Bab 2

359 8 0
                                    

Dada Nur Aisah berdegup kencang sebaik saja pengantin lelaki masuk untuk upacara membatalkan air sembahyang. Peluh dingin mula merintik bila mana dia diarahkan mencium tangan suaminya dan suaminya pula menjatuhkan bibir mengucup dahinya yang sudah sejuk pesi, rasa ingin menangis pun ada. Akhirnya dia menjadi isteri walaupun tanpa relanya.

Bila Nur Asiah mengangkat muka pandangan matanya bertembung dengan anak mata suaminya, debaran di dada bertambah kencang . Jantungnya terhenti seketika...dia rasa macam nak koma saja. Cepatlah jatuh pengsan dan koma terus, lagi baik dari berhadapan dengan mamat ni. Kalaulah dia tahu dia akan berkahwin dengan mamat cengkadak ni, lebih baik dia laksanakan rancangan pelarian malam tadi. wa...wa...wa... dah terlambat. Dah jadi laki aku pun. Mak tolong!!! Dalam kepala Nur Asiah sarat dengan pertanyaan. Kenapa mamat ni yang jadi suami aku, dah tak ada orang lain ke dalam dunia ni? Nur Asiah ingin menangis tapi tak pula keluar air mata, manakala peluh dingin membasahi dahi sebab terkejut sangat mengalahkan beruk, rasanya beruk pun tak terkejut seperti dia. Fuhh!!! Terjelupuk Nur Asiah bersama semangatnya yang hilang. Aiman mengangkat dagu Nur Asiah dan memaksa Nur Asiah bertentang mata dengannya .Saat ini barulah dia tahu suaminya seorang yang kacak, kulitnya putih,hidungnya mancung, bibirnya merah, raut wajahnya sempurna dan berkumis. Nampak handsome sangat dengan baju melayu bersamping dan seri pengantin terpancar diwajahnya. Selama ini Nur Asiah hanya tahu,nama bakal suaminya ialah Aiman, tak lebih daripada itu. Nur Asiah tak kisah pun siapa lelaki itu,gemuk pendek ke, botak licin ke ,tinggi lonjong ke, perut buncit ke,Nur Asiah tak nak ambil tahu. Bagi Nur Asiah ,ayah telah menghancurkan seluruh hidupnya ,dirinya, hatinya,cita-cita dan segala impian indahnya bersama Zarif.Sekarang Nur Asiah merasakan dirinya tak ubah seperti mayat yang sedang bergerak. Tak ada hati, tak ada perasaan dan tak ada masa depan.

Patutlah selama ini adik-adiknya sering memuji bakal abang ipar mereka,kata mereka bakal suami Nur kacak sangat, sesuai dengan Nur,sama padan. Benci Nur Asiah mendengarnya, kalau boleh biar Allah pekakkan telinganya,biar Allah butakan matanya dari pada melihat mamat tersebut. Rupa-rupanya, selama ini Wak Seman yang menjadi dalangnya. Bencinya!!! Nur Asiah meraung dalam hati,tak berani pun nak luahkan kat mulut.

"Beruntung Nur dapat suami yang kacak dan kaya, mak berharap dan berdoa Nur akan bahagia selalu," itulah kata-kata mak semalam. Bahagiakah dia dengan apa yang dia dapat sekarang? Sedangkan suaminya ini bukan lelaki yang dicintai.Bolehkah dia menjadi isteri yang bahagia? Sedang hatinya tidak pada lelaki yang berada di depannya kala ini. Tapi alangkah bahagianya dia kalau Zarif yang menjadi suaminya, Zarif yang dicintai selama ini, tentu dia tidak menderita begini. Zarif maafkan Nur! Nur tak berdaya melawan takdir, Nur tak berkemampuan untuk membantah cakap emak dan ayah. Maafkan Nur dunia akhirat kerana telah mengecewakan Zarif.Nur merintih dalam hati.Ah! menyebut nama Zarif saja, seakan mahu tercekik, bagaikan menusuk belati ke dada sendiri, sakitnya seperti ingin tercabut nyawa dari badan. Nur Asiah merapatkan birai matanya perlahan-lahan ,agar air yang mula bergenang itu tidak berlari jatuh ke pipi.

Bila dia membuka mata, pandangan mata suaminya masih melekat diwajahnya, meneliti setiap inci wajah isteri yang baru dinikahi. Ternyata Nur Asiah lebih cantik berbanding enam bulan yang lalu, sewaktu kali pertama dia melihat Nur Asiah yang terjatuh ke dalam parit. Nur Asiah rasa menyampah bila direnung demikian, akhirnya dia melarikan pandangannya kearah lain. Acara seterusnya ialah bergambar dengan keluarga kedua-dua belah pengantin. Bukan main lebar lagi senyuman Mak Esah bila bersembang dengan keluarga besannya. Kadang kala kedengaran gelak ketawa ayah yang bersahut dengan suara bapa mertuanya, sungguh riang suara Pak Khalid dikala bercerita itu dan ini. Tapi hati aku saat ini ALLAH saja yang tahu. Kalau aku anak yang jahat ,dah lama aku, lompat jendela rumah ni,bukan tinggi mana pun tingkapnya, melarikan diri dari perkahwinan ini. Gila ke apa? Kalau nak lari malam tadi, bukannya sekarang. Cakap aje lebih, buat tak juga!!! Yalah,mana ada orang sekarang kahwin muda? Hingus aku pun masih meleleh lagi,bau badan pun masih hanyir. Dah kena kahwin .Tak patut! Memang tak patut. Apa yang mamat tu sogokkan pada ayah, sehingga ayah setuju mengahwinkan aku,pada hal ayah bukan tak tahu cita-cita aku. Ayah!!! Kenapa buat Nur macam ni? Nur Asiah memekik kuat, tapi sayang, suaranya selalu tersekat di kerongkong.

