Part 1

7 0 0
                                    

17 June 2006,

Sabtu10.30AM

London.

Matahari agak panas memancar, bahang namun nyaman musim panas mula di rasai di kotaLondon itu. Sofia memerhatikan dedaun yang bertaburan di atas rumput di taman yang di bina oleh Munzir di tepi rumah itu. Sofia kemudiannya mendongakkan kepalanya ke langit memandang matahari, dia membiarkan matanya disilaui cahaya matahari yang menembusi celah jarinya. Angin musim panas bertiup menerbangkan rambutnya dan blouse putih yang di pakainya. Fikiran Sofia kosong, dia sekadar menikmati angin yang bertiup dan cahaya matahari pagi yang memancar ketika itu . Seseorang menyapanya,

"Sofia..." Sofia tidak menjawab, mahupun menoleh. Dia masih lagi memandang ke matahari. Suara itu menyapanya lagi sambil menghampirinya,

"Sofia... buat apa kat sini?" Sofia tidak menjawab, dia kemudiannya mengalihkan pandangannya kepada bunga-bunga di taman itu. Seorang gadis manis dan ayu duduk di sebelahnya, dan bertanya lagi,

"Abang Munzir ada kat rumah?" Sofia diam lagi, dia tidak memberi apa-apa respon. Linda, sudah masak dengan sikap Sofia itu, sejak kali pertama dia bertemu Sofia pun Sofia memang tidak pernah bersuara apa-apa. Malah, dahulu keadaan Sofia lebih teruk dari itu, dia tidak mahu bangun dan berjalan, hanya terbaring sahaja. Bukan kerana Sofia tidak mampu tapi kerana dia tidak mahu. Linda duduk bersama dengan Sofia, dan melayan perasaannya juga sambil memerhatikan bunga-bunga yang di tanam oleh Munzir di sekitar taman itu. Beberapa ketika kemudian, dia disapa,

"Linda... bila sampai?" Linda tersenyum manis,

"Baru je sampai..." jawab Linda sambil bangun dari atas rumput,

"You ada planning apa-apa ke hari ni? Jom kita makan sama-sama..." Tanya Linda pada Munzir,

"Ok..." Linda rasa sangat gembira mendengar jawapan ringkas Munzir, jarang sekali mereka dapat makan bersama-sama sejak Munzir balik dari Malaysia 2 tahun lalu, malah Munzir sudah banyak berubah sejak tragedy menimpa keluarganya. Munzir bersuara pada Sofia,

"Sayang... jom kita pergi makan..." Sofia hanya diam sahaja, dia masih lagi berteleku di atas rumput memerhatikan bunga-bunga di taman itu. Munzir kemudiannya memegang lembut lengan Sofia dan menariknya perlahan untuk bangun,

"Jom sayang, kita keluar?" Sofia akhirnya bangun, Munzir menarik Sofia ke kereta. Linda rasa sedikit kecewa kerana Sofia ikut sama, bukan dia benci atau tidak suka dengan Sofia namun dia rasa seperti tidak mendapat privacy dengan Munzir. Munzir membukakan pintu depan untuk Sofia, Linda pula terus masuk di tempat duduk belakang. Dia sudah tahu di mana dia perlu duduk sekarang bila dia keluar bersama Munzir dan adiknya. Bukan mereka sahaja yang pergi, beberapa pengawal keselamatan di upah Munzir turut mengekor kereta mereka dari belakang. Munzir memandu kereta menuju ke Café Spreads, berhampiran dengan Trafalgar square. Sepanjang perjalanan itu, tiada sebarang perbualan antara mereka semua. Masing-masing hanya melayan perasaan mereka sendiri. Sampai sahaja di sana, mereka terus masuk dan Munzir memesan hidangan untuk Sofia kerana Sofia tidak mahu menjawab apa pun pertanyaan dari Munzir. Linda mula untuk berbual dengan Munzir, untuk mengisi masa mereka bersarapan itu. Walaupun agak dingin namun Munzir masih menjawab setiap pertanyaan dari Linda. Entah kenapa, Linda sendiri masih sabar dengan keadaan itu. Dia yakin yang Munzir pasti akan kembali kepada dirinya yang asal seperti dahulu yang dia kenali. Mereka sama-sama belajar dalam bidang Engineering di Oxford, London dan di situlah mereka mula berkenalan, berkawan dan akhirnya bercinta. Namun kerana keadaan yang sangat rumit dan tragedy yang berlaku dalam keluarga Munzir 2 tahun lalu, mereka hampir berpisah sehinggalah akhirnya Munzir mengambil keputusan untuk bertunang dengan Linda. Linda menerima Munzir kerana dia sangat sayangkan hubungan mereka dan juga sayangkan Munzir, walaupun dia tahu, selagi Munzir tidak melepaskan Sofia, dan selagi Sofia tidak berubah, maka ketegangan hubungan mereka sentiasa akan ada. Linda masih lagi mahu bersabar dengan keadaan itu walaupun dia memang sudah jelak. Seketika kemudian, Linda mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya dan diletakkan di atas meja di hadapan Sofia,

"Lupa pula... Happy birthday Sofia..." Sofia memandang kotak hadiah yang sangat cantik berbalut itu, namun tiada reaksi darinya. Beberapa ketika kemudian air mata Sofia menitis. Linda terkejut melihat Sofia menangis bila melihat hadiah itu. Munzir mengambil hadiah itu dan memberikannya kepada pengawal mereka, dia kemudiannya bersuara pada Linda sambil memegang tangannya,

"Thank you Linda... for the present... don't worry..." Linda menarik nafas panjang dan bersuara pada Munzir,

"I'm sorry... if Linda ada menyakitkan hati Sofia..."

