Bab 3

351 5 0
                                    

Rupa-rupanya hidup berumahtangga ini bukan sentiasa bahagia dan mengembirakan hati Nur Asiah, walaupun perkahwinannya bukanlah atas dasar cinta dan sayang,tapi dia sudah bersedia untuk mencintai dan dicintai, dia sudah redha dengan apa yang ada dihadapannya sekarang. Tapi kenapa bahagia belum muncul juga,setelah dia berkorban segala-galanya,mengorbankan cinta dan perasaan,mengorbankan masa depan dan pelajaran serta mengorbankan kebebasannya.

"Heh... lembab! Takkanlah gosok baju sehelai pun berjam-jam? Aku nak cepat ni. Kau tu bukannya ada kerja lain yang nak dibuat,kenapa tak gosok baju awal-awal? Semua kerja nak kena bersuruh, baru nak buat. Dasar orang kampung," tersedar Nur Asiah dari lamunan bila tengkingan suaminya mula membingitkan telinga. Tergesa-gesa Nur Asiah menyiapkan kerjanya,mungkin dia terlalu banyak termenung membuatkan kerjanya lambat selesai. Ah! Kalau cepat selesai pun suaminya macam tu juga, masih berpeluang mencari kesalahannya walaupun Nur Asiah telah melakukan kerja-kerjanya sebaik mungkin.

Telinganya sudah sebu dengan sumpah seranah dan maki hamun dari suaminya, kepalanya sudah lali di tunjal-tunjal oleh suami yang seharusnya mengasihi dan menghormati dia sebagai isteri. Pipi gebunya sudah beberapa kali berbirat dengan bekas tapak tangan suaminya ,sedangkan bila malam pipi yang lebam itulah diusap,dibelai dan dicium oleh suaminya. Tak terasa malukah seorang suami memperlakukan isterinya sedemikian.

Hati Nur Asiah telah tawar, hancur dan lebur. Kalau dulu dia berusaha juga memujuk hatinya untuk cuba mencintai Aiman dan membawanya ke dalam mimpi indahnya dan berharap ada bahagia di hujung deritanya. Tapi sekarang tidak lagi, dia sudah jemu dan lelah ,lalu pasrah dengan apa yang ada di hadapannya. Mula-mula kahwin dahulu Aiman tidak seperti ini, dia lebih pengasih sedikit walaupun dia tegas. Percakapannya banyak ke arah merayu dan memujuk sebab sememangnya dia tahu Nur Asiah tidak pernah mencintainya dan perkahwinan mereka atas dasar paksaan.

Awal perkahwinan dahulu Aiman seorang yang romantik dan suka berjenaka,suka memujuk dan suka memuji,apa saja yang Nur Asiah masak semuanya sedap, makan pun banyak. Dia selalu membelikan hadiah dan pakaian yang mahal-mahal untuk Nur. Lama-kelamaan hati Nur Asiah menjadi cair. Pokok mula mengeluarkan kudup dan kudup pula bila-bila masa saja akan mengembang menjadi sekuntum bunga yang wangi dan cantik dek siraman baja ,air dan embun dari suami. Tapi tiba-tiba Aiman mula berubah,menjadi dingin dan pemarah,menjadi kaki pukul dan pembuli. Ah! Mengapa terjadi begini? Apakah selama ini kasihnya tidak ikhlas? Apakah sayangnya hanya pura-pura.Apakah ungkapan indahnya selama ini hanya mainan bibir? Tak terfikir olehnya pekara ini akan berlaku.

"Nur, mana tehnya?" Suaminya menjerit lagi.

"Siap bang," terkedik-kedik Nur Asiah datang dari dapur. Hatinya kecut, entah apa lagi yang bakal tak kena.Suaminya memang suka marah-marah, nak minta air pun menjerit,tak boleh minta elok-elok ke? Agaknya dulu,laki aku ni ada kena mengena dengan keturunan Tarzan. Nur tersenyum sendiri.

"Hah kenapa senyum-senyum pula?" Sekali lagi Nur Asiah kena tengking. Ya ALLAH...senyum pun tak boleh? Ini zaman apa, zaman Neo Nazi ke?

"Tak ada apa-apa bang," takkanlah senyum pun kena marah,kena minta izin.

"Hah...itulah kamu,bila aku tanya,tak ada apa-apa, tapi macam orang bodoh saja," tak pasal-pasal Nur Asiah kena marah. "Bodoh!!!" Nur sudah lali dengan perkataan itu.Hari-hari Nur disumbat dan disumpah dengan perkataan itu ,walaupun hanya lima huruf, tapi maknanya cukup menghiris perasaan. Nur akui dia memang bodoh. Sekolah pun tak sampai diploma, tapi siapakah yang telah menggagalkan impian aku? Siapakah yang telah membodohkan aku? Siapa lagi kalau bukan orang yang sering memanggilnya bodoh. Macamlah dia tu cerdik sangat. Kahwin pun dengan budak sekolah!

