"Haura,aku dah tau kat mana lokasi dia."Kereta dipandu laju,lampu merah dilanggar begitu sahaja. Dia sudah tidak kisah,dia mahu keluarganya kembali.
Rumah banglo dua tingkat itu dipandang sepi.Betul ke kat sini.
~Flashback~
"Aku akan bagi alamatnya kat kau.Kau nak aku ikut sekali ke? Aku boleh bawak polis sekali."
"Tak.Aku nak kau tinjau dari jauh.Bagi aku masa sejam.Kalau aku tak keluar,kau tau apa yang kene buat."
"Baiklah."Pintu rumah banglo itu dibuka perlahan.Takut si penculik mengetahui kehadirannya.Satu demi satu pintu bilik dibuka dengan berhati-hati.Tiba saja di bilik terakhir.
"Danial."Amalin berlari mendapatkan Danial.
"Sis,kalau ye pun rindu Danial, nanti-nanti boleh tak?Kita tak ada masa ni."
"Hehe"Haura segera membuka ikatan ditangan ahli keluarganya.Mereka keluar perlahan-lahan.Sampai sahaja dipintu utama mereka melihat pintu tersebut telah di rantai.
"Tadi tak ada."Haura cuba membuka pintu menggunakan kapak yang dibawanya.Yelah, mana tau diperlukan.
"Takkan boleh bukak."Tiba-tiba satu suara kedengaran.
"Fiza."
"Hahaha.So,kau dah tau siapa aku.Bagus."
"Aku tau kau berdendam dengan aku,tapi jangan libatkan keluarga aku.Aku yang salah, sepatutnya aku yang kau hukum. Bukan mereka yang tak bersalah."
"Aku tau,tapi buat apa tergesa-gesa.Aku tau kau akan cari aku."
"Apa kau nak,bagitau aku."
"Uhhh,kau ni banyak cakap."
Dush ,terasa gelap pandangan. Hanya terdengar nama ku dipanggil oleh Danial."Uhh,sakit."Aku cuba membuka mata.Kepalaku terasa berdenyut.
"Kat mana ni?"Aku memandang sekeliling,cuba mencari sesuatu. Bilik ini kelihatan kosong.Tiada perabot,mahupun barang perhiasan bilik.Hanya lantai yang kosong.Aku masih melihat sekeliling.Apa tu?Sekujur badan yang lemah,terbaring di atas lantai.
"Muna.Bangun Muna."Aku melihat Muna yang dipenuhi darah.
"Dah bangun dah,aku ingat kau tak nak bangun."Fiza mendekati Amalin.
"Lepaskan keluarga aku!"
"Awalnya,alaaa.Kita belum sempat main lagi,awak ni...hummm."
"Aku tak nak main dengan kaulah!Lepaskan keluara aku!"
"Hahahah"Fiza menarik kuat tudung yang tersarung di kepala Amalin."Aku takkan lepaskan kau dengan mudah.Takkan!" Fiza menarik Amalin keluar dari bilik tersebut.Dia menghumban Amalin ke lantai.Dia menedang perut Amalin.Amalin menjerit kesakitan."Mati kau!Mati!Mati! HAHAHAHAHAHA."Amalin lemah.Badannya tidak berdaya untuk bangun.Lama dia dibelasah oleh Fiza.Lebam dan darah jelas kelihatan dimukanya.
Aku kene bertahan sikit lagi. Amalin menjeling ke arah jam di dinding.10 minit lagi.Mina, kau je harapan aku."Mina,lagi 10 minit.Mana cousin kau,tak keluar pun.Aku rasa dia dalam bahaya.Kita kene tolong dia."Farish tidak tahan menunggu lama.Sudah hampir sejam mereka duduk di dalam semak berdekatan rumah banglo itu.
"Cousin aku suruh tunggu.Kalau sejam dia tak keluar,kita serbu. Sabar,sikit je lagi."Mina memerhati dari jauh.Mana kau ni Amalin.Amalin cuba mengumpul tenaga.
Sisa tenaga yang ada digunakan.
Dia berjalan menuju ke pintu utama.Dengan niat ingin menjerit memanggil Mina.Tiba-tiba satu objek keras tepat terkena di belakang badan nya.
"Arghh!"
"Kau nak lari mana!"Fiza menarik rambut Amalin sekuat hati,dan menyeretnya ke tengah ruang tamu.Amalin meronta-ronta.Dia menggunakan tenaga yang ada untuk melawan kembali.Dia menendang kaki Fiza sehingga terjatuh ke lantai.
"Tak guna!"Berlakulah pergaduhan antara mereka. Amalin cuba bertahan selama yang mampu.Dia perlu bertahan sehingga bantuan sampai."Okey,ready semua."Mina bertanya kepada benerapa orang pegawai polis yang bersamanya.
"Sudah,puan."Jawab mereka serentak.Mina mengatur langkah dan diikuti oleh pegawai polis yang lain.Pergelutan masih berlaku.
"Jangan bergerak!Letak tangan atas kepala."Uhhh,Amalin menghembus nafas.Lega.Dia rebah ke lantai.Terima Kasih Ya Allah.
YOU ARE READING
Cintai aku (Complete)
Novela Juvenil(Complete story) Di saat kebahagiaan hampir tiba, si dia pergi buat selamanya.Diganti pula dengan seseorang yang tidak di cintai. Sememangnya semua ini tidak boleh diterima. (Benarkah kenyataan ini?Atau mungkin ianya sekadar kata-kata sahaja?)