Bab 9
Habis mesyuarat, semua sibuk mengemas untuk beredar dari situ.
“Akhirnya, habis jugak mesyurat ni. Lega rasanya. Tak sanggup aku nak hadap mamat sebelah aku ni,” gerutu Danish sambil tangannya ralit mengemas.
Aryan sekadar mengetap bibir, menahan geram.
“Haih…” keluh Danish lalu pergi dari situ. Namun, dia sempat melanggar bahu Aryan dengan sengaja. Sakit hatinya terhadap Aryan masih bersisa.
“Kau memang tak puas hati kat aku eh?” suara Aryan.
Cukup rasanya diperlakukan Danish sesuka hati. Ingat dia seorang saja pandai marah? Hei… dia werewolf la. Kalau marah, seluruh bangunan boleh musnah dibuatnya.
“Kenapa kau cakap macam tu?” balas Danish berani. Dia berpaling menghadap Aryan.
Aryan menelan liur. Darahnya mendidih melihat pandangan mencabar Danish.
“Yela, kau dari tadi asyik membebel. Macam perempuan pulak aku tengok,” jawabnya.
“Serius?” Danish ketawa, entah mengapa. Makin pelik Aryan dibuatnya.
“Kau berani melawan cakap aku selepas apa yang kau buat?” sambungnya. Dia menggeleng-gelengkan kepala, memikirkan perlakuan Aryan dahulu.
“Berapa kali aku perlu cakap yang aku tak rampas tunang kau? Kau ingat dia seorang saja perempuan yang cantik dalam dunia ni sehingga tunang kawan pun aku sanggup rampas?”
“Kita bukan kawan.”
“Seriously Danish? Kita putus kawan hanya kerana seorang perempuan? Pft. Aku tak berminat pun kat tunang kau tu. In fact, aku dah ada pilihan hati sendiri,” ujar Aryan geram sebelum berlalu pergi.
Rahang Danish bergerak-gerak, pasti dia sedang menahan amarah. Lengan Aryan direntap kasar lalu sebuah penumbuk dilayangkan ke mukanya. Beberapa pekerja yang lain yang masih berada di dalam bilik itu terkejut. Ada yang berdiri untuk menghalang mereka.
Aryan mengesat darah yang mengalir di tepi bibirnya. Wajah Danish dipandang sekilas sebelum kembali memandang darah tersebut. Kalaulah dia boleh berubah ke werewolf sekarang, pasti Danish sudah dimakannya hidup-hidup. Namun, dia hanya boleh berubah apabila bulan penuh memandangkan dia belum pandai mengawalnya.
“Kau jangan berani nak melawan aku Aryan. Kau ingat, kau ada buat kesalahan besar kat aku! Mungkin bagi kau perkara tu kecik, but Raisha meant the world to me,” tutur Danish dengan nada keras. Kemudian, dia menepis tangan pekerja yang menghalang mereka tadi sebelum keluar dari situ.
“Encik okey?” soal salah seorang daripada mereka.
Aryan menganggukkan kepalanya. Mulut ditekup. Dia mencapai briefcase lalu berlari keluar ke tandas. Setibanya di tandas, dia memandang dirinya di cermin. Tangan diturunkan. Dan seperti yang dia jangkakan, bengkaknya itu kian menghilang. All thanks to the self-healing.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Aryan berdiri di belakang Dayana yang sibuk menutup kedai. Dia hanya senyum memerhatikannya. Khusyuk benar dia sehingga tidak sedar kehadirannya.
“Hai.” Akhirnya dia menegur.
Dayana menoleh. “Hai,” jawabnya.
“Kau tak gentleman la. Adakah patut biarkan aku buat ni seorang diri?” bebel Dayana.
“Aku tak nak spoilkan kau. Nanti tak pasal-pasal kau mengada-ngada selepas kita kahwin nanti.”
“Excuse me?” soal Dayana, sedikit terkejut mendengar kata-katanya. Gembira pun ada.
“Aku ulang sekali aje.” Aryan senyum.
“Kau nak ajak aku berkahwin?” soal Dayana, mengusik dan benar-benar ingin tahu.
“Entah. Who knows? Mungkin… kita akan jatuh cinta dan kahwin, kan?”
Dayana menyimpan kunci ke dalam beg tangannya. Dia ketawa kecil.
“Kenapa kau tetiba ajak aku kahwin ni?” usiknya.
“Saja. Mood jiwang datang.”
Dayana ketawa. Dahi Aryan berkerut, pelik.
“Kenapa gelak?” soalnya.
“Kau jangan nak anggap aku otak kuning tau,” ujar Dayana dalam tawanya.
Ekspresi muka Aryan terus berubah. Berkerut-kerut semua otot di mukanya. Buruk pula rupanya.
“Sekarang mating season eh?” Dayana masih dengan tawanya.
“Eee! Kenapa tanya aku soalan tu?”
“Yela, kau kan ‘wolf’. Kebetulan pula mood jiwang kau datang. Jadi, musim mengawanlah sekarang ye?”
“Hesy! Aku sekarang jiwang. Bukan miang.”
Dayana menekup mulutnya, menyuruh dirinya bertenang.
“Okey, okey. Aku mintak maaf,” ucapnya selepas tawanya reda.
Aryan hanya senyum. “Maaf diterima, tapi kau mesti belanja aku makan.”
“Boleh. Kat warung mamak?”
“Tak nak. Aku nak kat hotel mewah taraf 5 bintang.”
“Kalau kau nak makan kat hotel, kita minum air aje. Nak? Itupun air kosong,” gurau Dayana.
Aryan kemudian diam sejenak. Wajah Dayana ditenung. Dayana yang sedar perlakuannya itu cepat-cepat meraba wajahnya. Kenapa? Ada apa-apa ke kat muka dia?
“Apa kata aku belanja kau makan kat hotel?” suara Aryan.
“Eh, tak apa ke? Kan aku belanja kau sebagai tanda minta maaf,” ujar Dayana, sedikit berasa bersalah.
“Tak apalah. Perkara kecik aje tu.”
“Kau tak keberatan?”
Aryan sekadar menggeleng. Dayana senyum.
“Boleh,” jawabnya bersemangat.
“Okey. Sekarang kau dah setuju, kan? Jadi, kau mesti tolong aku.-“
“Apa ni? Tak perlu ajelah kau belanja. Biar aku belanja.”
“Kau dah setuju, kan? You can’t take back your words, miss.”
Dayana menjelingnya. Menyesal pula kerana setuju dibelanja lelaki itu.
“Tak ikhlas betul,” omelnya dengan kerutan di dahi.
“Eh! Suka hati akulah nak ikhlas ke tak. Lagipun kau bukannya ikhlas pun tolong aku nanti. Semuanya kerana terpaksa.”
“Hmm… Apa dia?” soal Dayana acuh tak acuh.
Senyuman tersungging di bibir Aryan.
“Berlakon jadi teman wanita aku.”
YOU ARE READING
I've Fallen For A Werewolf!
RomanceSegalanya bermula apabila Dayana Sofea dan rakan-rakannya pergi camping di hutan. Keesokan harinya, Dayana merayau di hutan kerana ingin mencari sungai untuk dia mandi namun lain dijumpanya. Mamat werewolf! Dan sejak hari itu, Dayana ingin membantu...