5

311 17 0
                                    

Bab 5

DAYANA berjalan terhincut-hincut ke kelasnya. Beg sandangnya yang hampir terjatuh dari bahu diatur. Wajahnya sugul.

"Hei sis! Asal masam je muka?" tegur Zara sambil memeluk bahu Dayana.

"Tak ada apa-apalah."

"Share la dengan aku. Let me guess... kau rindukan mamat werewolf tu, kan?" usik Zara.

Dayana meleraikan pelukan Zara. "Taklah. Cuma, entahlah."

"Cuma apa? Mengaku je la, kau rindukan dia. Dah dua tiga hari perkara tu berlalu, takkan kau masih ingatkan dia kut."

"Aku cuma kesian kat dia. Dia masih muda tapi jadi werewolf."

"Alasan," cebik Zara.

"Kalau kau tak nak percaya sudah... aku tak peduli. Aku tak ada masa la nak bercintan cintun," marah Dayana lalu meninggalkan Zara seorang diri.

"Kenapa dengan Yana tu?" soal Aril yang baharu tiba dengan Khalish, Irfan dan Nadia.

"Entah. Macam takda mood je aku tengok," jawab Zara.

"Dia masih teringatkan mamat werewolf tu ke?" celah Khalish.

"Mungkin. Dia kesian kat mamat tu sebab perlu jadi werewolf."

"Best gila jadi werewolf," beritahu Irfan.

Aril menolak kepala Irfan. "Best kau kata? Derita wei," marahnya.

Nadia, Zara, Khalish dan Irfan memandangnya pelik. "Asal derita? Bukan werewolf awesome ke? Ada super strengthheals quickly dan macam-macam lagi la," soal Irfan.

Yang lain mengangguk. "Awesome tu memanglah, tapi tidak bagi mereka yang mengalaminya. Setiap kali bulan penuh, Aryan pasti akan lari ke hutan. Sebab dia tak nak cederakan sesiapa," jelas Aril.

"Habis? Asal dia serang Yana?" soal Khalish geram.

"Dia tak dapat kawal diri dia, dan sekiranya dia serang sesiapa, dia tidak akan ingat langsung selepas menjadi manusia semula."

"Yeahright," gerutu Khalish.

Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dahinya berkerut. "Betul ke dia werewolf? Korang tak reka cerita ke?" Dia masih ragu-ragu tentang kesahihan cerita rakan-rakannya itu.

"Nak reka apa bende, kau tak tengok ke kaki Yana cedera semasa kita balik hari tu?" soal Aril kembali.

"Tengok tu adalah, tapi confirm ke werewolf yang cederakan dia? Mungkin dia terjatuh ke," jawabnya.

"Aku lihat dengan mata aku sendiri yang werewolf tu nak makan Yana. Aku saksi," balas Aril geram.

"Kau bukan berhalusinasi?"

"Tak!"

"Asal kau tak kejutkan aku semasa nak cari Yana?" soal Irfan dengan nada kecewa.

"Kau ingat tak mamat dalam pondok semasa kita mandi kat sungai hari tu?" ingat Khalish.

Irfan mengangguk. "Ingat."

"Dialah werewolf tu," sambung Khalish.

"Kau pasti ke?"

"Ya, aku pasti. Sebab dia berubah selepas serang Yana," sampuk Aril.

"Ah! Karut la korang ni. Werewolf tak wujud la." Irfan masih berdegil.

"Kalau kau tak nak percaya, sudah. Kita orang blah," celah Nadia lalu mereka meninggalkan Irfan seorang diri.

"Alaa... korang! Janganlah tinggalkan aku... Korang!" panggilnya sambil mengejar mereka.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

KHALISH menghampiri Dayana yang sedang duduk seorang diri di kafeteria. Dayana menguis-nguis mi goreng yang dipesannya sambil termenung jauh.

"Boleh aku duduk sini?" tegur Khalish menyebabkan lamunan Dayana terhenti. Dayana menoleh lalu mengukir senyum.

"Duduklah," jawabnya.

Khalish duduk di hadapannya.

"Kenapa dengan kau?" soal Khalish prihatin.

"Tak ada apa-apalah." Dayana tersenyum tawar.

"Kita berkawan sejak kita Form One lagi, aku kenal sangat dengan perangai kau. Dan aku tahu kau ada masalah. Kau fikirkan mamat werewolf tu, kan?"

"Nama dia Aryan, bukan mamat werewolf," tegas Dayana.

Khalish terdiam. "Kau rindu dia, am I right?"

Dayana tunduk. "Aku tak tahulah. Tapi, mustahillah aku sukakan dia... aku baru berkenalan dengan dia."

"Itu namanya cinta pandang pertama."

Dayana mengeluh. Dia kembali memandang Khalish. "Aku tak pastilah sama ada aku sukakan dia atau..." Dia terdiam.

"Atau apa?" soal Khalish.

"Aku kesian kat dia," jawab Dayana lemah.

Khalish menggaru kepalanya. "Boleh aku tanya kau sesuatu?" soalnya.

"Tanyalah."

"Err... kenapa kau kesian kat dia? Hanya kerana dia werewolf?"

Dayana diam sejenak. "Sebenarnya, tak. Aku kesian kat dia sebab aku tak dapat tolong dia pecahkan sumpahan tu."

Dahi Khalish berkerut. "Kenapa tak dapat?"

"Aku lupa minta nombor telefon dia."

Khalish tersenyum geli hati. "Kau tak perlu risaulah. Nanti-nanti korang akan berjumpa jugak."

Dayana memandangnya pelik. "Maksud kau?"

"I've done some research about werewolves, he'll find you soon."

"Aku masih tak fahamlah."

"Apabila masanya dah tiba, kau akan faham jugak. Dia akan jelaskan kepada kau."

"Kau beritahu je la dengan aku," pujuk Dayana.

"Patience is virtue," jawab Khalish dengan sengihan lebar. Dia kemudian meninggalkan Dayana.

"Khalish!" panggil Dayana namun panggilannya tidak diendahkan.

Dayana menopang dagunya.

"Kau tak perlu risaulah. Nanti-nanti korang akan berjumpa jugak."

"I've done some research about werewolves, he'll find you soon."

Kata-kata Khalish terngiang-ngiang di pendengarannya. Mata Dayana membesar.

"Aku akan berjumpa dengan Aryan semula?"

I've Fallen For A Werewolf!Where stories live. Discover now