Kadang-kala ringan saja mulut Nur untuk menjawab dan melawan balas ,setiap kali perkataan itu dihamburkan. Ada ketikanya Nur rasa ingin saja dia meminta cerai ,dia tak sanggup lagi tinggal sebumbung dengan suaminya yang tak bertimbang rasa itu. Tapi dia berfikir beratus kali,walaupun Nur Asiah tak berapa cerdik ,apa pula kata mak dan ayah, apa pula kata orang-orang kampung yang suka menjaga tepi kain orang, pasti ibubapa diumpat keji, anak kahwin tak sampai setahun dah jadi janda,pasti ada yang tak kena. Yang akan dipandang serong ialah dirinya sendiri. Ah! Lemasnya hidup ini. Nur Asiah mengeluh lemah. Apa boleh buat, redha ajelah, kerana hanya dengan redha saja dapat melegakan perasaan.

Sesak nafas rasanya dengan masalah ini, sesak jiwa dibuatnya ,belum lagi kerenah mak mertua yang sering datang mengacau dalam rumahtangganya, menyuruh itu dan ini, menuduh Nur Asiah tak pandai jaga suami, mengumpat keji makanannya yang tak sedap, mengejek Nur tak pandai bergaya. Ya ALLAH...sesak kepala Nur ni. Dah nak botak rasanya memikirkan masalah ni. Nur Asiah rasa ,nak saja lari dari rumah ni. Pergi jauh-jauh dari sini. Selalu saja rasa nak lari, tapi tak sanggup buat. Macam tin kosong! Tapi tunggulah kalau betul-betul dah sesak dan dah tak tahan nanti.

Kehidupan ini sering begitu,sering terasa tidak adil dan sering diuji dengan perkara yang tak kita sangkakan dan tak juga kita minta. Tapi disitulah nampaknya keadilan Allah, dia menjadikan manusia dari berbagai keadaan dan lapisan, menjadikan dunia ini berwarna-warni dan bermacam-macam serta manusia pula beragam-ragam. Manakala manusia yang paling beragam ialah lakinya, tak habis-habis dengan seribu satu ragam walaupun perkahwinan memasuki tahun ketiga. Masih macam tu, tiada perubahan

Tinggal di dalam rumah besar begini, membuatkan Nur Asiah merasa bosan dan jemu. Boring giler...bayangkan rumah besar, orang tak ada. Bercakap dengan suami pun ,hanya sepatah dua saja., itu pun kalau suami ada di rumah . Kalau dia ke pejabat atau keluar nampak gayanya Nur bercakap dengan tianglah. Anak?...Belum ada rezeki, nampaknya, dah lama kahwin, tapi yang ditunggu tak kunjung tiba. Bukan rezekilah tu... sabar ajelah .Banyakkan berdoa, mungkin suatu hari ada rezeki untuk Nur.

Penyudahnya untuk hilangkan rasa bosan yang membungkus diri, Nur mula menanam pokok bunga di sekitar halaman rumahnya. Rumah yang besar itu menjadi cantik dan berseri dengan kehadiran bunga-bungan yang berwarna-warni.

"Tak habis-habis lagi ke kau dok belek pokok tu?" Aiman keluar memarahi Nur yang sedang menyiram pokok bunga.

"Kenapa abang? Ada apa-apa yang abang perlukan?' lembut saja suara Nur Asiah.

"Sudah !!! Masuk, aku tak nak kau siram pokok bunga tu lagi.Macam tak ada kerja lain," tercegat Aiman sambil memarahi Nur yang terkulat-kulat menutup paip air. Sakit hati Nur Asiah, bengkak perasaan Nur Asiah, kalau boleh dia ingin bertanya kenapa? Dan apa salahnya dia memberi perhatian kepada bunga yang ditanamnya. Lagi pun buat apa dia masuk ke dalam rumah? Bukan ada benda pun yang hendak dibuat. Aleh-aleh tercongok saja depan TV. Nak bersembang dengan suami?...Lebih baik tak payah. Kalau salah cakap...dikatanya bodoh. Memang bodoh pun, kalau nak dibandingkan dengan Aiman yang berkerjaya hebat, macam langit dengan bumi, tapi kenapalah orang yang bodoh seperti aku ni yang dicari?... Pelik sungguh, persoalan semasa perkahwinan beberapa tahun yang lalu ,sampai sekarang pun masih belum ketemu jawapannya.

Bagaimana nak ubah sikap kasar suaminya? Entahlah ... walaupun dia tak pernah berhenti berdoa, agar suaminya berubah, namun hasilnya belum lagi nampak. Aiman masih ego seperti selalu, masih kasar bila bercakap dan masih suka menunjal-nunjal kepalanya bila ada yang tak kena. Ya ALLAH...aku bermohon, ampunkanlah suamiku dan berikanlah dia taufik dan hidayat-Mu.

Persis Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now