Bab 23

188 4 6
                                    

Seminggu berlalu selepas pemergian anak sulungku.Tak apalah,sudah takdir kami begitu.
Ting tong~
"Siapa pulaklah tu?"Amalin bergegas ke pintu utama."Ye cari siapa?"Tiada orang di hadapan pintu."Mana pergi orangnya? Tadi bunyi loceng."Semasa Amalin hendak menutup pintu, dia ternampak kotak berwarna merah di hadapan pintu."Apa ni?"Amalin membuka kotak tersebut.Mulutnya terbuka luas. Sekeping gambar yang dipenuhi kesan tikaman dilihat dengan teliti.Inikan aku.Amalin memandang sekeliling.Siapa yang bagi ni?Kenapa gambar aku koyak-koyak?Amalin menutup pintu dan berlalu ke ruang tamu.
Dia melihat sepucuk surat yang dilipat kemas terdapat di dalam kotak itu.Surat itu di buka.

'I WILL KILL YOU'

Surat itu terjatuh dari tangan Amalin.Apa semua ni?

Danial keluar dari kereta dan berjalan menuju ke tempat photoshootnya.
"Hey!"Danial menoleh.Seorang wanita bertopeng mendekatinya.
"Siapa kau?"Danial cemas. "Jangan main-main."Wanita itu menekup mulut Danial.Danial pengsan disebabkan cecair yang ada pada kain yang ditekup dimulutnya.

"Mana Danial ni?Dah lambat ni?"
Amalin memandang ke arah jam. Tepat pukul 6:30 petang. Selalunya pukul 4:00 dah balik.
Tiba-tiba telefon Amalin berbunyi.
"Hello?"
"Long time no see,Amalin Haura. I miss you so much.Aku rindu kau sampai rasa nak tikam kau sampai mati.HAHAHAHAHAH."
"Siapa kau?!Apa kau nak?!"
"Rileklah member.Siapa aku,kau tak perlu tau.Yang penting aku nak kau tau,husband kau ada dengan aku.Jangan risau,aku akan jaga dia baik-baik."
"Lepaskan Danial!"
"Lepaskan?Tak mudah Haura,tak mudah."
"Apa kau nak?!"
"Aku nak kebahagiaan kau!" Tut tut tut....Talian dimatikan.
"Hello?!Hello?!"Amalin terduduk.Danial.Apa aku nak buat ni?

"Mama!Papa!"Amalin menjerit sekuat hati,tetapi tiada sahutan. Mana ni?Call pun tak dapat. Amalin buntu,dia perlukan pertolongan.Amalin berlalu ke dapur,dilihat sekeping kertas terlekat di pintu peti ais.

'Dato' Ikhwan and Datin Faezza ada dengan aku.Lebih baik kau bertindak segera Amalin, sebelum terlambat. Hahahahaha'

Mama,papa.Tak.Kenapa?Dia nak apa?"Apa kau nak?!!!"Amalin menjerit sekuat hati.

"Siapa kau?!Lepaskan aku!" Danial meronta-ronta.
"Kau tak kenal aku?Akulah penyebab isteri kau gugur.Tak ingat?"Fiza tersenyum bangga. Danial terkejut.Ye,nilah peremluan yang melanggarnya dan memberinya makanan lain sebagai ganti makanannya yang berterabur.
"Apa kau nak haa?!"Fiza ketawa.
"Aku nak apa ye....hmmmmm. Entah." Fiza berlalu meninggalkan Danial.

Amalin baru sahaja membuat report polis.Dia buntu. Danial,mama dan papanya telah diculik.Muna?Amalin teringat akan adiknya itu.Dia mendail nombor Muna.
"Hello?"
"Muna!Khairul ada dengan kau tak?!"
"Kenapa ni sis?Rileklah,tak yah jerit-jerit."
"Sis tanya jawab lah!"Muna semakin hairan dengan perangai Amalin.
"Tak ada,dia kerja."
"Okey,listen carefully...."Ting Tong~kedengaran sayup-sayup bunyi loceng rumah Muna.
"Sis,kejap ye.Rasanya Khairul dah balik."
"Muna no!Jangan bukak!"Muna tidak mendengar kata-kata Amalin dan membuka pintu.
"Argghhhh!!"
"Muna!!!Hello!Muna!"Tut tut tut....Macam mana boleh jadi macam ni.Dalam masa sehari, semua ahli keluarganya hilang.
Apa salah aku?Ya Allah tabahkanlah hati ku.Amalin duduk di lantai sambil memeluk lutut.Tolong aku Ya Allah.

Cintai aku (Complete)Where stories live. Discover now