Bab 4

280 6 0
                                    

“Hello! Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam! Mak ke tu? Mak apa khabar sihat ke?”

“Mak sihat,adik-adik pun sihat,cuma ayah kau tu yang tak sihat,dah beberapa hari dia tak turun ke laut, sakit darah tingginya menjadi-jadi pula.”

“Ayah tak pergi ke klinik ke mak?”

“Dah pergi, doktor kata ayah kena banyak berehat,tak boleh kerja penat-penat.”

“Oh! Kasihannya ayah.”

“Nur tak nak balik ke tengok ayah? Ayah selalu sebut nama Nur, mak tahu ayah rindu pada Nur. Nur masih marahkan ayah ke?”

“Eh! Taklah mak, kenapa mak cakap macam tu?”

“Yalah, sejak Nur kahwin, Nur jarang balik kampung. ”

“Mak, maafkan Nur,tak ada niat sebesar kuman pun Nur nak marahkan ayah,Nur sayang ayah dan mak,Nur tak balik tak bermakna Nur telah lupakan mak,keadaan yang memaksa Nur,Nur tak boleh balik ,abang tak izinkan.”

“Kenapa Nur? Nur ada masalah ke?” Hati Mak Esah mula cuak bila dia mendengar esak tangis Nur,hati seorang ibu dapat membaca apa yang terselindung. Adakah Nur tidak bahagia?

“Nur, kalau Nur ada masalah, ceritalah pada mak.”

“Tak ada apalah mak,Nur cuma rindu pada mak saja.”

“Kalau rindu, baliklah,ajak Aiman sekali, dah lama mak tak tengok kau orang.”

“Mak, petang nanti mak pergilah ambil duit kat bank,Nur masukkan sedikit duit untuk mak buat belanja.”

“Baiklah Nur, terima kasih.”

“Mak, tolong doakan kesejahteraan untuk Nur. Kirim salam Nur pada ayah, Insya’Allah bila diizinkan tuhan kita akan bertemu,katakan juga Nur rindu pada ayah dan adik-adik. Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam!” Nur Asiah menangis sebaik saja panggilan dari ibunya ditamatkan. Rindu pada mak dan ayah di kala ini sungguh menggebu,dadanya seakan mahu pecah ,setiap masa dan ketika dia mengingati mereka,terbayang kenangan indah semasa bersama keluarga. Mak,ayah maafkan Nur!

Sebaik saja Aiman membuka pintu,dia dapati Nur Asiah yang sedang termenung jauh dan tidak sedar pun akan kepulangannya. Hatinya merasa panas melihat tingkah Nur Asiah, selalu saja hanyut dalam dunianya sendiri, nak dikata bodoh,tak pula dia bodoh kerana pelajarannya pun baik. SPM dulu Nur Asiah dapat 7A,walaupun dia selalu mengatakan Nur Asiah bodoh,tapi hakikatnya Nur Asiah tidak bodoh. Mungkin dia tidak senang dengan sikap Nur Asiah yang terlalu lemah lembut,terlalu menurut dan tidak mempunyai idea sendiri. Selalu saja macam lembu dicucuk hidung.

Kadang- kala Nur Asiah seperti kayu,tiada perasaan, apa lagi cinta . Ada ketikanya dia merasakan Nur Asiah adalah patung yang dibawa dari kedai permainan. Patung cantik yang tiada hati dan perasaan. Bertahun-tahun dia cuba mencurahkan cinta dan perasaan pada Nur Asiah ,tapi ibarat mencurah air di daun keladi,ataupun mencurah air ke atas pasir ,tidak memberi apa-apa kesan pun. Nur Asiah tetap seperti itu, diam membatu seperti kayu,seperti tunggul atau pun seperti mayat hidup,yang sedang bergerak-gerak di dalam rumahnya. Haru…sungguh haru!!! Aiman ingatkan dalam tempoh beberapa bulan lepas kahwin dia akan berjaya menawan hati isterinya, tapi rupanya tidak, hati Nur Asiah terlalu keras. Dah bermacam-macam benda yang dia buat untukNur Asiah, tapi semuanya tak jalan. Untuk melihat Nur Asiah bergelak ketawa dan bergurau senda adalah sesuatu perkara yang mustahil. Nur Asiah terlalu pasif dalam soal itu,adakah kerana dia masih muda dan tidak berpengalaman? Tak juga, sebab budak-budak sekarang lebih advancedalam bab perhubungan sosial dengan pasangan, tak kiralah dibandar atau dikampung. Nur Asiah tetap Nur Asiah, seolah-olah dia sedang berdendam dengan keadaan ataupun berdendam dengan suaminya.

Persis Bidadari SyurgaWhere stories live. Discover now