Keindahan pagi di sekolah hilang apabila Hana bertembung dengan Iwan di pagar sekolah.
"Assalamualaikum awak." Tegur Iwan dengan senyuman. Tangannya disilangkan ke belakang.
Hana tidak menjawab dan langkahnya semakin laju. Muka mula dikerut.
"Hana! Awat laju sangat jalan? Salam saya pun belum dijawab. Tau tak berdosa kalau-"
"Waalaikumussalam." Hana memintas percakapan Iwan. Dia terus melangkah tanpa memandang Iwan disebelah. Makin laju langkah Hana, makin laju jugaklah langkah lelaki di sebelahnya.
"Jangan ikut aku boleh tak?" Kata Hana geram.
"Mana ada aku ikut kau. Dah kelas kita guna jalan yang sama, nak buat macam mana?" Jawab Iwan sambil memegang tali begnya.
Hana mati kata. Ya tak ya jugaklah kan. Aduh, kau ni pun Hana tak berfikir dulu sebelum cakap. Kan dah bengang.
"Kau masih marah aku lagi ke?" Iwan bersuara lagi. Hana menarik nafas sebelum dia memandang Iwan. "Aku minta maaflah sebab buat kau macam tu dulu. Ala, dulu kan kita masih budak-"
"Budak pun still ada perasaan." Sekali lagi Hana memintas percakapan Iwan sebelum beredar.
Iwan mengeluh. Cara apa lagi yang dia harus buat untuk dapatkan kemaafan Hana?
Kepala yang tidak gatal digaru. Jam di tangan dikerling sekilas sebelum pergi ke kelasnya.
***
Kelas 5 Sains Purnama dimulakan dengan subjek Bahasa Melayu pada pagi itu. Seperti biasa, Cikgu Yazid mulakan kelas dengan kata-kata semangat untuk pelajarnya.
"Jadi, seperti biasa... Siapa tak siapkan kerja rumah yang saya berikan minggu lepas, ha bolehlah bangun." Kata Cikgu Yazid.
Beberapa pelajar bangun termasuklah Luni.
"Weh, bukan kau selalu siapkan kerja BM ke?" Hana memandang hairan. Luni hanya tersengih.
"Aku lupa pulak ada kerja ni. Serius bukan aku sengaja." Luni membalas.
"Hai Luni, tak pernah awak tak siapkan kerja saya. Ha, apa masalahnya?" Cikgu Yazid memandang anak muridnya itu.
"Bukan sengaja cikgu, tapi saya tak ingat. Saya janji ni kali pertama dan terakhir saya tak buat kerja cikgu," kata Luni sambil mengangkat tangannya. Janji katanya.
"Hmm, saya percaya awak. Tapi kali ni denda lain sikit. Saya nak siapa yang berdiri ni awak bersihkan taman belakang kelas kita ni. Kita tolong kakitangan yang bertugas untuk bersihkan kawasan sekolah." Cikgu Yazid berkata.
"Sekarang ke cikgu?" Tanya seorang murid yang juga berdiri.
"Eh, yelah. Takkan esok pulak? Dah, pergi sekarang. Lepas dah siap baru boleh balik kelas. Tapi ingat, jangan amik kesempatan merayap ke tempat lain. Nanti saya suruh makcik cleaner awasi awak semua." Pesan Cikgu Yazid sebelum mereka pergi menyelesaikan denda yang diberi.
***
"Terima kasih Daniel, Wan." Ucap Cikgu Huda kepada Daniel dan Iwan yang menolongnya membawa beg-begnya ke bilik guru.
"Tiada masalah cikgu," balas Daniel dengan senyuman. Setelah itu mereka berdua beredar dari bilik guru.
"Eh, Dan, iu bukan Luni ke?" Iwan menunjukkan ke arah seoran gadis yang sedang mengutip daun-daun kering di taman bunga mini sekolah mereka.
Daniel yang baru saja siap memakai kasut melihat gadis tersebut dengan teliti.
"Aahlah, buat apa dia kat situ?"
YOU ARE READING
Kau, Aku Tunggu
Teen Fiction"Makcik, minta maaf. Saya tak sengaja." "Makcik?" Pertemuan Luni dengan Rayyan di masjid membuatkan mereka semakin rapat. Rayyan, budak baru dari New York semakin suka menyakat Luni walaupun mereka baru sahaja kenal. "Saya suka awak." Biasalah, bila...