"No... Kita yang kena bantu dia... let her face this off... kalau tak, sampai bila pun she'll stay like this..." Linda rasa sangat lega mendengar kata-kata Munzir, dia bimbang kalau-kalau Munzir akan marah dengan apa yang dia buat. Namun dia mengeluh dengan sikap Sofia yang masih lagi berkabung dan tidak mahu berubah. Selesai makan, mereka menuju ke pusat beli belah berdekatan dengan kawasan itu.

Kimi menyandang begnya, dia baru sahaja tiba di kotaLondon malam tadi bersama dengan Zarul. Kini keluarganya akan menetap di sana memandangkan ayahnya kini bekerja di bahagian Kastam di sana. Dia baru sahaja kembali ke pangkuan keluarganya beberapa bulan yang lalu, dia membawa sekali Zarul bersamanya. Pada mulanya Zarul menolak kerana tidak mahu menyusahkan keluarga Kimi namun ayah Kimi sendiri Dato' Ramli mahu Zarul ikut bersama. Kimi dan Zarul di bawa bersiar-siar di sekitar kawasan London itu dan di bawa oleh kakak Kimi, Fazlina. Dia memang sudah berada di sana terlebih dahulu bersama keluarganya sebelum Kimi. Keadaan jalan raya tidak sesak, namun banyak manusia sedang berlegar-legar di sekitar kota itu. Fazlina berhenti kereta di suatu dataran,

"Ini Trafalgar Square... macam tempat lepak kat sini... banyak tourist suka datang ambil gambar kat sini..." kata Fazlina. Mereka semua keluar dari kereta dan meninjau-ninjau kawasan sekitar itu. Kimi memerhatikan beberapa pelancong yang sedang sibuk mengambil gambar di kawasan air pancut, gelagat yang sudah biasa di lihatnya kerana sudah biasa di pasar seni memerhatikan mereka semua. Beberapa ketika kemudian salah seorang dari pelancong itu menggamitnya, Kimi teragak-agak namun dia pergi juga, pelancong itu bersuara,

"I'm sorry; could you please help me taking picture?" Kimi terkebil-kebil, Zarul dan Fazlina menghampiri Kimi dan tersenyum. Kimi kemudiannya tersenyum dan menjawab,

"Sure..." Pelancong-pelancong itu masing-masing bergaya sambil Kimi menangkap gambar mereka. Berbagai aksi dan gelagat mereka membuatkan Zarul dan Fazlina turut ketawa melihat. Kimi rasa gembira pula melayan pelancong itu kerana mereka agak peramah, Kimi mengfokus lensa kamera ke kawasan sekitar sementara menunggu pelancong itu berbincang mahu bergaya sesama mereka, seketika kemudian lensa kamera itu menyorot pada suatu wajah yang agak di kenali Kimi. Kimi terkedu seketika, dia terpandang wajah seorang gadis yang tidak pernah hilang di fikirannya. Dia menyerahkan kamera kepada Zarul sambil berlari ke arah gadis yang di lihatnya itu. tercungap-cungap Kimi menyapa,

"Hai..." Gadis itu Cuma diam sahaja memandang Kimi.

"Awak mungkin tak kenal saya, tapi saya pernah Nampak awak..." sapa Kimi lagi. Gadis itu masih tidak menjawab, wajahnya kosong. Zarul dan Fazlina sampai di sisi Kimi, Zarul terkedu juga melihat wajah gadis itu.Kimi tersenyum gembira kerana dia tidak menyangka akan melihat wajah itu lagi.

"Saya Kimi... awak?" gadis itu masih diam dan tidak memberikan sebarang reaksi. Beberapa ketika kemudian seorang lelaki menyapa mereka,

"Kamu siapa?" Kimi memandang kepada lelaki itu,

"Maaf, saya Kimi... saya just menyapa cik ni..."

"You kawan Sofia ke?" Kimi terkebil-kebil mendengar kata-kata lelaki itu,

"Oh... Cik Sofia... saya bukan kawan dia tapi saya pernah Nampak dia kat pasar seni lebih kurang 2 tahun lalu..." Munzir diam sahaja mendengar kata-kata Kimi itu, dia berasa agak lega kerana itu bukan antara kawan-kawan sekolah Sofia.

"Maaflah... tapi kami nak cepat dan terpaksa beredar..." Kata Munzir sambil membawa Sofia pergi dari situ. Kimi hanya tersenyum sahaja namun matanya masih lagi kepada Sofia. Zarul bersuara pada Kimi sambil memerhatikan mereka beredar,

"Wow... kebetulan sungguh dunia ni, tak sangka akan jumpa dia di sini..."

Kenangan Manis Cinta Fareez - Bab 4Where stories live. Discover now