7

291 19 0
                                    

Bab 7

DAYANA berjalan menghampiri Aryan yang sedang mengisi perutnya di Subway. Pemuda itu memakai kemeja putih berlengan panjang. Dayana duduk di hadapannya.

“Hai,” sapa Aryan.

“Hai, kau kerja sebagai apa?” soal Dayana ingin tahu.

Aryan menghirup airnya. “Aku kerja kat syarikat bapak aku,” jawabnya sebelum kembali menggigit burger di tangannya.

“Oh.”

“Kau tak nak makan ke?” pelawa Aryan.

Dayana menggeleng. “Aku dah makan kat rumah. Sorry.”

“Kau diet ek?” usik Aryan.

Dayana ketawa lalu memukul lengannya. “Taklah.”

Aryan ketawa.

“Aryan,” mula Dayana.

“Hmm?” Aryan mengangkat kening.

“Tentang sumpahan tu…”

Aryan menggigit kepingan burgernya yang terakhir sebelum kembali memandang Dayana. Dayana membalas pandangannya.

“Kalau kau tak keberatan, aku nak tolong kau pecahkan sumpahan tu,” ujar Dayana perlahan.

“Tak perlulah. Lagipun, mustahil untuk aku kalahkan ‘dia’,” jawab Aryan.

“Dia? Siapa?” soal Dayana pelik.

He’s an Alpha.”

Alpha?”

Alpha adalah ketua kepada sesebuah Pack.”

“Maksud kau, ketua werewolf?”

Aryan mengangguk. Dahi Dayana berkerut.

“Tapi, kenapa kau perlu lawan dengan Alpha?” soal Dayana, masih tidak faham.

“Aku menjadi werewolf selepas aku digigit Alpha. Jadi, untuk pecahkan sumpahan, aku perlu bunuh dia,” terang Aryan.

Dayana mengangguk-angguk tanda faham. “Apa bezanya Alpha dengan werewolf biasa?” soalnya lagi.

Alpha boleh sembunyikan bau mereka  daripada werewolf yang lain. Jadi, Alpha dapat serang hendap aku. Kecederaan oleh Alphas akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. And the worst part, Alphas dapat mengawal mental betas yang telah mereka cipta, dan aku adalah salah satu betas yang telah dicipta,” jelas Aryan panjang lebar.

Dayana memandangnya tidak berkelip. Dia kemudian menopang dagunya dengan kedua-dua belah tangan. “Macam mana nak kalahkan dia kalau dia dapat kawal mental kau,” ujarnya perlahan.

“Sebab itulah aku malas nak pecahkan sumpahan ni,” rungut Aryan.

Dayana berfikir sejenak. Beberapa minit kemudian, dia memetik jarinya. Matanya bulat memandang Aryan. “Apa kelemahan Alphas?” soalnya.

"Entahlah. Tapi werewolves are vulnerable to silvers," jawab Aryan.

"Termasuk Alphas?"

"Yup." Aryan mengangguk.

“Kita tikam dia dengan silvers,” cadang Dayana.

“Kau ingat senang ke?” soal Aryan sambil berpeluk tubuh.

Dayana kembali menopang dagunya.

“Itu je idea kau?” soal Aryan, sarkastik.

Dayana mengangguk perlahan. Aryan tersenyum geli hati.

“Hei! Janganlah ketawa,” marah Dayana.

Aryan ketawa kecil. “Aku ingatkan idea kau hebat sangat sehingga kau petik jari bagai,” katanya selamba.

Dayana turut ketawa.

“Jomlah, kita pergi ke Starbucks pulak. Aku nak minum Frappucino Mocha favourite aku,” ajak Aryan seraya bangun. Dayana mengekorinya. Aryan berjalan di hadapan, Dayana pula di belakang. Sampai sahaja di Starbucks, mereka berdua berjalan ke kaunter. Aryan memesan Frappucino Mocha saiz Venti manakala Dayana pula Green Tea Latte Ice Blended with Whipped Cream, juga Venti. Selepas mengambil minuman, mereka berdua berjalan ke luar.

Thanks belanja,” ucap Dayana.

Aryan mengukir senyum. “No prob. Ganjarannya kau perlu date dengan aku lagi esok,” balasnya selamba.

“Eee… date?” Dayana ketawa.

Aryan mengangguk. “Yup… esok aku ambik kau di rumah.”

“Kau tahu ke mana rumah aku?” soal Dayana pelik.

“Kau lupa ke? Aku tahu lokasi sesiapa yang tahu aku adalah werewolf,” jawabnya.

Dayana tersengih. “A’ah la. Lupa.”

“Dendanya, petang ni date lagi.”

“Kau suka dengan aku ek?” balas Dayana.

“Ya, memang aku suka dengan kau,” jawab Aryan selamba. Menyebabkan Dayana terdiam.

‘Itulah kau Yana! Nak sangat kenakan dia, kan dah kena balik!’ getus hatinya.

Aryan tersenyum kemenangan. “Jangan lupa petang ni, pukul 2 petang, aku ambik kau di butik,” ingatnya.

“Kalau aku tak nak?”

“Eleh… tak nak konon.” Aryan mencebik.

Dayana diam. Silence is golden. Lebih baik dia diam daripada melayan Aryan.

Mereka kemudian berjalan ke kereta masing-masing.

Bye!” laung Aryan sebelum beredar.

Dayana menoleh. Dia tersenyum sendirian.

I've Fallen For A Werewolf!Where stories live. Discover now