4

329 20 1
                                    

Bab 4

DAYANA keluar dari kereta Alphard milik Khalish. Dia berjalan ke pintu pagar rumah agamnya. Loceng ditekan. Beberapa minit kemudian, pembantu rumahnya, Mak Melur, membuka pagar untuknya. Dayana memandang kereta Alphard tersebut semula lalu melambai ke arah rakan-rakannya yang masih berada dalam kereta. Tingkap kereta pemandu diturunkan lalu Khalish membalas lambaiannya sambil mengukir senyum. Dayana masuk ke dalam perkarangan rumah.

"Awalnya Yana balik?" soal Mak Melur yang sedang mengunci pintu pagar rumah.

"Susahlah bermalam kat hutan tu mak cik," rungutnya. Dia berjalan beriringan dengan Mak Melur.

"Memanglah susah. Kat hutan tu bukannya ada bilik air untuk mandi, makan semua cari sendiri."

"Tapi kat tv okey je."

Mak Melur menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata anak majikannya itu. Mereka berdua masuk ke dalam rumah lalu ke dapur.

"Mama dan papa mana mak cik?" soal Dayana apabila melihat rumah kosong.

"Kerja," jawab Mak Melur. Dato' Irham sibuk menguruskan syarikat manakala Datin Nazirah pula sibuk dengan butiknya.

"Oh. Mak cik seorang diri la ye?" Dayana membuka peti ais, melihat makanan dan minuman yang ada. Dia kemudian mengeluarkan botol 1 liter Tropicana Twister Orange.

"Apa pulak seorang diri. Abang Yana tu?" Mak Melur menyambung kerjanya mencuci pinggan yang tergendala tadi.

Dahi Dayana berkerut. Dia mencapai gelas kaca dari kabinet lalu menuang air oren tersebut ke dalam gelas. "Abang tak kerja ke?" soalnya pelik. Dia meneguk air tersebut sehingga habis.

"Tak, Dato' suruh dia berehat, sebab tu la Dato' kerja hari ni," jawab Mak Melur. Dayana menyimpan semula botol tersebut ke dalam peti ais lalu berjalan ke sinki untuk mencuci gelas tersebut.

"Yana letak je dalam sinki, nanti mak cik cuci," arah Mak Melur.

"Mak cik tak keberatan ke?" soal Dayana dengan kerutan di dahi.

"Tak. Ni memang tugas mak cik pun."

"Yana nak ringankan beban mak cik la."

"Yana rehat je."

"Okeylah kalau macam tu mak cik, Yana nak rehat jap," katanya seraya meletakkan gelas tersebut ke dalam sinki. Dia kemudian mendaki tangga setelah Mak Melur mengangguk. Dayana masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu. Dia meletakkan beg galasnya di birai katil. Topi baseballnya diletakkan di atas meja sebelum dia beredar ke bilik air.

Selepas merehatkan diri, Dayana masuk ke dalam sebuah bilik yang meletakkan sebuah piano berwarna hitam. Piano itu dulu milik abangnya namun kini kesibukan abangnya membuatkan piano tersebut terabai begitu sahaja.

"Aku tak minat baca novel. Aku lebih suka main piano. It's so relaxing, membuatkan aku hanyut dalam dunia sendiri. Sometimes, I forgot that I'm a werewolf when I play piano."

Suara Aryan terngiang-ngiang di pendengarannya. Dayana duduk di atas kerusi yang disediakan lalu memandang kosong piano tersebut. Entah mengapa, hatinya yang meronta-ronta ingin berjumpa dengan Aryan kini reda apabia dia melihat piano tersebut. Terbayang-bayang dia Aryan bermain piano.

"Adik," panggil abang Dayana, Danish, yang terjengul di muka pintu membuatkan lamunan Dayana terhenti. Dayana menoleh.

"Abang!" katanya riang.

"Kenapa adik kat sini?" soal Danish pelik. Mak Melur memberitahunya bahawa Dayana telah pun balik dan berada di bilik piano.

"Saja. Err... boleh adik tanya sesuatu?" mula Dayana.

