Majlis sambutan hospital elizabeth yang ke-29.
"Naufal,saya nervous lah"kataku kepada Naufal.
Mana tidak nervous nye,aku tengok yang pakai baju semua elegan elegan. Aku ni hanya memakai jubah berwarna gold,bersama tudung shawl paras bawa dada.
"Please jangan gugup,saya tengok hanya awak jer yang paling cantik" aku yang mendengar pujian Naufal hanya mampu senyum sahaja.
Lysa malulah!
Ni semua along punya pasal. Kalau dia tak paksa aku untuk pakai macam ni,confirm aku tak semalu ini.
Setibanya,aku dan Naufal berada di pintu utama masuk ke majlis,seorang lelaki yang ditugaskan membuka pintu untuk para tetamu yang hadir.
Sungguh Indah bangunan ini. Aku lihat dah macam cerita cinderella yang pergi majlis tari menari.
Dengan lampu yang berwarna terang. Sungguh cantik lah. Sampai tak terkata aku melihatnya.
"Janganlah nganga mulut tu,masuk lalat baru tahu"gurau Naufal.
"Ishh tak delah. Saya rasa kagum tengok bengunan ni. Mesti kayakan owner hotel ni." Jawabku dengan ceria.
"Of course lah kaya, untuk pengetahuan awak,hotel ni adalah salah satu milik tunang doktor Sakinah. "
"Doktor Sakinah?? "Jawabku dengan pelik.
"Bukan doktor Sakinah, tapi her fiancee. "Terang Naufal.
Ya Allah,kaya sungguh bakal suami doktor Sakinah. Mesti baik orangnya.
Kami sudah pun tiba di tempat bahagian makanan. Mata ku masih melilau mencari doktor Sakinah. Manalah tidaknya,dia juga yang paksa aku datang. Sebab nak kenalkan bakal tunangnya.
Tiba tiba ada satu suara menegur ku.
"Hy Armel, mana Naufal? "Soal tasha.
"Dia tengah ambik makanan."jawabku.
Mataku melihat pakaian Tasha dari atas sehingga bawa. Manalah tidaknya. Seksi nak mati. Aku yang perempuan pun boleh cair tengok apatah lagi lelaki.
"Lysa!,ya Allah Lysa. Puas akak mencari. Rupanya ada kat sini."tegur doktor Sakinah.
Aku hanya menyalam doktor sakinah lalu memeluknya.
"Mana tunang akak? Saya tak sabar nak tengok tunang akak yang handsome kacak tu." Pujiku.
"Gatal ea kamu Lysa. Akak cubit kamu. Baru tahu." Gurau doktor Sakinah.
Tasha hanya menyaksikan sahaja kemesraan kami. Tiba tiba tasha berdeham.
"So doktor I tak sangka you friendly orangnya." Kata kata Tasha seperti memerli doktor Sakinah.
"I tak sombong dengan orang yang baik dengan I" aku melihat air muka tasha tiba tiba berubah.
Aku dapat merasakan yang doktor Sakinah dengan Tasha seperti bermusuhan.
"Sayang,you ada kat sini ke" suara doktor alif sambil memeluk pingang ramping milik Tasha.
"Aah,sayang" balas tasha sambil memegang tangan doktor Alif.
Aku yang melihat kemesraan Tasha dan doktor Alif seperti terkejut. Manalah tidaknya,mereka berpeluk sakan di tempat awam. Aku melihat kelakuan dua sejoli itu hanya mampu tunduk kebawah. Tak sanggup lah nak tengok crush sendiri peluk peluk orang lain.
"Sakinah,you pun ada. Sorry I tak nampak you" soal doktor Alif.
"Daripada tadi ada kat sini sempat lah tengok orang buat dosa dekat mata I ni."perli doktor Sakinah.
Doktor Alif hanya membuat tak tahu sahaja. Mungkin sudah biasa dengan keadaan ini.
"Cakap kat Harith,thanks cause sudi sponser hotel ni untuk hospital elizabeth. " ucap doktor Alif.
"Ok nanti I cakap." Balas doktor Sakinah.
"Ok I nak gerak dulu. Jom sayang." Kata doktor Alif sambil menjeling ke arah aku.
Ishhh jeles pulak tengok mereka berdua.
