Bab 8
ARYAN berlari-lari anak ke seberang jalan. Dia kemudian menutup payung lalu masuk ke dalam butik. Sebelum dia membuka pintu, dia melihat Dayana sedang menopang dagunya sambil tersenyum sendirian. Dia menghampiri Dayana yang menoleh memandangnya.
"Hai," sapanya ceria.
"Hai, hujan ke kat luar tu?" soal Dayana.
Aryan mengangguk. Dia meletakkan sikunya di atas meja kaunter sambil tersengih-sengih.
"Kau teringatkan aku, kan?" usiknya.
Mata Dayana membulat memandangnya. "Eh! Taklah! Bazir masa aku je nak fikirkan kau," nafinya.
Aryan mencebik. "Yela tu. Tadi bukan main lagi tersengih seorang diri."
"Kau stalk aku ek?" gurau Dayana.
Aryan memandang jam tangannya. "Suka hati kaulah nak anggap macam tu..." balasnya selamba.
Dayana mengetap bibir. 'Pasti dia fikir aku perasan, sangka yang aku syok kat dia!' fikirnya.
"Haa... kenapa datang?" Sengaja Dayana mengubah topik.
Aryan mengetuk-ngetuk jam tangannya. Dayana memandang jam tangannya sendiri. 2:03 petang.
"So?" Sengaja dia buat-buat tidak faham.
"Jom ar, kita keluar," ajak Aryan.
"Malaslah."
"Okeylah kalau macam tu, aku ada maklumat tentang cara untuk pecahkan sumpahan aku ni," ujarnya sebelum beredar.
Dayana segera mengejarnya. "Aryan!" panggilnya menyebabkan Aryan menoleh. Dia tersenyum apabila melihat Dayana menghampirinya.
"Aku nak ikut kau," kata Dayana setelah berdiri di hadapannya.
"Good girl." Dia mengusap kasar rambut Dayana. Dayana menepis tangannya. Dia berpaling memandang salah seorang pekerja yang berdiri tidak jauh dari mereka.
"Kak Lisa, Yana keluar dulu ek. Kak Lisa tolong jaga kaunter okey?" arahnya lembut.
"Okey," balas gadis itu.
"Terima kasih kak," kata Dayana lalu kembali memandang Aryan. Mereka berdua berjalan keluar dari butik tersebut.
Aryan membuka payung. Dia kemudian memayung Dayana yang sedang mengikat rambutnya yang berserabai akibat diusap Aryan. Dayana tersentak. Aryan mencondongkan kepalanya sedikit seperti berkata 'Jom'. Dayana akur. Mereka berdua berjalan beriringan ke kereta Aryan yang diparkir di seberang jalan. Jarak mereka yang agak jauh menyebabkan sebelah bahu mereka basah. Dayana ditolak ke dalam tempat sebelah pemandu sebelum Aryan berlari ke tempat pemandu. Dengan segera dia membuka pintu lalu masuk ke dalam. Dia menutup payung kemudian meletakkannya di belakang. Dia menutup pintu kereta. Enjin kereta dihidupkan. Dia memandang Dayana yang duduk di sebelah. Bahu kanan gadis itu basah. Aryan mengambil kot yang digantung di belakang kerusinya lalu menyelimuti gadis itu dengan kotnya. Dayana memandangnya menyebabkan Aryan cepat-cepat memandang hadapan. Dia memakai tali keledar sebelum menekan pedal minyak.
Dayana tersenyum sendirian. Dia menyarung kot itu. Selesanya!
Sampai di Nando's, Aryan memakirkan kereta. Dayana membuka kot tersebut sambil mempamerkan wajah selamba. Kononnya tidak kisah dengan perlakuan romantiknya itu. Dia menghulurkan kot tersebut kepada Aryan.
"Asal?" soal Aryan pelik. Keningnya bertaut melihat kot tersebut. Dipandangnya kot itu dan wajah Dayana bersilih ganti.
"Kau nak aku simpan kot ni ke?"
"Memang taklah. Kau gantung je kot tu kat belakang kerusi," jawab Aryan sebelum keluar dari kereta. Dayana menurut arahannya. Dia kemudian keluar dari kereta.
