bab 8

23.5K 498 43
                                    

Semakin hari kehidupan ku semakin tidak bersemangat. Entah kenapa sejak aku menikah dengan Doktor Alif, aku merasakan aku seorang wanita yang lemah dan bodoh!

Perkhawinan kami sudah masuk hampir 3 bulan. Kami sudah pun tidak duduk dengan keluarga doktor Alif. Aku duduk di kondo mewah milik doktor Alif.

Rupanya papa doktor Alif seorang bisnes man yang berjaya,ada syarikat sendiri. Dan hospital elizabeth itu juga ada milik keluarga Doktor Alif.

Mama dan papa doktor Alif layan aku dengan baik sekali. Doktor Alif merupakan anak tunggal dalam keluarga mereka.

Ibu dan ayah juga sering bertanya khabarku. Cuma hubungan aku dengan ayah tidak serapat dahulu. Bukan aku yang tidak mahu bercakap atau berjumpa dengan dia,tapi setiap kali aku melihat wajah suci ayah aku. Hatiku rasa sakit sangat. Sakit bila keluarga yang kita sayang tidak percaya kata kata kita.

----------------------------------------------------------

"Armel!"tegur Naufal.

"Hah ape dia?!"terkejut aku.

"Malam ni jom date?" Soal Naufal.

"Kau nak makan kasut aku ke apa? Date apa nya? Kau ni sasau ke apa? Tetiba ajak date "

"Garangnya Minah ni,orang nak ajak dia date,sbb org dah gaji." Terang Naufal.

"Kau cakap lah awal awal. Aku bab belanja aku sanggup cancel segala date aku hari ni"

"Hahahaha poyo gila kau!"

----------------------------------------------------------
Pov doktor alif

Sungguh aku benci dengan dia.

Siapa dia?

Sudah tentu Armel lysa.

Perempuan yang membuat hidup aku kucar kacir, itu semua kerana dia!

Mama dan papa dah tak percayakan aku lagi semua sebab dia!

Kalau tidak kerana harta,aku tak akan kahwin dengan perempuan kolot macam dia!

Mujur tiada siapa yang tahu aku kahwin dengan lysa. Perempuan macam tu tak layak untung aku. Harap pakai tudung jer lebih tapi sikap macam perempuan sundal!

Aku harap kau akan terseksa Armel Lysa!
SELAMAT DATANG KE NERAKA YANG INDAH!

and pov

----------------------------------------------------------

"Thanks Naufal bawak saya makan."ucapku dengan ramah.

Sapa tak suka kalau ada orang yg belanja makan. Betul tak?

Naufal hanya mengangguk sahaja.

Sungguh Naufal senang hati kerana dapat berjumpa dengan buah hatinya ini.

Buah hati?

Ye buah hati.

Naufal sudah lama jatuh cinta dengan Lysa sejak kali pertama Lysa bekerja di hospital elizabeth ini.

"Fal,saya nak tanya awak something boleh tak?"soalku.

"Anything for you dear " balas Naufal sambil senyum sehingga menampakkan lesung pipit nya.

"Kau ni kalau tak ajak gaduh tak boleh ea? Nak ber dear bagai. Naik koyak telinga aku" Naufal hanya ketawa sahaja dengan kata kata Lysa.

Sungguh Naufal suka jika menyakat Lysa.
Kejap baik,kejap garang.

"Kalau awak kena kahwin paksa,lepas tu perempuan tu benci awak, awak buat apa?" Soalku.

Dah kenapa dia cakap macam ni. Bisik hati Naufal.

Aku Isteri DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang