"Serious ah dia blah macam tu je?" Hana memandang Luni dengan muka tak percaya. Luni mengangguk. Peristiwa dia terlanggar Rayyan di masjid masih segar dalam ingatan.
"Harap muka je handsome tapi kalau adab tak ada, tak ke mana ah weh." Kata Luni kepada Hana yang sebenarnya ditujukan khas untuk Rayyan.
Cikgu Hazwah masuk sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 8.00 pagi.
"Hari ni saya nak bahagikan awak semua kepada beberapa kumpulan untuk buat kerja kursus dan... saya yang akan tentukan siapa ahlinya." Kata Cikgu Hazwah membuatkan pelajarnya mengeluh. Ni yang tak suka kalau cikgu tentukan ahli kumpulan ni.
"Pertama sekali, saya nak Rayyan jadi kumpulan Luni, sebab Luni dapat markah paling tinggi dalam subjek Bio."
Apa?
"Luni, nanti awak pilih lagi dua orang untuk jadi ahli awak. Seorang lelaki dan perempuan." Sambung Cikgu Hazwah. Luni hanya mengeluh.
"Baik cikgu."
***
Luni menyarung tudung bawal berwarna jingga. Dia meminta izin abah dan mamanya sebelum pergi ke taman. Dia telah berjanji dengan Hana untuk pergi menghirup udara segar. Nak hilangkan stress katanya.
"Manalah minah ni. Ni lah janji melayu. Haish..." Luni membebel. Dia mula meregangkan badannya dahulu. Kemudian, dia mula berlari anak di kawasan itu.
Tali kasutnya yang terlerai membuatkan dia berhenti seketika untuk membetulkannya.
Luni menyambung semula lariannya. Sambil dia berlari, dia memandang ke bawah untuk melihat keadaan tali kasutnya.
Buat kali kedua, dia terlanggar bahu seseorang tanpa sengaja. Tetapi, kali ini nasib menyebelahinya.
Luni melihat orang yang dilanggarnya terjatuh.
Again, orang itu ialah Rayyan.
"Hana!" Luni terus mendapatkan Hana yang baru sahaja tiba. Rayyan di situ diabaikan. Barulah adil. Kalau Rayyan tak tolong Luni masa kat masjid hari tu, jangan harap Luni nak tolong dia hari ni.
***
"Kau tinggalkan dia macam tu je?" Tanya Hana sambil membuat regangan.
"Eh, biar ah dia. Ni ha, yang kau lambat apahal? Kau tau tak dekat setengah jam aku tunggu kau kat sini?" Luni bercekak pinggang.
"Kekak Luni, titew tak tengaja laaaa," Kata Hana acah-acah comel. Rasa macam nak bagi tangan je.
Luni hanya menjeling. Malas nak layan si Hana tu.
"Weh, Rayyan tu duduk area sini ke?" Tanya Luni setelah lama berdiam diri.
Hana memandang Luni dengan senyuman penuh makna.
"Apa? Aku tanya je dia duduk mana. Bukan apa, dia pun pergi taman ni kan. Jadi rumah dia mesti ah area-area sini." Luni cuba meng-cover line.
"Kau suka dia eh?" Hana menyakat Luni.
"Eh, kau ni dah kenapa? Memang tak ah. Aku dah ada crush kot. Lagi pun si Rayyan tu memang tak boleh jadikan calon. Tak pandai nak minta maaf lepas buat salah." Luni membalas dengan perasaan yang geram. Dihentak-hentak meja kayu yang berdekatan untuk meluahkan rasa geramnya itu
"Weh, rilek ah. Yang kau nak emo ni apahal?" Hana cuba menenangkan kawannya itu.
Luni mengeluh. Entah kenapa kalau disebut-sebut nama Rayyan, panas pulak hati dia.
***
"Luni, kawan mama nak datang malam ni. Pakai kemas-kemas." Puan Lisa memberitahu anaknya yang sedang membuat ulang kaji di bilik.
YOU ARE READING
Kau, Aku Tunggu
Novela Juvenil"Makcik, minta maaf. Saya tak sengaja." "Makcik?" Pertemuan Luni dengan Rayyan di masjid membuatkan mereka semakin rapat. Rayyan, budak baru dari New York semakin suka menyakat Luni walaupun mereka baru sahaja kenal. "Saya suka awak." Biasalah, bila...