Oh...Tuhanku! Tabahkanlah aku, kalaulah ini harganya yang perlu aku bayar untuk membahagiakan ayah dan mak, aku rela walaupun hatiku menderita, aku ingin menjadi anak yang solehah, yang sentiasa berbakti kepada orang tuanya. Apalah sangat cinta kepada Zarif kalau nak dibandingkan cinta dan kasih sayang yang telah ayah dan mak curahkan, yang telah banyak berjasa padanya. Kasih ayah sampai bila-bila dan kasih ibu bawa ke syurga. Tentang hati, itu adalah urusan ALLAH. Walaupun dia tidak menyintai suaminya tapi biarlah ALLAH meletakkan rasa hormat dan senang pada suaminya.

Tapi boleh ke aku duduk sebumbung dengan mamat tu? Mampu ke aku menjadi bini dia dalam erti kata yang sebenar. Eeeeiiii...tak nak, tak suka, aku benci!!! Kalaulah boleh dia menjadi halimunan, kan baik, tak payah hidup bersama si cengkadak tu, kan senang? Woi ... dosa mengutuk laki! Lantaklah aku bukan suka pun kat dia , tengok kepala lutut aku, menggeletar dari tadi, dah rasa macam kena penyakit Parkinson. Asyik bergoyang saja, apa nak buat ni. Sekejap lagi mesti si mamat tu, masuk untuk tidur. Wa...wa...wa... mana nak lari ni? Nur Asiah kehabisan idea, lalu dia menyelak kain cadar dan masuk ke bawah katil. Wah! Aman, damai...Fuhh!!! Lega rasanya. Badan yang letih dan mata yang mengantuk sebab sejak semalam dia tak lena tidur, maka dengan sekali pejam saja Nur Asiah berada dalam dunia lain, dunia mimpi yang indah tanpa si cengkadak.

Bila Aiman masuk ke bilik untuk tidur, dia tercari-cari Nur Asiah. Dia memang pasti tadinya Nur Asiah berada di dalam bilik sebab kat luar pun Nur Asiah tak ada. Tiba-tiba Aiman tersepak sesuatu. Dia menunduk ke bawah, serentak itu bibir Aiman tersuging, lucu sangat bila nampak kaki cantik yang terkeluar dari bawah katil. Aiman menyelak cadar,lalu nampak isterinya yang sedang nyenyak tidur dengan dengkuran halus yang berbunyi.

Nur Asiah yang sudah betul-betul lena tak sedar pun dirinya dibawa keluar dan diangkat oleh suami, lalu diletakkan di atas katil. Aiman tersenyum lagi tatkala dia melihat Nur Asiah yang sedang mulus tidur,tak ubah seperti bayi. Padan muka aku!!! Kahwin lagi dengan budak sekolah yang tak cukup akal, kan dah susah...sepatutnya malam pertama, adalah malam yang paling indah , tapi dia hanya menghabiskan separuh malamnya dengan merenung wajah cantik isterinya yang keanak-anakkan itu. Aiman tak kisah! Dia bahagia saat ini. Kadang-kadang dia sendiri merasa pelik dengan dirinya. Kalau Nur Asiah tak faham ,kenapa dirinya dipilih menjadi isteri kepada seorang eksekutif, Aiman sendiri pun tak faham ,kenapa dia seorang yang berwibawa, seorang yang educated,yang berkerjaya hebat,yang menjadi kegilaan perempuan dan yang memiliki segalanya boleh jatuh hati pada budak sekolah. Pelik, dunia ini memang pelik dan gila. Aiman menjadi gila dan angau bila melihat Nur Asiah. Tak sangka dia akan jatuh cinta sebegitu hebat sekali, padahal selama ini dia tak pernah ada hati pada perempuan. Datanglah perempuan yang sebagaimana hebatpun , hatinya tak pernah bergetar, bergoyang ataupun berdentum. Tapi dengan Nur Asiah ni, lain pula rasanya, saat dia melihat Nur Asiah terjatuh ke dalam parit, saat itulah dia mula jatuh hati pada budak perempuan yang agak kerek tu.

Ah...semoga hati Nur Asiah terbuka untuk menerimanya sebagai suami, dia tahu dari jelingan dan muka masam isterinya tadi dia dapat mengagak, Nur Asiah tidak menyukainya ,apa lagi mencintainya. Tak mengapa...dia akan bersabar ...untuk merebut cinta Nur Asiah.

Persis Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now