Mereka berdua duduk di sebuah meja segi empat sama. Mereka duduk berdepan, lebih baik daripada duduk bersebelahan.
"Apa maklumat terbaru tu?" soal Dayana ingin tahu.
Seorang pelayan lelaki datang dengan dua menu di tangan. Dia menghulurkan kedua-dua menu tersebut kepada mereka.
"Nanti kami panggil awak," ujar Aryan kepada pelayan itu. Pelayan itu menganggukkan kepalanya lalu beredar dari situ.
"Maklumat apa?" soal Aryan pelik. Matanya tidak lepas dari memandang senarai makanan.
"Tentang cara untuk pecahkan sumpahan kau tu la," jawab Dayana dengan nada perlahan. Bimbang ada orang terdengar perbualan mereka.
"Oh. Aku tipu je." Selamba Aryan menjawab. Dia memandang muka surat sebelah pula.
Dayana melepaskan keluhan. "Kau ni memang suka cari pasal dengan aku, kan?"
"Kau comel kalau marah, sebab tu la,", balas Aryan sambil tersengih-sengih.
Dayana mengetap bibir. 'Ada-ada je jawapan dia untuk sakitkan hati aku, untuk sejukkan hati aku dan untuk curi hati aku,' rungutnya dalam diam.
Dia memandang Aryan yang sibuk memandang menu. Sesungguhnya pemuda itu sangat unpredictable. Kadangkala baik dan kadangkala sebaliknya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
ARYAN berjalan ke ofisnya. Dia menghidu kot yang dipakainya. Bau minyak wangi Dayana menusuk hidungnya. Dia tersenyum sendirian.
"Selamat petang encik," sapa pembantu peribadinya, Farisha.
Aryan menganggukkan kepalanya sambil menghadiahkan senyuman. Dia menghampiri meja pembantunya itu.
"Ada apa-apa meeting ke petang ni?" soalnya.
Farisha membuka buku notanya. "Ada, encik. Meeting pukul 4," jawabnya sambil matanya melekat pada buku.
Mata Aryan membulat. "Damn! I forgot!" ujarnya spontan. Dia masuk ke dalam ofis lalu mengambil briefcasenya di kerusi. Dia kemudian berlari keluar lalu ke lif. Butang lif ditekan. Dia memandang jam tangannya. 4:05 petang. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia masuk ke dalam. Dia menekan butang 4, iaitu 18 tingkat di bawah. Dia merapatkan diri ke pintu lif kerana seorang diri di dalam lif. Dia memang takut menggunakan lif seorang diri kerana banyak cerita seram berlaku di dalam lif. Dia keluar serta-merta apabila tiba di tingkat 4. Dia berjalan dengan laju ke bilik mesyuarat. Dia mengetuk pintu sebelum membuka pintu. Dia duduk di tempatnya. Kesemua mata memandangnya menyebabkan dia tertunduk malu.
Tan Sri Zayyad, bapanya, sekadar mengeluh. Anaknya itu memang selalu datang lewat ke mesyuarat.
"Where were we?" soalnya kepada yang lain.
"Kenapalah aku perlu duduk sebelah mamat ni," gerutu seorang pemuda di sebelahnya.
Aryan menoleh. Dia hanya mendiamkan diri. Danish memang tidak suka dengannya kerana diberitahu bahawa Aryan memikat bakal tunangnya sedangkan itu adalah fitnah semata-mata. Sejak hari itu, hubungan persahabatan mereka terputus. Puas Aryan menafikannya namun Danish tidak mengendahkannya.
Aryan kembali memandang bapanya yang berdiri di hadapan sekali.
YOU ARE READING
I've Fallen For A Werewolf!
RomanceSegalanya bermula apabila Dayana Sofea dan rakan-rakannya pergi camping di hutan. Keesokan harinya, Dayana merayau di hutan kerana ingin mencari sungai untuk dia mandi namun lain dijumpanya. Mamat werewolf! Dan sejak hari itu, Dayana ingin membantu...