"Ibu,ayah. Lysa Pergi kerja dulu." Aku segera menyalam kedua orang tuaku.
"Aikk,tahulah awak tu first day kerja kat hospital. Kalau ye pun salam lah akak" kata kak Aishah membuat aku malu dan segera menyalam plus mencium pipinya.
Encik Azhar dan puan Suziana hanya mampu menggeleng kepala melihat gelagat anak mereka.
Tanpa membuang masa aku segera memandu kereta swift milik ayah aku untuk pergi ke tempat kerja aku.
Hari ini merupakan first day,aku kerja sebagai jururawat di Hospital Elizabeth. Actually,cita cita aku ingin jadi seorang doktor yang ingin menyelamatkan nyawa seorang pesakit. Tapi nak buat macam mana,belajar sampai tahap jadi jururawat jer mampu. But it's ok, aku still lagi boleh membantu pesakit yang berada di hospital ini.
Setelah sampai sahaja aku di hospital elizabeth, aku segera parking kereta aku di tempat park kereta bahagian kaki tangan hospital.
Baru sahaja aku ingin membuka kereta,tiba tiba pintu keretaku terlanggar seseorang.
"Auchh!" Pemilik suara yang dilanggar oleh daun pintu keretaku.
Aku seolah olah tergamam melihat kekacakan lelaki itu. Muka dia sungguh bersih. Dengan kanta mata terletak di hidung mancungnya,kulit yang tidak terlalu gelap,bersih, badan fit. Perghhh! First time tengok lelaki dari bumi kayangan yang handsome macam dia ni.
Tanpa aku sedar,aku sedang merenung mukanya yang kacak itu ,lalu lelaki tersebut melambai tanganya kepada aku. Aku seolah olah tersedar dari mimpi indah,segera kembali sedar kan diri.
"Ya Allah,encik. Saya betul betul minta maaf. Saya memang tak perasan tadi. Maafkan saya "rayuku. Lelaki itu hanya tergelak kecil melihat kelakuan ku seperti bersalah tahap besar.
"It's ok,I dah lambat. See you around cute " Dia kata aku cute. Oh my god!!
Tapi kalau dipikir pikirkan balik siapa ehh dia? Dia kakitangan kat hospital ni ke? Hmm lantaklah. Janji aku dapat cuci mata tengok orang handsome pagi pagi macam ni. Bertambah semangat aku. Hehehe.
----------------------------------------------------------
" hai,nama siapa?"tegur salah seorang jururawat disebelah aku.
"Armel"jawabku ringkas.
Well aku kan first time masuk kerja,takkanlah aku nak buat perangai pelik aku kat hospital ni. Nanti kan,tak sampai seminggu kena pecat sebab membuat mekak dekat Hospital.
Dulu pernah lah aku kena marah sebab aku buat bising dekat hospital. Sampai kena marah dengan akak akak jururawat yang over protect. Relax lah masatu aku baru praktikal, nasib yang pantau aku doktor Ellya. Doktor Ellya ni sporting sikit,tak macam jururawat kat tempat lama aku tu. Dia bising boleh pulak. Aku ketawa jer dah kena marah marah depan doktor lain. Perghh malu kot masatu. Nasib baik aku tak dapat hospital tu,bersyukur sangat.
----------------------------------------------------------
Selesai sahaja kerja aku di bahagian wad pembedahan,aku segera turun ke cafe untuk makan tengah hari. Setelah aku duduk di bahagian meja yang Agak jauh,tiba tiba sekumpulan jururawat menyerang tempat ku dan duduk di tempat ku.
"Awak ni,jururawat baru tu kan?" Soal seorang jururawat lelaki.
Aku hanya mengangguk sahaja.
"Nama saya Naufal,yang ni Tasha,sebelah Tasha tu,namanya Adam dan yang itu Nisa."
aku hanya senyum sahaja kepada mereka."Nama saya Armel lysa binti Mohd Azhar ,boleh panggil saya Armel. So nice to meet you alls"
Mereka seakan terkejut dengan pembicaraan aku. Muka mereka kelihatan seperti suka. Aku pun tak tahu.
"Wahhh I ingat you memang sombong,hahahaha sebab tu kita orang cuba nak close dengan u,abis you asyik diam jer tadi kat wad." Tasha yang bercakap seperti itu,membuat aku ketawaku meletus dihadapan mereka.
"Hahaha,saya bukan macam tulah. Kan saya still lagi new kat sini. So nak biasakan diri dulu. Btw,sorry kalau terasa dengan sikap saya" balas ku.
Mereka hanya senyum sahaja mendengar butir bicaraan ku.
Perbualan kami di akhiri dengan makan tengah hari, dan kami segera berjalan bersama-sama untuk ke tempat wad kami.
Kerana masa lunch sudah pun tamat.-----------------------------------------------------------
Hy guys,sorry kalau hambar. Kalau ada tersilap apa apa boleh tegur saya. Maaf segala typo pada bab ini. So I need your comment and vote to support cerita ni.
TQ
YOU ARE READING
Aku Isteri Dia
Short Story"Ayah nak kamu nikah jugak malam ini!" Tengking Encik Azhar. "Tapi ayah,saya tak bersalah. Saya kena perangkap. Tolonglah percaya." Rayu lysa kepada Encik Azhar. "Ayah tak nak pandang kamu! Ayah nak kamu tanggungjawab atas perbuatan kamu." Air mata...