Bab 1
DAYANA berjalan dengan malas mengekori rakan-rakannya yang lain. Mereka hendak berkelah untuk tiga malam di dalam hutan, kononnya hendak membuktikan keberanian mereka.
"Masih lama ke?" soal salah seorang daripada mereka, Irfan Rizqi.
"Dah nak sampailah kita ni," jawab Khalish yang mengetuai mereka.
"Cepatlah... dah nak gelap ni," suara Zara sambil menggaru-garu tengkuknya yang gatal digigit nyamuk.
"Sabarlah," balas Khalish geram. Rimas mendengar aduan mereka.
Selepas beberapa minit berjalan, Khalish berhenti berjalan menyebabkan mereka semua terhenti.
"This is the perfect spot," katanya. Dia tersenyum lebar. Mereka semua mengeluarkan beberapa barang dari beg mereka. Aril yang diamanahkan membawa tikar menghamparkan dua helai tikar untuk dijadikan alas tempat mereka berehat. Dayana dan Khalish pula mengeluarkan khemah dari beg mereka. Satu khemah untuk lelaki dan satu khemah untuk perempuan. Setelah siap berkemas, mereka semua berehat di dalam khemah mengikut jantina masing-masing.
Keesokan harinya...
Dayana keluar dari khemahnya perlahan-lahan. Jam sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi. Dia hendak berjalan sekeliling hutan, ingin mencari tempat untuk dia mandi. Beg galasnya dibawa sekali. Dia berjalan sambil berpeluk tubuh, sejuk. Dia memandang sekeliling hutan untuk mencari sungai. Semakin lama dia berjalan, semakin jauh dia meninggalkan kawasan perkhemahan mereka.
"Hai, seorang diri ke?" sapa seseorang.
Dayana terkedu. Langkahnya terhenti. Seorang lelaki menghampirinya dari belakang. Dayana berpaling.
"Tak takut ke?" soal lelaki itu lagi. Dia tersenyum sinis memandang Dayana yang ketakutan. Jarak dia dan Dayana semakin dekat menyebabkan Dayana mengundur. Tiba-tiba, seekor binatang berupa serigala menerkam lelaki tersebut. Lelaki tersebut meraung kesakitan apabila binatang itu mengoyak dagingnya dengan giginya yang tajam. Tanpa membuang masa, Dayana berlari ke kawasan perkhemahan sepantas kilat. Dia sangat takut. Dia masih ingin hidup. Dia menoleh dan melihat binatang itu sedang mengejarnya. Dia kembali memandang hadapan.
'Ya Allah, selamatkanlah aku!' doanya dalam hati.
Zara menggosok-gosok matanya. Dia duduk lalu melihat tempat tidur Dayana kosong. Dia mengejutkan Nadia yang sedang nyenyak tidur.
"Oi, bangunlah," ujarnya.
Nadia membuka matanya perlahan-lahan. Dia kemudian menguap lalu memandang Zara.
"Kenapa kejutkan aku?" soal Nadia.
"Mana Yana?"
Nadia memandang tempat tidur Dayana. Kosong.
"Kat luar kot," jawabnya.
Zara mengeluarkan kepalanya dari khemah tersebut. Dia memandang sekeliling. Kelihatan hanya Aril dan Khalish sedang menghirup udara segar di luar.
"Aril! Khalish!" panggilnya nyaring.
Aril dan Khalish menoleh. Mereka berlari-lari anak menghampiri khemah perempuan.
"Asal?" soal Khalish.
"Yana mana?"
"Entah," jawab Aril sambil mengangkat bahu.
"Dia takda dengan korang ke?" soal Khalish risau. Dahinya berkerut.
"Tak," jawab Zara. Dahinya turut berkerut.
Aril bercekak pinggang sambil memandang sekeliling manakala Khalish pula mula gelabah.
"Jomlah! Kita cari dia!" ajaknya.
Zara memandang Nadia yang masih tidur. Dia menggoncang kasar bahu gadis itu.
"Bangunlah! Kita nak cari Yana ni!" kejutnya.
Nadia segera bangun. "Kenapa dengan Yana?" soalnya panik.
"Dia hilang," jawab Zara.
"Tapi, aku belum mandi."
"Nanti-nantilah kita mandi. Yang utama sekarang ialah Yana."
Nadia mengangguk lemah. Dia sangat rimas kerana belum mandi, tetapi sekarang nyawa Dayana paling penting! Dia membuntuti Zara keluar dari khemah tersebut. Mereka berempat berjalan dalam satu kumpulan.
"Mana Yana ni," gumam Zara risau. Dia memandang sekeliling hutan.
"Aaaaa!" Satu jeritan seorang gadis kedengaran tidak jauh dari situ. Mereka segera berlari mengikut arah jeritan tersebut.
Air mata Dayana semakin deras mengalir. Binatang itu semakin dekat. Ia menyerupai serigala. Bulunya berwarna perang dan matanya midnight black. Dayana terjatuh setelah kakinya diterkam binatang tersebut, namun cepat-cepat dia mengundurkan diri. Dia cuba untuk bangun namun gagal. Betis kanannya terasa pedih. Mungkin cedera akibat diterkam.
"Yana!" panggil Aril sebaik sahaja melihat Dayana. Dia berlari dengan laju menghampiri gadis itu. Dia kemudian memandang binatang yang turut memandangnya. Ia melompat ke arah Aril namun berjaya dielak. Matahari mula terbit dan serigala itu mula berubah perlahan-lahan. Mata Dayana dan Aril membesar. Khalish, Nadia dan Zara yang baru tiba turut memandang apa yang dilihat mereka berdua. Dahi mereka berkerut. Pelik, kenapa mereka terkejut tengok pemuda di hadapan itu?
"Kau... manusia?" soal Dayana.
Pemuda itu tidak memberi sebarang respons. Angguk tidak geleng pun tidak. Nadia tersenyum memandang pemuda itu. Sangat gorgeous. Matanya hazel, kulitnya cerah, bibirnya merah, ketinggiannya melebihi 6 kaki, badannya tegap, rambutnya keperangan apabila dipancar matahari dan dia kelihatan seperti kacukan Inggeris. Aril menuding jari terhadap pemuda itu.
"Kau werewolf!" katanya.
Khalish, Nadia dan Zara memandang Aril terkejut. "Apa kau repek ni?" marah Nadia.
"Believe me, he just formed into a wolf! Dia yang serang Yana!" terang Aril.
"Kau pasti ke? Wujud ke werewolf?" Khalish masih ragu-ragu.
Pemuda itu menghampiri mereka perlahan-lahan. Mereka semua memandangnya.
"Yes, I am a werewolf. And 'we' exist," suaranya.
YOU ARE READING
I've Fallen For A Werewolf!
RomanceSegalanya bermula apabila Dayana Sofea dan rakan-rakannya pergi camping di hutan. Keesokan harinya, Dayana merayau di hutan kerana ingin mencari sungai untuk dia mandi namun lain dijumpanya. Mamat werewolf! Dan sejak hari itu, Dayana ingin membantu...