bab 14

24.4K 381 1
                                    

Amsyar sudah pun ke london. Sejak amsyar tiada,aku sering keluar rumah berjumpa ibu dan ayah. Tak lupa juga aku sering melawat ibu mertuaku. Mereka sering tanya kenapa wajah ku cekung,kurus dan tidak bermaya. Aku hanya diam sahaja. Memandangkan Amsyar ada memberi ku wang dan memberi keizinan keluar,aku membawa diri ke spa dan salon. Sepanjang sebulan ni,aku selalu membelai diriku,dan mempulihkan semangat untuk melupakan benda benda tidak dingini,walaupun ia hanya sebulan sahaja.

Sedang aku asyik mencari barang dapur dan memilih barang di pasaraya,aku di tegur oleh seseorang.

"Lysa, ya allah. Jumpa awak kat sini."kata Naufal dengan teruja.

"Ehh,fal. Dah lama tak jumpa awak."ujar ku dengan ceria.

Siapa jer tak ceria,bila jumpa dengan orang yg kita selesa sebagai kawan. Tak macam Tasha,kawan tapi tikam belakang.

"Ehh kalau aku borak kau kat sini,sampai aku dh ada cucu cicit tak abis.Jom lah kita gi cafe kat depan tu. Aku treat kau."kata naufal sambil membuat lawak agak bodoh.

Setelah aku selesai mencari barang,naufal membayar segala pembelanjaan ku.

Wow,sapa jer tak suka even aku dah tolak,dia bayarkan jugak.

"Berapak dik?"soal naufal

"Rm 287.60"balas budak itu.

Naufal mengeluarkan RM300 lalu membayarnya. Aku hanya diamkan diri sahaja. Tak cukup itu,naufal membawa semua barang dan masukkan ke dalam bunit. Sedikit pun dia tidak kasi aku mengangkat barang. Dalam hati aku ni,sungguh tersentuh melihat perwatakkanya. Kalau lah bagus perangai Naufal sama dengan Amsyar. Tapi boleh kah???
Macam langit dengan bumi.

______________________________________

Di cafe

"Kau apa khabar lysa? Dah lama tak jumpa kau. Sejak kau berhenti kerja." Ujar naufal.

"Aku sihat jer,kau apa khabar?dah ada awek ke lom?"kataku cuba mengalihkan topik pasal pekerjaan.

"Aku sihat jgk,ehh kau lah awek aku. Mana ada awek lagi dah."gurau naufal.

"Pale otak kau,main main lak."marahku.

"Hahaha gurau lah pendek" kata naufal sambil mengejek.

"Kau panggil aku pendek?? Tinggi aku 164 cm."ujarku dengar kasar.

"Hahahaha dah lama tak gurau ngn kau. Dulu kalau kau ada,aku asyik nak sakat kau jer,ni kau tak de.hmmm"kata naufal membuat aku cenderung diamkan diri sahaja.

"Lysa,knp makin kurus,aku tgk kau dah lain sikit. Tapi kau still lawa dekat depan mata aku."

"Kau nak aku ciaaaa ke atau kau nak aku cincang cincang kau?"kataku berbau geram.

Naufal hanya ketawa sahaja daripada tadi. Jika lah naufal tahu cerita sebenar antara aku dengan Amsyar. Pasti dia tidak mahu lagi berkawan dengan ku.

Rupanya naufal dah berhenti jadi jururawat,sekarang dia menjaga syarikat bapanya. Aku tak sangka,disebabkan aku berhenti kerja,naufal juga turut berhenti.

Selesai sahaja aku berbual kosong dengan naufal,aku segera pulang rumah ibu.

Aku Isteri DiaWhere stories live. Discover now