Bab 1

884 13 7
                                    

Segaris senyuman terukir di bibir saat mata mula terlihat satu susuk tubuh yang amat dikenali.Lelaki itu memakai baju kemeja berwarna biru dan seluar hitam.Lesung pipit di pipinya kelihatan apabila dia tersenyum.Aku melambai ke arah lelaki itu.
"Dah lama ke Amalin tunggu Ifwat?"Suaranya yang lembut membuatkan aku terpesona.
"Tak adalah,baru je sampai tadi."Aku tersenyum ke arahnya yang tidak henti merenungku. "Kenapa pandang Amalin macam tu?Amalin ada buat salah ke?"Dia ketawa kecil apabila mendengar soalanku.
"Takdelah.You look so pretty today."Wajah ku bertukar merah."Hahaha.Muka you merah lah,ni mesti malukan sebab I puji."Aku memegang pipiku. Malulah,siapa yang tak malu.Future husband puji. Omelku di dalam hati.Lelaki di depanku ini bernama Ifwat Danish.Dia merupakan tunangku dan satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hatiku.
"Amalin,lepas ni kita pegi cari baju kahwin ye?"Lembut sahaja suaranya apabila bercakap.
"Okey."Aku menjawab ringkas. Ifwat memandangku.Aku tahu dia sedar aku sebenarnya sedang merajuk kerana usikkannya tadi.
"Amalin merajuk ye?"Tiada jawapan."Amalin jangan merajuk,nanti Ifwat cari lain baru tau."Aku yang geram dengan kata-katanya sebentar tadi,terus mencubit lengannya."Auch!Sakitlah.Garang betul future wife Ifwat ni."Dia menggosok lengannya yang dicubit.Kesian pulak aku tengok.Sakit sangat ke?
"Sakit ke?"Aku memandangnya. Ifwat hanya mendiamkan diri.Alahai dia pulak yang merajuk?"Tiada jawapan."Okeylah saya pegi dululah."Aku bangun,dengan pantas ifwat menarik hujung lengan bajuku.
"Janganlah."Dia memuncungkan mulutnya.Alahai hensem.Nasib baik sayang kalau tak memang alu tinggal.Aku tersenyum kepadanya."Jom pergi cari baju kahwin."Ifwat masih lagi memegang hujung lengan bajuku.Dia menarik aku ke sebuah butik.
"Wahhh!!!Banyaknya baju."Aku begitu teruja.
"You pergilah pilih.Nanti I tengok"Aku dengan segera memilih baju pengantin yang sesuai.Satu demi satu pakaian ku cuba.
"Ifwat!"Ifwat menoleh ke belakang.Dia kelihatan terpegun denganku."Ifwat!"Panggilanku membuatkan lamunannya terhenti.
"Yes?"
"Okey tak baju ni?"
"You look so beautiful Haura." Haura?Tak pernah dia panggil aku Haura.Ifwat merenung tepat ke dalam mataku. Muka ku sudah berbahang.Malunya.
"Amalin nak tukar baju jap."Aku segera beredar.Tidak mampu aku merenung matanya begitu lama.
Selesai menukar pakaian aku dihantar pulang oleh Ifwat.
"Bye Amalin. Malam ni I call you ye?"
"Okey."Keretanya meluncur laju setelah aku melambainya.Aku masuk ke rumah.
"Assalamualaikum!Mama!Papa! Amalin dah balik ni!"Tiada sahutan.
"Mama?"Aku menjenguk ke ruang tamu.Tak ada orang.Kat dapur?Tak ada jugak.Kat tingkat atas kot.Aku menaiki tangga.Sampai sahaja di tingkat tiga,aku terlihat mama dan papa sedang berbual dengan seorang lelaki.
"Mama?Papa?"Dato' Ikhwan dan Datin Faeza menoleh.
"Eh!Anak mama dah balik.Meh sini kat mama jap."Aku melangkah ke arah mama dan papa.
"Amalin,perkenalkan abang angkat kamu,Nik Danial Azlan Shah."Papa memperkenalkan lelaki di depannya itu.Lelaki itu tersenyum.Aku membalas senyumannya.Lelaki itu turut mempunyai lesung piput seperti Ifwat.Matanya berwarna coklat dan kulitnya putih.Lebih putih daripada Ifwat.Tapi lebih sikit jelah,tak banyak.
"Kalau Amalin nak tahu Danial ni kacukan.Korea dengan melayu."Mama sungguh teruja semasa memperkenalkan Danish kepadaku.Almaklumlah Mama and Papa ada aku and Muna je.Tak ada anak lelaki dalam keluarga ni.Aku mengangguk tanda faham.Namun aku tidak berminat ingin mengetahui lebih lanjut tentang Danial.Aku meminta diri untuk masuk ke bilik.Kelihatan di pintu bilik sebelah bilik ku tergantung papan tanda yang tertulis nama abang angkatku.Perlu ke letak dia kat sebelah bilik aku?Banyak lagi kan bilik lain.Haih.Aku masuk ke bilik lalu membersihkan diri.Selesai membersihkan diri aku menunaikan kewajipan ku sebagai seorang hamba.
Selepas menunaikan solat aku merebahkan diri di atas katil.Tiba-tiba telefonku berbunyi.Tertera nama Ifwat di talian.
"Hello"
"Hello Amalin.Buat apatu?"
"Baru lepas solat"
"Oh!Esok lunch sama-sama boleh?"
"Boleh je.Kat mana?"
"Kat mana tu rahsia.Nanti Ifwat bawak."
"Okey.Jumpa esok ye"
"Aik!Dah nak tido ke?"
"Aah.Amalin letih lah.Ngantuk.Tak larat rasanya.Kita balik tadi pun dah pukul lapan suku."
"Aahkan,tak perasan.Mama tak marah ke balik lambat?"
"Tak.Mama pun busy sembang dengan anak angkat baru dia kat ruang tamu tingkat atas."
"Anak angkat baru?Lelaki ke perempuan?"
"Lelaki."
"Alaa.."
"Amboi,ala ye?Ni mesti nak curang ni?!"Ada je mamat ni punya plan nak buat aku marah.
"Hehe,tak adalah.I cinta,sayang,love kat you sorang je.Only you."Merah mukaku dibuatnya.
"Ehem.Yelah yelah.I nak tido dah ni,goodnight."
"Eleh.Malulah tu.Hahahahah.Okey awak goodnight.Jaga hati awak untuk saya."Talian dimatikan.Terasa bahagia apabila dicintai.Aku yang sedang berangan akhirnya dibuai mimpi.

Cintai aku (Complete)Where stories live. Discover now