Danish masuk ke dalam. "Sure," jawabnya pendek.

"Is it relaxing playing piano?" soal Dayana.

"Of course, listening to piano instrumental is relaxing enough, moreover playing it."

Dayana diam sejenak. "Abang percaya ke werewolf wujud?"

Danish tersenyum sinis. "Mestilah tak. Werewolves are just myths."

"Oh."

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apalah."

"Haa... kenapa adik balik awal? Kata nak camping untuk tiga malam kat hutan."

"Susahlah tinggal kat hutan. Air susah nak cari, malam asyik digigit nyamuk."

"Itulah adik, fikir tinggal kat hutan senang ke?"

Tiba-tiba, Dayana teringatkan Aryan yang seorang diri di dalam hutan. Dia kemudian  menggelengkan kepalanya, ingin membuang Aryan dari fikirannya.

"Kenapa dik?" soal Danish apabila melihat Dayana menggelengkan kepalanya.

"Nothing. Err... adik nak rehatkan diri dulu. Bye," dalihnya lalu keluar dari bilik tersebut. Danish memandang adiknya yang berlalu pergi lalu mengangkat bahu. Dia menghampiri piano itu. Mak Melur akan mengelap piano tersebut setiap hari menyebabkan piano itu tidak berhabuk. Dia duduk di atas kerusi lalu mula memainkan Kiss The Rain oleh Yiruma, lagu yang nostalgik baginya.

Malam itu, Dayana dan Danish ingin membuat kejutan bagi Dato' Irham dan Datin Nazirah. Mereka menyuruh Mak Melur merahsiakan kedatangan Dayana. Jadi, Danish, Dato' Irham dan Datin Nazirah menikmati makan malam seperti biasa.

"Apa agaknya Yana buat sekarang?" ujar Datin Nazirah risau.

"Jangan risaulah. Yana tu bukannya budak kecik, dah besar panjang," tenang Dato' Irham.

Danish menyuap nasi ke dalam mulutnya dengan sudu. Dia hanya mendengar perbualan ibu bapanya.

"Dia baru 21, bang."

"Irah jangan lupa, Yana tu lasak, ganas... dia bukannya lembik pun."

"Memanglah bang. Tapi-"

"Hai pa! Ma!" laung Dayana yang muncul di muka pintu ruang makan. Dato' Irham dan Datin Nazirah memandangnya terkejut. Dengan pantas, Datin Nazirah memeluk anaknya itu. Danish tersenyum sendirian.

"Bila Yana balik?" soal Datin Nazirah teruja.

"Pagi tadi," jawab Dayana.

"Laa... kenapa Yana tak call mama dan papa?"

"Yana nak surprisekan mama dan papa la."

"Jom kita makan sama-sama," pelawa Dato' Irham.

"Mama makanlah dulu, Yana nak ambik pinggan kat dapur," ujar Dayana.

Datin Nazirah menurut. Dayana berjalan ke dapur lalu mengambil pinggan dari kabinet.

"Mak cik tak nak makan dengan kita orang ke?" soalnya kepada Mak Melur yang sedang berehat di dapur.

"Yana makanlah dulu, nanti mak cik makan," tolak Mak Melur.

"Alaa mak cik, jomlah kita makan sama-sama. Takkanlah mak cik makan seorang diri," pujuk Dayana sambil menarik-narik lengan Mak Melur.

"Yela yela." Mak Melur mengalah.

"Yay! Thank you mak cik!" sorak Dayana lalu memeluk Mak Melur. Mak Melur ketawa kecil. Dayana mengambil pinggan untuk Mak Melur dari kabinet.

"Jom," ajaknya. Mak Melur membuntutinya ke ruang makan.

Selepas makan dan berbual dengan ahli keluarganya, Dayana berjalan keluar dari rumah tersebut. Dia berpeluk tubuh sambil memandang bulan penuh di langit.

"Aryan," gumamnya perlahan.

'Apa agaknya dia buat sekarang,' fikirnya. 

I've Fallen For A Werewolf!Where stories live. Discover now