05

89 2 0
                                    

Luni menghempaskan badannya di atas katil. Penat jugak badannya harini. Tak sempat tidur siang.

Matanya dipejam seketika sambil memeluk bantal peluknya.

   "Girlfriend I."

Mata dibuka luas. Kata-kata dari mulut Rayyan terngiang-ngiang dalam kepala Luni.

   "Gila ke mamat tu? Sukahati dia je nak cakap aku ni girlfriend dia. Eyy, choy!" Luni bangun menyandarkan badannya pada kepala katil. "Tapi, siapa perempuan tu? Be.. Bella ea namanya? Eh, entahlah! Buat apa aku nak fikir." Luni menyelubungkan dirinya dengan selimut.

***
   "LUNI!" Satu jeritan mengejutkan Luni di awal pagi. Matanya yang berat cuba dibuka. Kelihatan samar-samar figura seseorang yang sedang bercekak pinggang.

   "Dah berapa kali mama kejut tapi tak bangun jugak. Eyy budak ni! Dah 6.45 pagi ni!"

Secara automatik mata Luni terbutang luas. Sempat badannya dipukul oleh Puan Lisa sebelum masuk ke bilik air.

Sepuluh minit kemudian Luni selesai mandi dan kelam kabut menyarung baju sekolah.

Segara Luni menuruni tangga sambil menggalas beg di belakang.

   "Ha Luni, kenapa boleh bangun lambat ni?" Encik Amin bertanya sambil membaca suratkhabar. Harini ayah Luni cuti. "Nak papa hantar tak?"

   "Eh takpa-takpa, Luni naik bas je. Luni pergi dulu," Luni menyalami tangan ayahnya dengan kelam kabut.

Baru sahaja melangkah keluar, bas pun dah melepasi rumahnnya.

   "Bas tungguuuuuuu!" Luni cuba memakai kasut dengan segera dan mengejar bas itu namun apakan daya.

Luni termengah-mengah melihat bas itu berlalu pergi meninggalkan dirinya keseorangan. Dengan hampa, dia berpatah balik ke rumah.

   "Hai cik adik, nak tumpang?" Satu suara datang dari kereta BMW di sebelah Luni. Bila masa pulak kereta ni muncul?

Luni cuba melihat gerangannya melalui tingkap. Oh, Rayyan rupanya.

   "Aku tanya ni nak tumpang tak? Bas pun dah pergi," tanya Rayyan yang sedang memberhentikan keretanya.

   "Tak apalah, aku suruh papa hantar je."

   "Dah alang-alang kita satu sekolah, apa salahnya aku tumpangkan kau."

Luni mengalah. Pintu dibuka dari dalam oleh Rayyan. Luni masuk tanpa melengahkan masa.

   "Lambat pulak kau hari ni," kata Rayyan sebaik sahaja pedal minyak ditekan.

   "Kau pun lambat jugak," balas Luni. "Emm, aku nak tanya sikit boleh?"

   "Apa dia?"

   "Kenapa kau cakap aku girlfriend kau? Suka hati kau je kan."

   "Panjang ceritanya."

   "Pendekkan."

Rayyan memandang Luni sekilas.

   "Kalau kau nak tau, datang ah rumah aku petang ni."

Luni mengerutkan dahinya. Panjang sangat ke ceritanya sampai nak datang rumah?

   "Ish, tak naklah aku."

   "Kalau tak nak, tak dapatlah kau tau sebabnya," kata Rayyan sambil tersenyum senget.

Luni hanya mengeluh. Mengada betullah si Rayyan ni.

Pandangan dibuang ke luar. Suasana dalam kereta menjadi senyap.

Kau, Aku TungguWhere stories live. Discover now