan. Banyak sangat berita tergempar Hana ni.

"Luni, dengarlah ni." Hana mengoncangkan badan kawannya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 03, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau, Aku TungguWhere stories live. Discover now