bab 7

23.8K 506 74
                                    

"Aku terima nikahnya Armel lysa Binti Mohd Azhar dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit tunai"

"Sah?"

"Sah"

"Alhamdulillah "

----------------------------------------------------------

Hanya Allah sahaja tahu bertapa sedihnya hati aku. Aku tak sangka di sebabkan hal malam ini,aku di nikahkan dengan orang yang aku tak mengenali langsung sifat isi hatinya.

Ayah masih berkeras juga tidak mahu mengubah keputusannya. Hanya ibu dan kak Aishah sahaja memberi kata semangat untuk aku teruskan pernikahan ini.

-----------------------------------------------------------

"Ayah harap, kamu boleh jadi isteri yang solehah untuk suami kamu."pesan ayah.

Aku hanya menangis sahaja bila dipesan seperti itu oleh ayah. Ibu dan kak Aishah turut menasihatkan ku.

Entah mengapa aku dapat rasa pernikahan aku dan Alif tidak berpanjangan. Aku harap Alif dapat menerima kehadiran aku sebagai seorang isteri.

----------------------------------------------------------

Ibu ayah dan kak Aishah sudah pun pulang ke rumah. Hanya aku sorang sahaja tinggal di dalam rumah keluarga Tengku Amsyar Alif.

"Lysa,kenapa kamu masih lagu kat sini. Pergilah bilik Amsyar."sapa mak mertua ku.

Aku hanya mengangguk sahaja sebagai tanda setuju.

"Kamu naik jer then belok kanan. Kat situ bilik Amsyar." Jerit mama Amsyar dari ruang tamu.

Aku sudah pun berada di hadapan pintu bilik Amsyar atau dikenali sebagai doktor Alif. Baru aku tahu gelaran Alif itu hanya orang luar. Kalau dirumah semua orang panggil doktor Alif ialah Amsyar.

Entah mengapa, hatiku berdebar-debar macam.... macam apatah. Aku sendiri tak dapat pasti. Aku menarik nafas dalam-dalam lalu memulas tombol pintu bilik dengan perlahan.

Ia tidak terkunci.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Ya Allah, tak payah cakap lah macam mna bilik dia. Aku sendiri kagum melihat bilik sebesar ini. Kalah rumah aku. Saiz bilik jer dah macam saiz ruang tamu aku tambah dapur. Lagi besarlah bilik dia ni.

Aku melangkah setapak demi setapak. Aku melihat setiap deko deko bilik ini. Tidak aku nafikan rumah doktor Alif sangat besar. Dah macam istana.

Mataku terlihat sebuah foto di sebelah katilnya. Ia gambar doktor Alif. Sungguh kacak dengan pemakainya yang berkot.
Beza sangat dengan muka dia di hospital.
Di hospital dia berkaca mata, tapi di luar tidak memakai cermin mata pun.

Sedang aku leka melihat dekorasi dalaman bilik doktor Alif, aku merasakan seseorang memerhatikan aku. Aku memusingkan belakang, tertanya doktor Alif sedang melihat aku dengan tidak berpakaian.

Ehhhh bukan tak berpakaian tu maksudnya bogel,tapi dia hanya melilitkan tualanya di pinggang.

Aku hanya menelan air liur melihat six pack doktor Alif. Badan dia tak payah cakap. Seksi nak mampus. Aku yang tengok pun dah tergoda.

"Aku tahu lah aku ni seksi,tak payah lah tengok macam tu sekali"tegur doktor Alif.

Pap! Malunya...

Tak pasal pasal dah kena tegur macam tu. Aku hanya menundukkan kepala di bawah sahaja,setelah di tegur seperti tadi.

"Seronok dapat kahwin dengan aku?"soal doktor Alif.

"Apa maksud awak?" Aku kurang faham dengan soalan yg diberi pada aku.

"Kau bukan yang perangkap aku! Kau ni memang tempah maut ke apa?! Kau kalau nak aku layan macam perempuan luar kat sana,kau cakap sial! Kau tak payah la perangkap aku dengan keadaan macam ni!" Tengking doktor Alif, sambil menarik tudungku.

"Sa...sakit lah..."aku hanya menangis teresak-esak di lakukan seperti itu.

"Kau tahu sakit! Sakit lagi hati aku! Inikan kau nak. WELCOME TO HELL ARMEL LYSA! "

----------------------------------------------------------

Maaf sebab lambat update 🙏

Aku Isteri DiaWhere stories live. Discover now