Tasha pulak secocok dengan doktor Alif.
So sweet pula tu. Mungkin doktor Alif adalah kekasih hati Tasha. Entahlah."Tak yah tengok sangat mereka berdua tu. Bukan akak tak tahu perangai mereka berdua " aku yang mendengarnya seakan pelik.
Aku dapat rasakan yang doktor Sakinah dengan Tasha dan doktor Alif ada something. Maybe something yang buruk.
Tak baik lah lysa kau pikir pasal orang benda buruk,bukan hal kau pun. Ishhh.
"Lupakan apa yang akak kata tadi." Aku hanya mengangguk sahaja.
Selepas Naufal duduk di meja kami,tunang doktor Sakinah juga turut hadir. Malah mereka berdua duduk semeja sekali dengan aku dan Naufal.
Tunang doktor Sakinah tak payah cakaplah,memang handsome habis.
Tapi bagi aku doktor Alif still lagi handsome. Kau ni lysa tak habis habis.Selesai sahaja majlis ini habis,aku dan Tasha menempah bilik di hotel ini.
Memandangkan hari makin malam,aku dan Tasha membuat tempahan bilik di hotel ini.
Naufal cuba menawarkan diri kepada aku,tetapi aku menolaknya dengan baik.
Bukan aku tak nak,dah lah dia lelaki,aku cuma takut dia doing something yang membahayakan diriku."Tasha,kenapa awak book dua bilik. Saya rasa satu bilik cukup kot." Ujarku.
"I tak suka share bilik dengan orang. Tapi you dengan I bilik tak jauh mana pun. You okay kan?"soal Tasha.
Entah kenapa hatiku ini seperti mengatakan ada benda yang tidak baik pada malam ini. Tapi aku hanya menidakkan perasaan itu.
"Armel,you masuk bilik I sekejap tau. I takut nak masuk sorang sorang, cause bilik ni gelap sangat. I fobia"aku hanya mengikut sahaja arahan dia. Aku kenalah faham yang Tasha ni penakut.
Setelah masuk sahaja di bilik. Aku meminta izin Tasha untuk menumpang tandasnya sekejap. Kerana aku sudah memang tak tahan. Tinggal hujung hujung sahaja.
Selepas aku membuang hadasku,aku melihat Tasha ini seperti gelisa. Dia seperti menyuruhku cepat cepat keluar dari biliknya.
"You cepatlah keluar,I dah nak tidur ni!" Aku pelik dengan Tasha ni.
"Ye,saya nak gerak dah kat bilik saya. Selamat malam Tasha. "Ucapku kepada Tasha.
Lantak dia lah nak halau aku ke apa. Yang penting otak aku pikirkan mandi dan katil.
Setelah aku membersihkan diri. Aku segera baring di atas katil. Aku melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
Ya Allah lupa nak call ayah dengan ibu. Confirm mereka merisaukan aku.
Aku cari punya cari di mana aku letak telefon bimbitku,tetapi tak jumpa jumpa.
Aku cuba mengingati di mana aku meletak telefon aku. Semakin lama semakin aku ingat..."Dekat tandas bilik Tasha lah."jeritku dengan nada perlahan.
Maybe tasha sudah tidur. Tapi aku kena juga ambik fone aku. Aku takut ayah dah ibu risaukan aku.
Aku mengetuk pintu bilik tasha namun tiada respon. Aku cuba ingin membuka pintunya tetapi pintu bilik tasha tidak berkunci. Aku masuk ke dalam bilik Tasha. Aku lihat Tasha tiada di dalam bilik.
Maybe dia tengah ambik barang dalam kereta kot.Tanpa membuang masa,aku segera masuk ke bilik air Tasha. Tiba tiba....
----------------------------------------------------------
Sorry for typo.
I need your support and vote tu continue new chapter.
YOU ARE READING
Aku Isteri Dia
Historia Corta"Ayah nak kamu nikah jugak malam ini!" Tengking Encik Azhar. "Tapi ayah,saya tak bersalah. Saya kena perangkap. Tolonglah percaya." Rayu lysa kepada Encik Azhar. "Ayah tak nak pandang kamu! Ayah nak kamu tanggungjawab atas perbuatan kamu." Air mata...