Bab 21

237 4 1
                                    

Satu demi satu barang serta pakaian di masukkan ke dalam bagasi dan beg roda kesayangan Haura.Hummm apa lagi.
"Haura."Tiada sahutan."Haura." Krik krik."Haura!"
"Haa,ye saya."Haura sedikit terkejut.
"I taulah you excited nak bercuti, tapi tak payahlah abaikan I." Danial pura-pura merajuk, berharap Haura akan memujuknya.Tetapi tiada respon dari Haura.Danial memandang ke arah beg yang sudah diisi oleh Haura.Danial terdiam." You nak pergi tiga hari ke,sebulan?" Baju lebih sepuluh helai tak campur seluar and kain,make up,losen lima botol,ubat gigi dua kotak besar,berus gigi tiga,sabun badan dua botol besar,shampoo dua botol,pencuci muka tiga, tuala tiga,kasut empat pasang.Wow. Memang nak lari ke isteri aku ni,tak nak balik dah ye.Belum campur barang aku.
"Banyak sangat ke?"Haura tersengih.Yelah,selama ni kalau hendak bercuti ke mana-mana, mesti Datin Faezza yang kemaskan.
"You,kita nak pergi tiga hari,semua ni..."Danial menunding jari ke arah barang-barang di depan Haura."Haih.... sebulan pun cukup."Haura tersenyum.
"Manalah I tau,biasanya mama yang kemaskan.Ni pun I sumbat apa yang jumpa."Danial menepuk dahi.
"Itulah lain kali belajar kemas barang sendiri."Danial mengeluarkan semula barang-barang dari bagasi."Time you lari dulu pandai je kemas sendiri." Perlu ke ungkit yang dulu.
"Itu I main ambik je,tu pun semua pakaian.Yang lain mana ada,I beli kat sana je." Danial sibuk mengemas barang,Haura hanya memerhati.
Setengah jam kemudian ,Danial sudah siap mengemas.Haura yang dari tadi hanya menonton memberi tepukan kepada Danial.
Danial tersenyum bangga.
"Penatnya..."Haura menggeliat.
"Aik!Orang lain kemas,orang lain yang penat."Danial menjeling. Haura tersenyum.
"Eleh!Yelah,sini I urut.Kesiannya dia,penat ye."Haura mengurut bahu Danial.Danial tersenyum.
"Macam ni lah isteri I."
Kring kring
Telefon Haura berbunyi.
"Jap ye."Haura mencapai telefonnya dan menjawab panggilan tersebut.
"Hello?"
"Hai Amalin Haura.Bahagia you sekarang?Hahahahaha.Tak lama semua tu,tak lama."
Tut tut
Talian dimatikan.Haura terdiam. Siapa tu?Suara dia,macam pernah dengar.
"Sayang?Siapa tu?"Danial memegang bahu Haura.
"Takde siapa,dia salah numner tadi"
"Ohhh,mandi cepat.Jap lagi nak gerak."Aku menuju ke bilik air. Apa yang dia nak?Kenapa mesti aku?Danial?Apa dia nak dengan Danial?

"Haura,you okey tak?"Danial risau.Sejak isterinya mengandung,dia asyik risau sahaja.Haura nak turin tangga pun dia tak bagi.Sanggup dukung turun bawah.Semua ni disebabkan Doktor Subha  bagitau yang Haura lemah. Rahimnya tidak kuat. Tapi kalau tengok dia setiap hari,tak nampak lemah pun.Macam- macam dia buat.Okey je.
"Saya okey je,just letih." Haura cuba menyembunyikan kejadian yang menimpanya.Si pemanggil misteri itu.
"Okeylah kalau macam tu.You rehat dulu.Jauh lagi perjalanan kita ni."Haura akur.Dia bersandar di kerusi dan menutup mata.

"Haura Haura.Cantik,comel,sempurna. Tapi malangnya,aku tak suka kat kau.Hahahahah."Gambar Haura yang ada di depannya di tikam berkali-kali menggunakan pisau.

~Flashback~
"Amalin!"
"Hai Fiza."Haura tersenyum manis.Dia dan rakannya Fiza sudah berkawan sejak kecil. Pergi mana-mana mesti berdua. Fiza bukan berasal dari keluarga yang mewah,namun dia amatlah bijak.Dia dan Amalin sentiasa berlumba bagi mendapatkan kedudukan pertama dalam kelas.
"Aku dengar group si leyka tu kacau kau,betul ke?"
"Eh,tak adalah.Mana kau dengar cerita mengarut ni."Amalin menggelengkan kepala.
"Aku.."Tiba-tiba bahu Fiza dilanggar.
"Ops!Alamak sengajalah pulak." Leeya and the geng ketawa melihat Fiza yang jatuh menyembah lantai.Amalin ingin menolong.
"Eh,kau!Tak yah nak tolong dia."  Leeya menarik Amalin.Amalin menundukkan kepala. "Hey kau! Tak sedar diri lagi ke?Berangan nak kawan dengan orang kaya." Semua ketawa kecuali Amalin.
"Amalin kau ajar sikit budak ni." Amalin terdiam."Cepatlah!Kalau tak aku bagitau papa aku yang kau tak nak kawan dengan aku,biar papa aku and papa kau bermusuh."Amalin tersentak dengan ugutan Leeya.
"Fiza,mulai hari ni,kita bukan kawan.Aku tak nak kawan dengan kau.Sebab kau miskin." Fiza  terkejut.
"Amalin sampai hati kau."
"Aku tak sanggup nak kawan dengan kau.Dahlah miskin,ada hati nak kawan dengan anak orang kaya macam aku.Sekarang aku nak kawan dengan Leeya,dia anak orang kaya."Fiza terkedu. Amalin?Kenapa?
"Aku kawan kau dari kecil sampai besar,baru sekarang kau nak hina aku.Selama ni kau kawan aku terpaksa ke? Aku tak pernah pandang kekayaan keluarga kau, sampai hati kau cakap macam tu.Aku akan pasti kan kau sengsara nanti Amalin!Ingat tu." Fiza berlalu meninggalkan Amalin.Maafkan aku Fiza,aku terpaksa.

Cintai aku (Complete)Where stories live. Discover now